Nuffnang Ads

Saturday, December 24, 2011

Hey, Ex-Boyfriend Read This

Assalamualaikum,

Saya selalu cakap to my ex-girlfriend, "You tak rasa macam semalam ke kita break-up? I ingat apa yang you suka and you buat, especially cara you but you pun sama, still ingat. Walhal dah 4 tahun.." - And both of us just laughing. Precious moment i had in my life so far, especially in relationship. Woohoo!


Ok, kami selalu juga berbual - bual di twitter dan boleh borak atau layan apa - apa topik. Sometime, off topic jugak. Haha. Seronok bila boleh senyum, bila boleh ketawa tanpa perlu dibuat - buat. Puas, saya harap anda faham apa yang saya maksudkan. Apa yang kita buat dan tonjolkan adalah respon yang semulajadi ikhlas, apa pun setiap perbuatan kita buat harus ikhlas juga.

Saya percaya, setiap kalinya berlaku perpisahan adalah moment - moment yang tak seronok untuk setiap pasangan. Pedih, perih itulah perkataan yang bermain. Tapi percayalah, perkara paling berharga selepas break-up adalah kenangan dan waktu - waktu kita pernah bahagia dulu. Memori ini akan datang secara tiba - tiba, oleh itu jangan salahkan setiap perpisahan mahupun pasangan kita itu sendiri. Move on and be friend again. Tak salah pun nak berkawan dan tak ada alasan untuk sangkal kecuali pasangan kita dulu menganggap kita hanyalah persinggahan untuk jadikan kita hanyalah teman bila diperlukan. Itu kejam.

Saya bukan doktor cinta pun kerana saya pun seorang loser, tapi loser yang mahu teruskan hidup dan anda pun sepatutnya buat benda yang sama. Memanglah lepas putus, masing - masing ego nak tegur tapi percayalah tak salah nak berkawan, kan? Ingat balik, macam mana korang kenal, macam mana korang mula dating, macam mana korang mula cakapkan sayang cinta. Ingatlah balik ya. Tak perlu nak ego - ego, be friend. Mana tahu memang anda tak ditakdirkan untuk bercinta tapi diciptakan sebagai her bestfriend? Kan? Positif. Apa pun, hak masing - masing. Saya bercakap pun berdasarkan pengalaman saya sendiri, lihatlah mana saya berdiri sekarang. Walaupun berjauhan, saya masih dekat di ingatan ex-girlfriend saya, biarpun waktu kami sudahpun berlalu. Tepuk dada tanya selera. :)

Ok, ini respon my ex-girlfriend about the video i've made. 


Tiada apa yang mustahil kecuali orang yang jahil untuk menerima perubahan dalam hidupnya. Peace.




You're the best. Thanks for the best moment i ever had in relationship. I'll be your friend forever. 


You please dengar lagu ni, and tengok lyric sekali. Yes you Farzana. :')

Wednesday, December 21, 2011

Hey, Ex-Girlfriend!

Assalamualaikum,

Walaweh! Aha.

So entri ini dituju khas buat my ex - girlfriend. Ya, i know let's bygone be bygone.. Janganlah salah tafsir pula ya, ini hanyalah sebuah video berbaur elemen - elemen kejutan. Mesti tertanya - tanya kan, either my ex ni marah atau tak kan? Ok tengok bawah..

Saya request kat fb saya semalam.. 




Tengoklah AHmazingFriends yang baik hati LIKE status saya. Thanks! Ok "dia" pun LIKE!


Ini AHmazingFriends yang sangat AHwesome! Oh, gosh dia pun komen tapi untuk saya lah. Untuk korang, thanks a lots dari saya!.. :)

Cerita antara saya dah lama dah, 4 tahun lepas tapi saya masih.. Oh, takda apa - apa. Oh, sebab itulah saya masih single. Mungkin masih tak jumpa lagi kot, itu je tapi saya percaya jodoh itu akan ada. Cuma kena bersabar sikit. Kan? Hmm, ini barang - barang yang saya masih simpan..


Dulu cincin ni muat tapi sekarang.. Dah tak muat! Aha, 'dia' yang bagi. Tengah - tengah tu ada tulisan "L.O.V.E."


Ini keychain yang 'dia' letak kat handphone yang pernah saya bagi dulu.


Ok, inilah 'dia'.. So dah tak berahsia. :)

Saya cuma ada satu je permintaan, tolong jangan judge saya atau judge dia. Ini adalah hak saya untuk mengenang, saya harap kalian hormati. Dia pun dah ada kehidupan baru, jadi janganlah buruk - burukkan dia ya? Saya berani buat macam ni pun, sebab kami masih berkawan. Percaya tak? Masih berkawan.. Pernah dulu terputus hubungan, agak lama dalam 2 tahun tapi baru - baru ni jumpa balik. Kuasa Allah kan, siapa yang nak sangkal. Alhamdulillah, dapat contact - contact lagi. Apa lagi, layanlah video bawah ni. Enjoice, memori 4 tahun yang telah diringkaskan. 


Bismillah. :)

Tak sweet tak cool tapi boleh lah.. :)

P.S Ini feedback my ex-girlfriend..
P.S.S Hey, ex-girlfriend you're the best! :')

Sunday, December 18, 2011

Lakonan Bukan Sekadar Rupa ; Monolog #1

Assalamualaikum,

Setelah beberapa bulan tidak muncul dengan apa - apa vlog atau pun video kini saya kembali. Yeah kembali. Tapi saya comeback dengan sesuatu yang saya rasa bernas. Pada mulanya idea ini ada tapi saya rasa janggal nak praktikkan, bukan janggal tapi malu. Haha.

Setelah menerima galakkan daripada seorang teman, baiklah saya realisasikan impian ini.

Semua sudah sedia maklum bahawasanya saya ini adalah pelajar jurusan teater di Aswara, jadi disini saya telah menemui satu jalan yang akan membantu saya untuk lebih maju dan bagus dalam lakonan. Apa dia? Ok, projek monolog. Monolog? Ramai yang tak tahu atau sudahpun tahu maknanya, baiklah saya jelaskan sekali lagi.


Monolog ; 
Monolog adalah istilah keilmuan yang 
diambil dari kata mono yang

artinya satu dan log dari kata logi yang 
artinya ilmu. Secara harfiah 
monolog adalah suatu ilmu 
terapan yang mengajarkan tentang 
seni peran dimana hanya 
dibutuhkan satu orang atau 
dialog bisu untuk melakukan 
adegan / sketsanya. -Wikipedia Bahasa Indonesia



Jelas? Baiklah inilah percubaan saya yang pertama untuk memajukan lakonan saya. Ringan - ringankan tangan kalian untuk memberi kritikan. Saya akan teruskan untuk bermonolog dan teruskanlah menyokong ya?

Terima kasih. 

Thursday, December 15, 2011

Sadis

Assalamualaikum,

Kalau benarlah aku ini persinggahan,
Jangan lupa tinggalkan aku kesakitan,
Kalau benarlah aku ini seorang insan,
Fikirkan dulu sebelum aku dilukakan.

Walau perempuan cantik ada di depan mata,
Namun aku mula ragui tentangnya,
Lelaki yang macam aku cuma insan biasa,
Manakan mungkin untuk bersama.

Biarlah miskin hina dan dina,
Aku tidak sesekali mengemis harta,
Apatah lagi untuk mengemis cinta,
Biar sendiri menderita aku rela.

Bintang tetaplah bintang,
Bulan tetaplah bulan,
Di langit dan takkan hilang,
Sentiasa ada perasaan tanpa paksaan.

Kamu tetaplah kamu,
Aku tetaplah aku,
Takkan pernah bersatu,
Kerana aku sahaja memuja kamu.

Sadis.

Semakin Tinggi Angan - Angan Ku

Assalamualaikum,

Baru je selesai menulis entri tentang apa yang sedang saya lakukan sekarang dalam entri kelmarin, hmm terus diterjah perkabaran yang lebih baik lagi. Apa lagi, semakin tinggi angan - angan saya dan percayalah tiada gunung pun setanding.

Ok, baca ni. Double click kalau tak nampak.

Email yang saya terima daripada pengarah short film "Escape". Mau tak tersenyum lebar, orang asing minat dengan lakonan saya. Alhamdulillah. Saya kecil orangnya tapi impian saya besar, ya besar sangat. Tuhan itu sedang melihat dan mendengar, semoga doa-doa saya diperkenankan untuk bergelar sebagai seorang seniman. Amin.

Apa pun, ini bukan bermakna saya harus berpuas hati. Oh tidak sesekali, saya tidak akan pernah puas. Terima kasih di atas sokongan kalian. Hargainya. :')


Ya inilah impian yang jangan sesekali diragui. 

Monday, December 12, 2011

Mengharap Sinar

Assalamualaikum,

Berkali - kali dipesan untuk teruskan hidup, ya saya sedang meneruskan hidup. Jadi dengarlah perkabaran hidup baru ini ya?

Syukur Alhamdulillah nak kata rezeki melimpah ruah tidaklah tetapi tetap ada. Syukur. Selebihnya hanya lacuran bakat yang saya miliki yang telah dikurniakan oleh Allah SWT buat saya. Ya ini hanya pinjaman pembolehubah dan saya fahami maksudnya. Saya harap kalian faham, pembolehubah. Namun setiap perkara yang saya lakukan sentiasa meninggalkan kesan yang cukup baik, baik untuk saya dan juga yang menjadi pemerhati. Apa pun saya sentiasa menerapkan keikhlasan dalam kerja - kerja yang saya lakukan dengan izin-Nya.

Dimulai dengan penyertaan pertama kali saya dalam pertandingan KL 48 Hour Film Project 2011. Saya menerima tawaran daripada seorang teman di Lim Kok Wing yang memerlukan seorang pelakon untuk melakonkan sebuah lakonan yang memerlukan ekspresi yang kuat dan sebuah lakonan yang menyakinkan. Hakikatnya pada mulanya saya pun tak yakin! Haha. Namun berbekal sedikit bakat pembolehubah dan keikhlasan, saya berjaya membawa lakonan ini dengan baik sekali bak kata pengarah short film ini.

Tajuk short film ini adalah "Escape". Berkisahkan tentang seorang pemain bola yang dihantui dengan kecederaan kekal yang terdesak untuk mencari perkerjaan. Namun disebabkan tidak mempunyai pengalaman dia terpaksa akur kerana ditolak untuk beberapa kali menyebabkan dia berhalusinasi dan mencipta sesuatu yang tidak wujud secara tidak langsung memberikannya tekanan lalu dia berputus untuk.... Saksikan, "Escape"..




Saya juga memenangi anugerah peribadi dan pertama saya dalam short film ini, iaitu anugerah The Best of Character.


:)

Keduanya, saya menerima tawaran untuk berlakon watak mat rempit yang jahat dalam music video Akim AF7 bersama dengan Fiq Mentor judul lagu "Mesti Ada Cinta".. Harapan saya tak besar menggunung cuma berharap kejayaan music video ini setanding dengan lagu "Awan Nano" nyanyian Hafiz AF7. Ada kata - kata belakang yang saya dengar, bahawa saya sering sahaja melakonkan watak jahat. Baik dalam music video Hafiz, Akim dan juga di Aswara. Haha. Itu saya tak boleh nak komen, mungkin rezekinya disitu. Agaknya.

Mungkin juga ada hikmah tersembunyi disini, bak kata orang pada saya. Mula - mula pelakon kecil - kecilan, esok lusa jadi pelakon ternama. Hari ini watak jahat, esok lusa jadi hero malaya pula. Apa pun saya terima segala kritikan dengan penuh keredhaan dan bersyukur ada juga yang peduli. Alhamdulillah. Segala yang terjadi ada hikmah barangkali. Apa pun nantikan music video ini di Astro ya? Secara rasminya masih belum ada lagi music video lagu "Mesti Ada Cinta" ini namun perdengarkan dulu semoga telinga kalian tidak janggal seiring menonton saya dalam music video tersebut. :)


  
Ehem! Akim kot.


Fiq Mentor. 

Sunday, December 4, 2011

Penat Berlari, Realitinya Tetap Sama

Assalamualaikum,

Hi korang. Selama hampir 2 bulan juga 'terlupa' untuk menulis blog.. Bukan terlupa tapi dicemburui, ya dicemburui oleh masa. Berlari - lari juga dalam masa tu, nafas pun sampai tak cukup. Tercungap - cungap. Serius!

Selepas kematian mama, saya ada kawan dan namanya 'sunyi sepi'. Hmm, cukup psycho kan? Jangan risau, itu cuma nak menggambarkan betapa sunyi jiwa ini dan betapa sepi tubuh ini. Apa - apa pun tak boleh nak salahkan sesiapa pun meskipun Tuhan. Saya terus bertatih, letih. Lalu terduduk perih. Bangun semula, cuba untuk terus berjalan, nah jatuh tersembam. Terus lebam. Mungkin harus duduk sebentar, ya lega sungguh sampai terlena.

Kalau dulu, ada juga pangkuan mama.

Ok, nak berlari pula. Belum lagi, tapi terfikir nak berlari. Boleh tak agak - agak? Baik, kali ni yakin boleh buat. Terus berdiri stabil dan tanpa peduli terus berlari, hairan tak terjatuh! Lari terus lari, hebat sungguh feeling ni. Sambil berlari tu jenguk - jenguk juga ke belakang, manalah  tahu ada orang mengekori. Boleh berhenti sekejap menunggu, hmm takda pula. Terus berlari, tapi lama - lama perih. Kenapa pula ni? Banyak betul rintangan, takut terjatuh lagi. Tapi kenapa tiba - tiba, tak masuk akal betul. Ohhhh! Penat rupanya!! Berhenti sekejaplah.

Rupanya penat, ingatkan apa tadi. Hidup ni macam apa dah, kalau tak boleh fikir dengan waras lagi. Mungkin orang dah panggil saya dengan gelaran skizofrenia kalaulah memang dah tak boleh fikir. Tapi Alhamdulillah saya tak. Cuma timbul sedikit rasa kehairanan, rasa ini bertebar semakin lama semakin kuat. Dipengaruhi pula dengan rasa sunyi dan sepi, aduh terpengaruh pula. Namun bagaimana, katakanlah.. Bagaimana? Itu sebabnya saya berlari, bukan bertatih dan bukan berjalan tapi berlari.

Jawapannya mudah, berlari daripada kenyataan. Tapi hakikatnya saya sedar, realitinya tetap sama. Mama sudah tiada dan sunyi sepi itu cuma deria yang selalu mempengaruhi. Ia tak wujud pun, kerana ia tinggal dalam kotak permikiran ni.

Sunyi, mari kita menyanyi. Sepi, mari kita hiburkan hati. Yeay!


AL-FATIHAH buat mama dan papa. Jangan risau, doa anak lelaki sentiasa menemani. Janji. :')

Monday, October 10, 2011

Syurgaku Ada Jika Dia Menunggu (Buat Mama)

Assalamualaikum,

Bersama hari-harinya aku tinggal dan membesar bersamanya,
Bersama saki-baki hari-harinya aku masih tinggal bersamanya,
Bersama sisa-sisa itu aku telah berjauhan dengannya,
Bersama sedih-sedih itu aku melihat ranapnya impianku dan hanya tinggal mengenangnya.

Hari ini dia pergi, kami takkan bersama lagi.

Ini hanya teriakan perasaan saya tentang perasaan saya padanya. Jiwa saya ini langsung mati! Semalam bergelak tawa, duka sedikit pun tiada malah sakit pun hilang serta merta. Pilunya dia pergi dalam tidurnya tanpa sesiapa pun menyedari pemergiannya kecuali Tuhan. Namun saya berkata dalam hati, masih ada nafas kerana saya percaya masih ada nafas! Gundah gulananya rasa yang bertebar berkecamuk didalam hati, apatah lagi didalam jiwa ini. Oh Tuhan ini benar-benar bukan permainan bukan? Katakanlah masih ada nafas, katakanlah..

Rasa dalam jiwa ini langsung tak gersang dengan kesejukkan namun gentar dengan apa yang akan dikabarkan oleh doktor sebentar nanti. Tak lama 15 minit, 15 minit! Ya Allah Ya Tuhanku, dia akan terus bernafas bukan? Katakanlah.. Kata doktor hanya keajaiban yang mampu membuatkan ianya lebih bererti untuk soalan yang saya tanyakan pada Tuhan.

15 minit kemudian..

Doktor kabarkan dia telah mencuba sebaik mungkin namun Allah SWT telah menetapkan jalannya terhenti disini. Ya tuan doktor? Terhenti? Deraian menghempas pipi dan membasahi bumi kerana sikap graviti. Mulut terkatup rapat membisu seribu bahasa, hati tolonglah kuat, tolonglah kuat! Saya peluk rapat abang, saya peluk erat kakak dan cuba tenangkan. Kejutan ini lebih gila daripada kejutan elektrik. Mundar-mandir diperkarangan hospital, kelu lidah untuk berbicara seketika..

Di angkat telefon mudah alih, di dail nombor dan dilafazkan jua. Siapakah orang yang harus saya hubungi? Oh kawan yang baru saya hantarkan pulang tadi.. "Adik, mak aku dah meninggal dunia."

"Menangislah bila harus menangis kerana kita manusia".

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Siti Hapiah Binti Hajah Mek Som.

Tuesday, September 27, 2011

Bersama Hari-Harinya

Assalamualaikum,

Ku simpul kertas tisu,
Ku simpul tanpa rasa lesu,
Ku simpul tekun dan membisu,
Ku simpul ros putih buat kamu.

Kamu terima suka gembira,
Kamu terima dalam rasa duka,
Kamu terima perasaan berbelah dua,
Kamu terima segalanya dalam redha.

Ku bertanya pada kamu,
Ku bertanya pada jawabmu,
Ku bertanya pada kebenaranmu,
Ku bertanya pada penipuanmu.

Kamu hidup dalam suka gembira,
Kamu hidup senang seindah syurga,
Aku hidup bermuram durja,
Aku hidup susah seindah neraka.

Barangkali aku masih hidup bersama hari-harinya.

Sunday, September 11, 2011

Kicauan Kata-Kata

Assalamualaikum,


Ini adalah kicauan jiwa yang terukir dilaman kicauan (twitter) saya. Antara luahan yang tak dikongsi di laman facebook. Kadang kala kita perlu bersikap bersendiri dalam dunia sendiri. Sedikit pun kata-kata tak diubah. Tulusnya, ini luahan hati. Kata-kata dibalik hijab seorang lelaki. Hayatilah namun jangan larut dalam jiwa saya. 

Kadang-kadang bila pasangan kita menguji tandanya nak tahu sejauh mana kita sayang padanya, lebih penting nak tahu sejujur & betapa setianya kita.

Saya jaga hati awak, awak jaga hati saya. Kalau dah tak boleh jaga, lepaskan. Jangan lukai. Jangan sesekali beri harapan palsu tentang cinta. Manusia bukan seperti mesin yang diciptakan tanpa perasaan. Jangan beri harapan.  

Berani aku, katakanlah dirimu Dewi Kayangan yang dikawal pengawal Kayangan sekalipun. Dengan RahmatNya aku rempuh. Percayalah. Berkawan dengan perempuan cantik hanya mampu beri kepuasan zahir. Bercinta dengan perempuan cantik hanya mampu beri keseksaan batin. Dicedok bahasa, diluahkan kata-kata dibalik hijab manusia. Ini tidak terlalu sinikal dan jangan malu untuk sangkal.

Kulit saya gelap, muka saya tak handsome, saya ni lurus bendul, saya tak kaya.. Mohon jujur bila nak berkawan dengan saya & jangan lukakan hati saya, please. Masih ada peluang walau apa pun. Percayalah, peluang itu sentiasa ada. Manfaatkanlah peluang serta masa. Putaran dan gelombang = Stabil.

Balada dinihari. Jangan bancuh kopi. Biarkan mata lelap sendiri. Barulah kau tau erti 'mati'. 'Mati' hidup kembali siang nanti. Shupp bidup bidup pap pap! Shupp bidup bidup! Shupp bidup bidup pap pap! Shupp bidup bidup! Ini nyanyian, ini kebenaran. Bukalah hatimu.

Jemu menunggu suria. Pinjam sinarMu buat ku rempuhi gelita. Yang ada dalam mainan tidur ini. Supaya membawaku ke alam fantasi. 

1 2 3 Do Re Mi Alif Ba Ta A B C. 
T E R I M A  K A S I H  K E R A N A  M E N I P U ! ! !

Bukan jawapan yang terbaik untuk cuba mengubati hati dengan berpura-pura segalanya baik. Bukan. Hati yang terluka akan sembuh bersama masa.

Seperti manusia yang punya kekasih. Seperti.



Luluh hati. Semalat lam.


P.S. Maaflah, kini saya mula menyimpan misai. 

Saturday, September 3, 2011

SHRAMZDB Juga!

Assalamualaikum,

Hi readers saya yang tak seberapa! Hihi.

Sebulan yang lalu saya mencari keberkatan Ramadhan, Alhamdulillah seperti biasa puasa masih boleh meneruskan tradisi berpuasa penuh. Syukur dengan limpah kurniaanNya serta kekuatan yang diberi pada tubuh badan ini untuk terus mengekalkan tradisi berpuasa penuh. InsyaAllah sampai ke tua, adapun kalau umur panjang. Amin.

Muqadimah yang berbunga harus disusuli dengan pengisian yang molek. InsyaAllah molek, mudah-mudahan. Baiklah dimulai dengan Ramadhan. Apakah keberkatan yang telah saya perolehi, mari saya kongsi. Mula-mula saya mulai yakin bahawa segelintir kecil #AHmazingFriends telah memberi respon baik berkenaan kad raya. Saya telah membuka peluang kepada semua #AHmazingFriends untuk membuat request kad raya daripada saya seperti yang saya lakukan seperti tahun sudah. Sangkaan saya pada mulanya hanyalah segelintir sahaja tetapi tahun ini seperti mimpi. Permintaan seperti pisang goreng panas, namun alangkah indahnya kalau boleh kirimkan pada semua. Disebabkan kesuntukkan masa dengan jadual kelas yang padat telah memaksa saya terhadkan penumpuan pada kad raya. Tetapi Alhamdulillah, selamat sampai juga kepada mereka yang telah membuat permintaan.


Kalau dulu tak lebih sepuluh keping pun tetapi kini berpuluh-puluh keping dan belum termasuk dengan kiriman kad raya online menerusi email. Jutaan terima kasih kepada yang membuat permintaan. Ada juga yang request alamat saya, namun disebabkan saya merasakan ini adalah cara saya membalas sokongan kalian maka tidak perlulah untuk di reply. Cukup dengan sekadar ucapan terima kasih di page saya. Terima kasih #AHmazingFriends yang #AHwesome!

Keberkatan seterusnya diberi rezeki untuk berlakon dalam iklan DiGi. Pada mulanya peluang ini telah saya beri pada orang lain namun disaat-saat akhir, rakan saya itu terpaksa menolak untuk berlakon dan akhirnya saya sendiri menerima peluang ini. Walaupun berlakon dalam keadaan panas terik, saya tetap mampu untuk berpuasa dan merasakan ini adalah ujian semata-mata. Alhamdulillah segalanya lancar. Memainkan peranan sebagai watak utama semestinya memberikan kepuasan. Melakonkan watak Allahyarham P.Ramlee sebagai Ramlee dalam Iklan DiGi Parodi Pendekar Bujang Lepuk 2011. Walaupun berlakon disamping pelakon baru yang baru menceburkan diri tidak sedikit pun membuat saya lupa diri, pada asalnya pun saya seperti mereka. Mudah-mudahan kelak, kalaulah sudah meniti nama dibibir masyarakat saya tidak sesekali lupa diri. Amin-amin ya Allah. Saya berharap semoga diberi peluang dan rezeki untuk hari-hari yang mendatang. InsyaAllah.





Keberkatan Ramadhan yang seterusnya sudah tentunya perihal mama saya. Ya, mama saya. Syukur ke hadrat Ilahi, kesihatan semakin baik walaupun hanya mampu berpuasa selama 10hari. Niatnya mahu teruskan, namun atas nasihat doktor terpaksa diturutkan. Apa pun, cantiknya raut wajahnya dalam persalinan jubah berwarna pink ketika dihari raya lalu. Terima kasih Ya Allah!

Akhirnya, telah dibukakan pintu hati untuk menerima seseorang disebalik hijab tanpa bertabaruj secara berlebihan. Telah dipenuhi hari-hari dalam Ramadhan ini dengan keberkatan walaupun ada harinya suram ditemani muram durja. Namun ini semua adalah muqadimah yang disusuli hikmah supaya senyuman yang diukir oleh saya itu memperolehi kemanisan yang berterusan. Mudah-mudahan disatukan. InsyaAllah.


Genap 29 hari saya berpuasa, barulah terasa enak untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ataupun secara ringkasnya SHRAMZDB! Namun ada segelintir kurang gemar dengan penggunaan shortform ni, kata mereka raya setahun sekali dan apa salahnya ucap atau tulis panjang-panjang. Bagi saya, asalkan orang jelas dengan pesanan yang cuba disampaikan itu lebih tulus berbanding ucapan itu dilakukan dengan niat 'sekadar' nak ucapkan kerana ianya hari raya selain memenuhi inbox phone atau dinding facebook. Tak kira apa cara sekalipun medium itu cuba disampaikan, lebih tulus jika kita sampaikan secara kita mahukannya disampaikan bukan kerana kita tulis panjang-panjang maka orang lain harus reply panjang-panjang.

Dua-dua cara saya wish, so terpulang kepada penerimaan masing-masing. Yang penting saya ikhlas.

Di Malaysia, ada berpuluh-puluh juta otak yang bergerak maka berpuluh-puluh juta juga kerenah dan kehendak. Fahamilah cara kita mahu ianya disampaikan dan sekadar mahu ia disampaikan, dua ayat yang berbeza. Apa yang kita mahukan itu terbit dari dalam keikhlasan hati dan apa yang sekadar mahu disampaikan itu terbit kerana kita mengharapkan balasan. Apa pun, seperti saya katakan di Malaysia ada berjuta-juta otak yang bergerak maka tidaklah semua bersetuju dengan saya dan itu tidak mengapa.

SHRAMZDB, ada orang tak suka? Terpulang, ini cara saya dan saya yakin anda pun ada cara sendiri. :)


Iklan raya pilihan saya. Sweet.

P.S. Saya akan kembali dengan gabungan video raya + video kemerdekaan. Nantikan. 

Monday, August 22, 2011

Mudah-Mudahan Ku Perolehi Rezeki Yang Baik

Assalamualaikum,

Hi, korang!

Lama tak update blog, so hari ni nak update secara cepat dan pantas! Hee.  By the way, nak tahu korang puasa okeh tak? Alhamdulillah, AH masih bertahan.. InsyaAlllah sampai last day lah. Amin.

Okeh! Nak tahu apa yang terbaru dari AH? Alhamdulillah, baru-baru ni saya ada shooting iklan untuk DiGi.. Nak dijadikan cerita, iklan dengan usahama OhBulan! dan Splaspan.. Memang seronoklah, tengok muka dalam screen! Haha.

Cekidauttt!!!


In the end, suara dalam commercial ni adalah suara AH tau!

Amacam? Hehe. Jangan segan-segan nak kutuk atau nak kritik dan nak puji lakonan AH ya? Thanks kerana menonton. Kalau rajin share-lah ya? 

Mudah-mudahan ku perolehi rezeki yang baik selepas ni, Amin!

Wassalam. 

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan AH

Assalamualaikum,

Firstly, I am so sorry guys!..


Dah seminggu puasa baru teringat nak buat entri, maafin sebab saya sibuk sangat dengan jadual kelas yang padat. Adakalanya balik dari kelas terus tidur, sedar-sedar dah sahur.. Allahuakhbar nasib baiklah masih diberi peluang untuk hidup, syukur.

Baiklah saya nak kongsi apa yang saya terima pada bulan Ramadhan kali ini :

  • Mama sihat dan mampu berpuasa, syukur Ya Allah
  • Kehadiran seorang perempuan, masih ditahap biasa-biasa
  • Mendapat Channel sendiri di 1tube.my
  • Menerima watak utama dalam teater kanak-kanak dan diberikan oleh Datin Marlia Musa
  • Penampilan baru yang agak menyakinkan.
  • Sudah tentunya AHmazingFriends! yang best..

Semoga apa yang saya perolehi sampai ke hari ini diberkati oleh Allah SWT. Kepada semua AH menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf serta AH mengucapkan Selamat Berpuasa. Puasa penuh ya disamping menunaikan solat terawikh. Mudah-mudahan Ramadhan ini datang penuh makna buat kita semua. InsyaAllah.

Sampel kad raya yang AH bagi tahun lepas.

By the way, kepada sesiapa yang ada ingin request kad raya daripada AH sila email nama penuh dan alamat penuh ke azizhazmipage@gmail.com.. Cepat-cepat sebelum terlambat.. Tiada aral melintang, InsyaAllah kad raya sampai ke peti surat rumah korang. Kalaulah teringin nak lihat tulisan tangan yang lebih hebat daripada Hanis Zalikha lah.. Haha.

Apa pun, terima kasih sebab terus menyokong AH. Sangat-sangat menghargainya. Jaga diri please!

Wassalam.

Monday, July 25, 2011

Tiada Tuah Kalah, Ada Rezeki Seri, Ada Wang Menang

Assalamualaikum,

Apa yang boleh dilakukan pada jam 4.07 pagi ini? Mata telah diajarkan untuk berjaga malam semenjak cuti semester 2 bulan yang lalu. Kejap lagi, semester baru bermula tepat jam 9.00 pagi namun mata masih kuat, naya nanti dalam kelas. Apa pun saya bukanlah seorang pembancuh kopi atau nescafe pada dinihari, kerana saya tidak ajarkan kafein untuk tubuh. Tapi kata orang kafein molek, namun kata orang-orang bijaksana bukan kata-kata saya. Ini serius bukan sindiran.

Baiklah.

Begini ceriteranya, baru-baru ini Perodua Malaysia telah melancarkan ujibakat "Perodua Lagi Best" dan penyertaannya terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Syaratnya adalah dengan membuat video tidak melebihi 1 minit dan berkaitan dengan produk-produk Perodua seperti Kancil, Myvi atau mana-mana kereta keluaran perodua. Syarat-syaratnya tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Perodua sendiri. Sehubungan itu, saya telah mengambil bahagian dengan membuat video. Tujuannya bukanlah untuk merebut RM10,000 ataupun 5 buah iPad 2, tetapi hanya mahu menguji kemampuan dan menonjolkan bakat dalam penghasilan video. Apa guna saya suka buat video, kalau tak uji kemampuan sendiri.. kan?

Kata orang, "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu". Itu pepatah orang Melayu, namun saya ada pepatah sendiri. "Tiada tuah kalah, Ada Rezeki Seri, Ada Wang Menang". Kalau mahu dirungkaikan mungkin tak complicated macam love story saya. Haha.

Jadi inilah video pertama, biarlah saya terangkan sedikit. Video ini tentang ketaksuban (exited) seseorang tentang dalam sesuatu perkara. Namun dalam ketaksuban itu, ada perkara yang tidak harus dilupakan. Lebih kurang begitu maksud video ini disebalik hiburan semata-mata. Terbitnya idea ini datang secara spontan.


Jadi faham apa yang dimaksud 'ketaksuban' itu kan? Hehe.

Video kedua ini boleh dianggap sebagai 'killer' video untuk penyertaan saya dalam "Perodua Lagi Best" ini. Idea ini telah diolah oleh seorang kawan saya iaitu Merul dan terdapat tambahan idea oleh saya sendiri. Namun video ini sepenuhnya arahan Merul dan video ini adalah penglibatan pertama saya menggunakan teknik stop motion video. Fuh! Memang susah masa nak shoot tapi Alhamdulillah ianya siap. Memang kreatif. Percaya atau tidak, saya sendiri berasa tak puas melihat video ini. Serius! Way to go bro! 


Betul tak saya cakap? Serius tak puas tengok sekali. 

Inilah hasil kerja saya dan hasil kerja bersama. Mudah-mudahan kedua-dua ini ada yang mampu memikat hati juri-juri Perodua, Amin. Korang, apa lagi share-lah! 

Bila difikir-fikirkan balik, buat video ini mampu mengubati hati saya yang terluka ni. Bagi saya lah. Tapi bila dah buat video, sesetengah orang kata saya tak serius. Biar tak serius janji ikhlas dari hati, orang tak tahu tapi Allah SWT tahu. :)

Tapi BLOG SERIUS memang SERIUS. (Click link untuk melihat entri di blog berkenaan tentang video Kancil Tango tu.)

Friday, July 15, 2011

Ianya Cuma Sebuah Sajak & Luluhan Hati

Assalamualaikum,

Saya mulakan dengan sajak ;

Saya benci sebab kita tak pernah berbual,
Saya benci sebab saya kena email awak,
Saya benci sebab saya kena mulakan dulu,
Saya benci sebab saya kena berusaha memikat awak,
Saya benci sebab saya yang bersungguh-sungguh,
Saya benci sebab saya harus menunggu,
Saya benci sebab saya harus bersabar,
Saya benci sebab saya dan awak berjauhan,
Saya benci sebab saya selalu rindukan awak,
Saya benci sebab saya tak bencikan awak tapi saya cintakan awak.

Bila perasaan bertemu dengan hati ianya selalunya bercampur baur antara duka dan suka. Namun menangislah bila harus menangis. Kerana kita manusia dan kita perlu melepaskan segala apa yang terjadi. Sebagai manusia, secebis yang tinggal selepas kepahitan adalah kelukaan dan kerana itu kita pasti menangis namun kita adalah manusia yang mungkin bisa mengambil hikmah disebalik apa yang telah terjadi.

Kita manusia dan bukan dewa. Kita manusia dan bukan malaikat. Kita manusia dan bukan syaitan. Kita manusia dan bukan Tuhan. Kita hanyalah manusia yang hanya ada perasaan untuk dikongsi tetapi bukan untuk ditangisi selamanya. Buang yang keruh, kita ambil yang jernih. Bersabarlah, ada hikmah yang Allah SWT beri buat makhluknya iaitu kita, manusia..


dan terima kasih pada Allah atas bakat yang diberi.

Video ini adalah sambungan daripada video pertama ini.


Ini adalah post berkenaan video diatas.

P.S. Jangan cepat judgemental, saya cuma berkarya.

Saturday, July 9, 2011

Kegagalan Yang Paling Sweet

Assalamualaikum,

Diam-diam saya, kalian marilah lihat-lihat kalau entri ini ada isi.

Sudah beberapa minggu saya berdiam daripada menekan keletak-keletuk papan kekunci di komputer yang banyak berjasa ini walaupun sudah kelihatan sedikit uzur. Barang pun macam manusia, cuma menunggu masa bila nak padam. Tetapi manusia itu lebih pandai hadam daripada menjadi kadam Allah SWT dan kini permikiran seumpama terletak dibawah tapak kaki ladam kuda.


"Disebalik manusia yang gagal, ada kejayaan yang bakal menyusul - AH"


Saya seorang lelaki yang semenjak dari kecil hinggalah hampir dewasa kini, sentiasa dirundum kegagalan disebalik kejayaan dan tidaklah boleh dikatakan kejayaan yang besar serta mampu bertahan lama. Apa pun setiap kejayaan yang saya perolehi, saya sentiasa bersyukur pada Allah SWT kerana melimpahkan secebis kejayaan buat saya. Alhamdulillah. Namun kini mungkin mampu tersenyum memiliki sebuah keluarga yang benar-benar memahami kehendak dan kemahuan saya disamping sokongan padu oleh mereka. Tak lupa juga pada semua #AHmazingFriends yang selama ini sentiasa memberi kekuatan dan sokongan. InsyaAllah akan dibalas jasa kalian. Semoga Allah SWT itu mendengar permintaan hamba-Mu ini. Amin.

Cinta. Inilah kegagalan yang paling sweet.

Cinta itu subjektif dan cinta itu jugalah yang banyak mengagalkan saya sebagai pencinta yang baik, namun ada sahaja cerita yang bisa saya petik sebagai pelajaran dan pengalaman yang banyak mengajar. Saya akui, saya bukanlah lelaki yang sering menjadi tumpuan perempuan-perempuan diluar sana, lebih-lebih lagi apabila berjalan dengan kawan-kawan saya yang penuh lagak dan penuh kacak. Saya terasa amat kecil, namun dibesarkan dengan kepayahan ibubapa telah mengajar saya untuk bersusah sebelum senang. Bayangkan, sejak darjah 2 saya sudah pandai menyimpan duit belanja seringgit setiap hari yang pada asalnya dibekalkan oleh mama hanya RM 2 satu hari. Kehidupan kami tidaklah begitu mewah kalau nak dibandingkan dengan wang. Bagaimanapun kehidupan saya mewah dengan limpahan kasih sayang dan pengalaman hidup yang pelbagai. Syukur dibesarkan dalam rumah papan, mandi tanpa heater, makan apa yang tersedia dan pakai apa yang ada. Sedikit pun saya tak terasa untuk mengeluh, malah berbangga dengan kepayahan itu Allah SWT kurniakan kami sekeluarga rahmat-Nya dan sebuah pengalaman yang bisa kami gagahi untuk memperjuangkan saki-baki hidup sebelum mati. Apa yang saya perolehi? Pengalaman.

Kegagalan sekolah rendah dan menengah.

Bermula sebagai lelaki yang sangat naif tentang kewujudan makhluk bergelar perempuan ini, namun segalanya berubah apabila hijab mata ini terpana pada seorang perempuan yang saya minati sejak dibangku sekolah rendah dulu. Hanya sekadar mampu untuk menjadi peminat dari jauh dan tidak pernah sekalipun bibir ini terlepas untuk mengatakan padanya ungkapan cinta one four three itu. Lebih kurang 8 tahun hidup sebagai peminat dan tetap setia padanya hingga waktu memisahkan kami. Saya tidak pernah sesekali merasai cinta monyet di alam persekolahan akibat terlalu setia pada seseorang. Bagaimanapun, lagu kegemaran kami ketika itu adalah daripada kumpulan Spider, Mungkinkah Terjadi. Kini dia sudah pun bergelar seorang isteri. Semoga dilimpahi kebahagiaan hingga ke Syurga, Amin. (sila klik pada link untuk mengetahui ceritera selanjutnya)

Kegagalan selepas tamat persekolahan, kolej dan kini.

Cinta pertama saya adalah gadis 8 tahun itu. Namun selepas tamat persekolahan, saya menemui cinta baru dan namanya Sariah. Seorang gadis bertudung yang asalnya dari Kedah, pertama kali melihatnya manis dan manis. Sukar untuk membuatnya untuk terus jatuh cinta pada lelaki yang naif seperti saya ini, tetapi berbekalkan kesungguhan saya berjaya memilikinya. Ketika itulah saya menjadi lelaki yang cuba-cuba untuk menjadi romantik, saya buat 500 kapal terbang kertas dan meletakkannya dalam kotak air mineral 500ml. Saya setiap hari belikan dia coklat di 7Eleven namun usaha-usaha itu tidak pernah sekalipun mengundang kepenatan dan akhirnya lelaki naif ini bertukar player kerana lelaki ini merasakan dia paling hot! Saya curang pada dia dan saya melepaskannya. Akhirnya orang yang tamak itu selalu kerugian. Kini kami berbaik semula dan akan kekal sebagai kawan kerana dia sudah pun bergelar seorang isteri. Semoga awak berbahagia.

Pengalaman itu terus mengajar kepahitan itu mampu bertukar kepada kemanisan. Saya bertemu dengan seorang gadis baru dilaman Friendster dan kali ini saya berikrar tidak akan sesekali mengulangi kecurangan dimana saya pernah berasakan saya adalah lelaki yang merasakan dia hot. Perkenalan berjalan lancar, tiap malam membalas-balas SMS dan panggilan. Namanya Gee. Akhirnya kami decide untuk bersatu, ya perhubungan ini seperti yang diharapkan berjalan lancar dan berbulan-bulan kami berkasih. Dia seorang anak kepada seseorang yang bergelar VIP, rumahnya seperti dalam filem Hollywood yang serba mewah dan besar serta tersusun kereta luar negara didalam garaj. Namun bukan itu sebabnya saya memilihnya sebagai girlfriend kerana saya sendiri tak mengetahui latar belakangnya selepas berbulan-bulan kami berkasih. Ini disebabkan oleh dia pandai menyimpan rahsia, namun bukan lagi rahsia apabila saya dijemput ke parti hari lahirnya. Ketika itu, kecil je rasa diri saya ni ibarat hamster saya itu. Kawan-kawan saya menganggap ini adalah suatu keuntungan pada saya kerana berjaya memiliki seorang anak VIP, tapi mereka silap tentang saya kerana saya adalah lelaki tak suka mengambil kesempatan. Saya sedar diri bahawa saya anak orang kebanyakkan. Lalu selepas berbulan-bulan, saya memutuskan untuk berpisah kerana saya tiada masa untuknya serta terlalu sibuk dengan kelas, latihan bolasepak kerana saya mewakili tempat pengajian, tugasan dan kadang-kadang sampai terlelap untuk reply SMS serta menjawab panggilannya. Ini bukanlah kerana saya ada perempuan lain tetapi demi kebahagiaan dia kerana saya tak mahu dia terseksa kesunyiaan. Kerana kesiankan si dia, terpaksa saya lakukan keputusan ini. Dia tidak mahu berpisah, namun saya katakan inilah jalan terbaik supaya dia tidak berasa kesunyian lagi kelak. Kini kami berkawan rapat dan selalu hadir ke rumahnya untuk apa-apa majlis. Ibunya pun sudah menganggap saya sebagai anak angkat. InsyaAllah dia bakal bertunang akhir tahun ini.

Saya pernah menangis akibat daripada kegagalan saya dalam bercinta, terutamanya pada cinta pertama dan keduanya pada gadis ini namanya Zana. Saya mengenalinya selepas berpisah dengan Gee, rupanya seakan-akan Tiz Zaqyah pada saya. Kerana dialah, saya melupakan untuk keluar bertemu dunia seketika dan kini dialah membuatkan saya keseorangan lebih kurang 4 tahun dan tidak menjejakkan kaki lagi ke panggung wayang selama hampir 3 tahun. Saya seorang lelaki yang suka menonton wayang walaupun keseorangan namun perpisahan dengannya membuatkan saya hilang punca dan hilang minat melakukan apa yang selalu saya lakukan. Terasa sakit ditinggalkan begitu meninggalkan kesan dihati ini. Sakitnya, oh sakitnya. Tapi saya tak salahkan dia sedikit pun. Entah kenapa saya masih boleh berkawan dengan semua bekas kekasih, dengan dia pun saya berkawan tapi tak berjaya untuk teruskan dan kini dah lost contact secara personal lah. Ingat dah lost contact rupanya dia pun sedang berjinak-jinak sebagai blogger sekarang. Saya pun rajin singgah tapi sebagai silent reader je. Kami pernah cuba untuk bersatu balik tapi, jodoh kami ternyata tak sampai. Mungkin akan saya akan tulis satu entri khas buat dia diblog ini. Kerana dialah yang membuatkan saya lebih belajar untuk memahami perempuan.

Akhir sekali, semua orang tahu. Ya, blogger muslimah tu. Pada mulanya, saya tak yakin dia akan membalas email saya itu tapi siapa tahu hati manusia kan? Dia balas. Bermula daripada situ, berbulan-bulan kami kerap membalas email dan ada ketika tu dia tak balas disebabkan exam. Saya pernah tunggu sampai 3 minggu barulah dia balas, tapi jangan sangka saya seperti pungguk rindukan bulan. Dalam 3 minggu tu saya selalu email bagi dia semangat dan selalu keep on positive apabila setiap kalinya dia akan berasa tertekan dan down dengan exam. Untuk pertama kalinya, di email lah saya luahkan perasaan saya padanya dan akhir sekali dalam sebuah video ini. Saya decide nak buat sad ending dalam video tu disebabkan sesuatu telah berlaku. Sebenarnya niat nak buat happy ending tapi hati saya benar-benar sedih apabila terlihat gambar dia bersama seorang lelaki di majlis perkahwinan. Lebih menyedihkan lagi, terlihat komen di facebook. Tak perlulah rasanya nak ulangi apa yang dah lepas. Semoga dia berbahagia dan menjadi doktor yang baik. InsyaAllah.

Inilah kegagalan yang banyak mengajar saya tentang hidup, disebalik pengalaman yang perih hidup ini saya teruskan untuk masa depan yang lebih baik, InsyaAllah. Pada saya, kegagalan dalam bercinta yang akan membuka mata manusia untuk lebih berusaha untuk lakukan yang terbaik. Dalam banyak-banyak kegagalan, ingin saya katakan inilah antara kegagalan yang paling sweet yang banyak mengajar saya. Kesunyian selama hampir 4 tahun itu tidak sekalipun mematahkan semangat saya untuk membuat orang lain gembira. Kini kegembiraan mama, keluarga serta orang lain itu adalah suatu kejayaan dan lebih penting buat saya.

Wassalam.

Thursday, June 16, 2011

Ya, Itu Orangnya.

Assalamualaikum,

Kalau lelaki, jangan takut nak buat apa-apa keputusan yang berkaitan dengan hidup sendiri kerana setiap keputusan yang kamu lakukan itu adalah untuk diri kamu dan hidup kamu juga. Kecuali perkara-perkara yang tak berfaedah, hindarkanlah.

Baru-baru ini saya ada membuat suatu keputusan yang amat berat namun atas dasar berani kerana benar, saya melamar seseorang didalam video. Ya, saya sukakan perempuan ni.


Nampak orangnya? Ya dalam gambar itulah dipenghujung video berkenaan.




Ya, itu orangnya.

Apa pun, kepada haters dan sesiapa pun janganlah katakan saya ini seorang yang gilakan publisiti dan populariti. Sekejap Hanis Zalikha, sekejap Fatin Liyana lah. Biarlah saya berterus terang, sebelum saya kenal FL, saya kenal HZ tapi kenal sebagai fans. Jadi boleh beza kan? Antara suka sebagai fans dan sebagai kekasih hati? Kalau saya nak popular sangat kejap je, buat status pelik-pelik dan bunuh diri macam mendiang Alvin Kong tu. Tapi saya ada agama dan saya ada ALLAH SWT dihati ini tidak sesekali saya akan bunuh diri. Saya benar-benar sukakan cik FL korang ni, itu hakikat dan kenyataan.

Namun semua tak faham, kenapa ending video tu saya kena langgar kan? Sebabnya, saya memang sukakan FL ni tapi kami tiada jodoh. Jadi disitu telah menjelaskan bahawa kami memang tiada jodoh dan hanya mampu doakan kebahagiaannya. Saya harap semua orang faham dan janganlah beri tekanan pada FL, bagi dia ruang. Terima kasih kerana menonton, saya hargainya.

Sebelum itu, suprise!


Dia komen kat wall fb saya. Thanks for drop by.

Inilah yang saya ulang-ulang buat halwa telinga dan hati ini.


Wassalam.

Wednesday, June 15, 2011

Beritahu, Takkan Marah.

Assalamualaikum,

Hi!
Lama gila saya tak menulis, sebenarnya saya tercari-cari pena maya tadi dan berserta mood. Keletak keletuk bunyi papan kekunci namun masih menggagau untuk menulis sebaris ayat. InsyaAllah, saya akan rajin-rajin menyapu habuk di blog ini.

Cukup 18 jam tidak tidur, buat editing video, tunggu rendering siap dan akhir sekali nak upload. Video apa? Nak tahu tunggulah, berkisahkan tentang lamaran. Ya lamaran saya buat untuk seseorang namun kesudahannya terpaksa diubah kerana.. Kena tontonlah gamaknya, cuma sedikit kecewa setelah mengetahui kebenaran. Oh sakitnya, sakitnya.

Sekurang-kurangnya beritahu. Saya positif.

Wassalam.

Tuesday, May 17, 2011

Layak Atau Tidak, Anda Tentukan.

Assalamualaikum,

Baiklah, saya cuba 'mencalonkan' diri sendiri untuk DiGi Woww Awards atas pandangan kawan-kawan menerusi video yang pernah menjadi sebutan blogger-blogger lain, iaitu video 'Ini Vidiyo Saya'. Maka dengan itu saya hanya meminta sedikit masa dan undian daripada kalian untuk bantuan kecil ini. Boleh ya?

Ini adalah link tersebut http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=170511193949035

Apa pun, tanpa bantuan 'Cik' ini, mungkin tiada sesiapa mengenali saya. Mungkin sampai sekarang. Harap ada yang sudi mengundi, kalau layaklah. Tepuk dada tanya selera. Apa pun, terima kasih.

Thursday, May 12, 2011

Tamparan Berambut Baru

Assalamualaikum,

Well, semua orang dah tahu rambut baru saya macam mana, terutamanya di FB.


Disini, saya tak mahu menegakkan apa-apa pun kerana saya yang pilih untuk jadi begini. Sebenarnya ini adalah keinginan semenjak daripada bangku sekolah lagi kemudian tertunda lagi hajat ini setelah masuk ke Politeknik. Tetapi selepas tamat belajar di Politeknik, perkara pertama saya buat adalah mewarna rambut. Ya tak cool sebab macam..


Kan dah cakap tak cool.

Apa pun, saya hanyalah manusia dan saya ada keinginan kerana saya percaya bukan saya sahaja yang punyai keinginan tetapi semua orang. Betul bukan? Jadi terima kasih atas kritikan dan sentiasa membina semangat saya serta menyokong walau berat hati anda untuk menerimanya. Ketahuilah sesuatu, saya seorang pelakon teater dan bagi memenuhi sebuah naskah saya harus turutkan bagi menjayakan sesebuah karakter. Tidak semestinya saya akan menerima watak baik selama-lamanya, jadi bersedialah untuk sesuatu diluar jangkaan.

Soalnya disini, kita jangan terlalu cepat menghakimi walaupun kita tak suka. Kerana saya tahu siapa saya sebenarnya, gambaran luar bukan gambaran sebenar seseorang. Yang pentingnya adalah hati. Fyi, saya tak merokok dan saya tak clubbing or drinking. Saya cuma ingin berfesyen dan mengikut keinginan hati, itu saja. Pokok pangkalnya, saya tak menyalahi mana-mana hukum agama dan sebagainya. Kita harus belajar hormati pilihan orang lain, walaupun hati kita berat untuk menerimanya kerana keputusan dan pilihan adalah ditangan saya sendiri.

Terima kasih kerana terus menyokong dan mempercayai saya. :')

Tuesday, May 10, 2011

Ibu Kita, Rumah Kita

Assalamualaikum,

Baiklah, mungkin saya sudah terlewat untuk beberapa hari tetapi saya gantikan ucapan ini dengan video. "Video lagi?" - Ya, video lagi dan itu minat serta apa yang saya mampu lakukan. Okeh, korang layan dulu ya.


Ibu Kita, Rumah Kita

Cerita ini adalah idea asal oleh saya sendiri, dimana saya menggabungkan antara Short Film dan dedikasi. Pada permulaan cerita ini, saya cuba menyampaikan mesej melalui sebuah Short Film dan diikuti dengan dedikasi yang disampaikan secara selang-seli antara Short Film dan dedikasi oleh rakyat Malaysia yang 'sporting'. Best! Ini adalah percubaan pertama saya dalam berkarya dalam menggabungkan antara cerita dan dedikasi. 

Sinopsis : 

Jalan cerita dalam Short Film tersebut mengisahkan seorang lelaki yang melarikan diri daripada rumah dan membesar dilorong-lorong. Dimana dia tidur dilorong, dia tidak bekerja, dia mendapat didikan daripada pengaruh-pengaruh yang tidak baik. Namun pada suatu hari dia tersedar, bahawa suatu ketika dulu dia pernah memiliki sebuah 'kehidupan' dan kini dia mula menyesali segala langkahannya yang terburu-buru mengikut hati. Kini dia merindui ibunya, keluarganya serta rumahnya. Barulah dia tersedar, bahawa apa yang dilakukan olehnya atas kehendak hati dan segala perbuatannya ternyata tidak betul kerana dia mulai percaya didikan sebenarnya datangnya daripada sebuah rumah. "Ibu Kita, Rumah Kita".

Dedikasi khas dituju kepada seluruh ibu-ibu di Malaysia, baik Melayu, India atau Cina. Dedikasi seterusnya, hanyalah sekadar sebuah hiburan buat penonton. Ya sudah klise, bagaimanapun saya terhutang budi padanya dan juga Izham Ismail yang memperkenalkan saya kepadanya melalui video pertama 'Ini Vidiyo Saya'. Orang yang dimaksudkan adalah Hanis Zalikha. Bagaimanapun, ini hanyalah sebuah karya dan tiada maksud tersirat apa-apa. Saya seorang vlogger dan juga seorang pengkarya. Fahaminya ya? 


Friday, May 6, 2011

TREND Sebagai Cendawan

Assalamualaikum,


"TREND"



Okeh, tujuan saya buat video tu sebab nak realisasikan idea Anwar Hadi dalam video dia bertajuk AYAM. 



Maksud AYAM tu sendiri adalah, 'Angkatan Youtubers Anak Malaysia' dan saya rasa terpanggil nak create satu 'Home' buat vlogger-vlogger tempatan yang diberi nama 'AYAM CHANNEL'. Kerana saya juga seorang vlogger, walaupun tak hebat. Hehe. Okeh kalau kita lihat, blog pun sekarang dah ada 'home' melalui Nuffnang. Mungkin orang berblog kerana suka-suka dan mungkin kerana nak dapat perhatian whatsoever. Saya tak kisah bab tu sebab saya nak cakap mengenai vlog, tapi isu yang saya bangkitkan dalam video baru ni adalah berkenaan dengan trend orang berblogging dan bervlogging sekarang macam cendawan lepas hujan.

InsyaAllah kalau semua orang positif sure they all boleh terima cadangan saya ni dan mungkin mereka akan lebih rajin nak buat video in good quality selain penuh pengisian. Apa-apa pun ini adalah idea asal Anwar Hadi dan saya cuma cadangkan cadangan buat vlogger-vlogger baru ni. 

Kalau kita tengok sekarang pun, vlogging pun dah mampu raih populariti setanding blogging. Tapi soalnya kat sini bukan kerana populariti tapi mengenai bakat-bakat baru. Kalau kita lihat dari sudut positif, vlogging ni dah mampu tarik orang berdakwah secara direct dan media-media pun rajin nak cover story pasal vlogger-vlogger ni. Sekurang-kurangnya, Malaysia ada channel khusus buat anak-anak tempatan yang berbakat di AYAM CHANNEL.

Monday, May 2, 2011

Hitam

Assalamualaikum,

Oh, ini entri tentang warna 'kegemaranku' ketika hadir ke majlis keramaian atau majlis perkahwinan mahupun majlis pengkebumian. Sungguh.. Sungguh tak ada kelainan atau keriangan. Maklumlah kata orang warna ini menggambarkan perwatakkan seseorang, bagi saya hitam itu hanyalah sekadar warna. Ya saya maksudkan warna hitam, warna yang menjadi kegemaran dan entah kenapa. Kata Wikipedia, hitam ini membawa warna kegelapan dan kata Internet hitam itu menawan! Tak kisahlah.

Kita mula dengan AJL 25 hari tu.


Ya, it's black.

Kenduri doa kesyukuran Hafiz.


Hitam walaupun berkilat.


Wedding kawan kanak-kanak merangkap jiran. Okeh, baju hitam.


Wedding kawan sekolah rendah. Maaf hitam lagi.

Okeh buat semua, exclusively saya tampilkan gambar kawan merangkap bekas kekasih saya buat tatapan anda. 



Selamat Pengantin Baru. :)

Jelasnya bukan disengajakan. Kebetulan. Biarlah warna ini ada pelbagai definisi buat kalian, ini hanyalah sekadar warna buat saya. Tak kenal saya, jadi jangan judge saya ya? Hee. Kepada warna hitam, terima kasih kerana lebih setia bersama saya. Saya doakan semoga kesemua pengantin bahagia hingga ke syurga. Amin.

Sunday, May 1, 2011

Nervous!

Assalamualaikum,

Hai semua! Entri ini ditulis disebabkan perasaan nervous atau gementar ini kerap kali menghampiri sejak semalam dan berlarutan sampai ke hari ini. Nervous sebab apa? Baiklah sebabnya adalah :


Pertama, dalam masa 4 tahun saya tak pernah langsung main mana-mana tourney atau tournament futsal dah. So semalam (Sabtuday), saya buat pertama kalinya dalam masa 4 tahun saya bermain tournament futsal tersebut atas desakan kawan-kawan. Alhamdulillah, masih ada tuah walaupun tewas di peringkat kedua. So far, rasa nervous itu sudah boleh dikawal dengan baik kerana saya menjaringkan 2 gol sepanjang tournament. Hee.



Keduanya, hari ini saya telah membuat sesuatu keputusan yang 'agak' berani untuk 3 tahun setelah kena dump dengan seorang perempuan. Saya mengajak seseorang untuk keluar bertemu, mungkin kalau ada jawapan daripada si dia, ianya adalah pertemuan yang bermakna buat saya dalam masa 3 tahun bersendirian itu. Saya mengajaknya melalui sebuah video yang di privatekan. Entah, tak pasti apa yang nak dicakapkan lagi, lebih-lebih lagi kalau jawapan daripadanya adalah 'ya'. Mungkin perasaan gementar itu membalut seluruh tubuh ini, InsyaAllah dengan izin Allah SWT mohon baik-baik saja.


Ketiga, hari ini (Ahad) saya dipanggil untuk casting drama bersiri oleh sebuah production house, semoga dapatlah apa-apa watak bagi mengisi waktu lapang saya ketika cuti semester nanti. Amin. Alhamdulillah, sejak beberapa kali ke casting saya sudah tidak gugup dan gementar lagi berhadapan dengan kamera memandangkan kerja saya ini asasnya perlu berdepan dengan lensa kamera. Kata pensyarah saya, kalau adapun rasa gementar itu kita lawan. InsyaAllah, lakonan akan tampil bersahaja dan lebih jujur. Saya mohon segalanya baik sahaja dan berharap dimakbulkan doa kepada Allah SWT untuk membuka pintu rezeki. Itu sahaja.

Inilah entri 'gementar' saya sahaja dan janganlah disamakan dengan rasa 'gementar di padang Mahsyar, ya? Sebab takkan sama, biasalah kita manusia biasa.

Apa-apa pun, I'll try my best.



Thursday, April 28, 2011

Belajar Memahami & Mengerti

Assalamualaikum,

Firstly, saya ingin memperjelaskan bahawa entri ini akan menampakkan 'kebodohan' saya sendiri namun didalam hati yang tulus ini hanya ada satu sebab mengapa saya berbuat demikian. Saya melakukan semua ini kerana ingin belajar untuk memahami dan mengerti apa yang kaum Hawa ini rasakan dan apa yang kaum Adam ini tidak pernah sesekali rasakan. Tak salahkan saya mencuba untuk belajar memahami dan mengerti, kan?

Khasnya, tujuan saya berbuat demikian bukanlah untuk mendapat perhatian murahan daripada kesemua pihak dan tidak sesekali untuk saya berTUKAR jantina. Tetapi sebagai lelaki yang ingin tahu pengorbanan seorang perempuan yang menutup auratnya selain pengorbanan mereka yang mengandungkan dan melahirkan seorang anak. Tidaklah saya katakan perempuan yang menutup aurat ini sempurna, mungkin Allah SWT telah membuka pintu hati mereka dan kita sesekali tidak akan pernah tahu barangkali mampu menarik minat kaum Hawa yang lain untuk bertudung. Jelasnya saya bukan mahu mencetus provokasi dan telah saya jelaskan tadi, bahawa saya ingin belajar untuk memahami dan mengerti.

Saya pernah bertanya pada seorang perempuan bertudung ini kerana perasaan ingin tahu itu membuak-buak,


Saya : Cuaca panas, comform awak lagi panas kan? 
Perempuan : Kenapa ya?
Saya : Sebab awak bertudung.
Perempuan : Kewajipan kan. Hee.
Saya : Jangan fikir bukan-bukan ya? Maklumlah awak bertudung, sebab tu saya bertanya, tapi baguslah awak tabah. Kuat iman awak. 


Sepatutnya soalan itu saya tak perlu bertanya, betul tak? Saya punyai rasa ingin tahu tetapi saya tidak pernah terfikir untuk 'merasainya' seperti kaum Hawa ini sendiri rasai. Oleh itu saya bereksperimen, walaupun bukan dibawah terik mentari atau dipertontonkan secara 'live' pada umum, sekurang-kurangnya saya 'pernah' rasai tentang perasaan menjadi seperti kaum Hawa ini. Saya tak rasa agama kita ini kejam pada kaum Hawa tetapi agama kita (Islam) telah mengajar kita semua baik lelaki mahupun perempuan tentang erti keimanan dan kesabaran. Alhamdulillah, saya bersyukur. Mungkin cara seorang lelaki itu diuji berlainan dengan seorang perempuan itu sendiri. Hakikatnya kita adalah manusia yang tiada banyak bezanya, tinggal berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah dan semuanya milik Allah SWT. Allahuakhbar!


Baiklah, apa yang dapat saya buktikan bahawa saya mulai memahami perempuan adalah saya memakai tudung selama 5 minit. Ya, saya bertudung dan duduk dalam bilik. Berpeluh jugalah disebabkan saya seorang yang kuat berpeluh, bayangkanlah saya hanya bertudung untuk 5 minit! Allahuakhbar! Bagaimana dengan perempuan yang bertudung seharian itu pula? Besar pahala-mu!

Apa yang saya tulis tengahari tadi. Disini saya sudah terfikir panjang..





Posse 2. Hahaha.

Saya yakin, orang akan mulai mempertikaikan apa yang saya lakukan ini. Sekiranya anda mulai membaca entri ini dari sini, apa kata anda baca daripada atas dan ianya akan lebih jelas mengapa (terima kasih). Mungkin akan ada orang akan bercakap, tak perlu untuk saya bereksperimen begini. Sejujurnya, kita semua hamba Allah SWT dan kita semua tidak tahu apa yang dirasai oleh orang lain jadi tidak salah untuk kita merasainya asalkan saya tahu had-had saya sebagai lelaki yang beragama. Ya, hukumnya haram bagi lelaki yang menyerupai wanita tapi tak perlulah kita berdebat tentang halal dan haram. Buka minda dan buka hati terima tentang sebuah pandangan baru dan jangan terlalu 'asyik' judge orang lain.

For your information, saya adalah pelajar teater dan kalau naskah atau skrip memerlukan saya menjadi seperti seorang perempuan, adakah saya perlu berhenti belajar atau teruskan? Apa-apa pun ini adalah berkenaan pilihan dan saya sudah membuat pilihan. Disini sudah terang-terangan saya katakan, saya cuba membuat pilihan untuk belajar memahami dan mengerti tentang seorang perempuan. Salahkah saya ingin menjadi lelaki yang lebih memahami daripada lelaki-lelaki lain? Tepuk dada, tanya selera.


Ternyata saya lebih 'cantik' sebagai lelaki. :)

Segala kejadian dibumi ini adalah kerana keindahan yang diberi oleh Allah SWT kepada kita semua. Hanya Maha Pencipta berhak menerima segala puji-pujian ini. Kita seharusnya berasa syukur ke atas nikmat pinjaman ini. Alhamdulillah.


Entri Pagi-Pagi

Assalamualaikum,

Morning everyone!

Lama tak mengasah pena maya ini, sudah sedikit tumpul dan perlu diasah. Tampaknya sekadar perlu diasah bukan diasah siasahnya, kerana sisipan siasahnya dikarangi oleh saya sendiri. Jadi sudah tentu tiada kaitan antara pena yang hampir tumpul dengan permikiran yang belum tumpul dek kerana waktu yang tidak mengizinkan untuk menulis dilaman maya ini. Terima kasih kepada yang merindui, pada garapan yang tak seberapa ini. Terima kasih.

Satu per satu ceritera yang hadir dalam hidup saya kini, namun garapan Tuhan dalam perancanganNya ternyata kemas namun ada ketika timbul persoalan jua di minda. Tidak mengapa persoalan itu bakal terjawab kerana waktu akan beritahu kelak, InsyaAllah. Sebut tentang waktu, banyak yang sudah saya bazirkan kini. Entah mengapa pembaziran ini terus saya bazirkan. Jika dilihat mengapa langit menangis, ia kerana tangisan ini adalah rahmat dan airmatanya yang jatuh ke bumi ini adalah mutiara yang tak ternilai buat kita. Lihatlah cuma hujan yang tak akan bazirkan waktunya, jika ianya mahu turun membasahi bumi ia tetap akan turun.

Saya tidak bercakap sastera tapi bercakap benar, bahawasanya saya sedang bazirkan waktu dan mungkin kita semua merasainya, kan? Pada ketika usia sedang rancak mengejar. Hari ini sudah dipenghujung April, minggu hadapan sudah menjelang Mei. Lihatlah apa yang telah kita bazirkan sekarang, kita bazirkan waktu dan tidak sekalipun kita mengabdikan diri padaNya. Kerana kita semua khayal dalam dunia pancaroba ini. MasyaAllah!

Entri pagi-pagi ini sekadar pedoman dan sekadar mengingati subuh yang baru berlalu tadi. Baguslah kalau dapat ditunaikan. Jika kita lihat bait-bait ini, indah.

Menghitung hari,
Detik demi detik,
Masa ku nanti apa kan ada,
Jalan cerita kisah yang panjang,
Menghitung hari.

Walaupun sepenuhnya lirik lagu ini berkisahkan tentang cinta yang ditinggalkan namun masih ada baris-baris kata yang boleh kita amati. Kita semua akan menghitung hari pada ketika cinta itu tiba dan kita semua terlupa untuk menghitung pada hari ketika kita dipanggil untuk pulang ke tanah. Masa ku nanti apa kan ada, jadi sudahkah terisi bekalannya?


Pada ketika ini usia muda masih belum terjejas, namun kini sedikit kebimbangan.