Nuffnang Ads

Wednesday, March 9, 2011

Bernasib Baik Kalau Ada

Assalamualaikum,

Cinta itu hak Tuhan, cinta bukan hak milik tetapi adalah anugerah. Kalau adapun kata-kata ini, "Isteri bukan hak milik tetapi anugerah", benar cinta dan wanita itu anugerah paling indah. Dengan cinta maka lahirlah zuriat yang sah dalam ikatan yang halal disisi agama dan mulia pada pandangan Allah SWT. Namun jangan sesekali, jangan sesekali robohkan masjid. Bukan hanya dibenci oleh Allah tapi Rasul juga. Sebelum kamu mendirikan masjid, ingatlah perkara ini bukan seperti suis lampu yang boleh on dan off sesuka hati.

Disaat cinta itu hadir, manisnya semanis melebihi rasa manis gula. Lumrah apabila bercinta, itulah yang dinikmati oleh setiap pasangan kekasih. Apabila datangnya pahit, datangnya tatkala hubungan itu sudah tiada rasa apa-apa. Seperti rasa kebas yang mahu disingkirkan dengan segera. Percayalah, cinta itu adalah anugerah. Sewaktu ia hadir, belajarlah menghargainya kerana kita manusia yang sudah terbiasa belajar menghargai apabila cinta itu hilang bersama detik waktu. Jangan sesekali menyakiti dan mempermainkan hati manusia lain. Sakit.

Ada ketikanya kita bercinta seolah-olah kita adalah dewa dan dewi cinta tanpa sedikit pun menghiraukan kelibat orang lain. Jangan begitu. Walaupun kita sedang berbahagia dengan cinta, jangan melupakan batas-batasan kita sebagai umat yang beragama dan sedarlah ada manusia lain yang sedang memerhati disetiap perbuatan kita. Ingatlah tentang sensitiviti orang yang memerhati. Tidak mustahil, ada cinta maka ada nafsu disitu. Itulah yang mengundang anak-anak dibuang ditepian sampah, kerana kita asyik bermain dengan asmara. Cinta itu hak semua tapi tidak bermakna cinta itu adalah hak milik.

Ketika hadirnya cinta, belajarlah menghargainya dan jangan sesekali mempermainkan. Walaupun kamu seorang kasanova, jangan melupakan apa yang telah kamu lakukan itu pasti akan berpatah balik. Ada manusia hingga kini tak bernasib baik untuk merasai cinta dan sudah tentu ada golongan yang berkali-kali merasai cinta. Jadi fikirkanlah apabila diri kamu yang bernasib baik itu digantikan dengan golongan yang tidak bernasib baik dalam bercinta itu. Belajarlah menghargai anugerah Tuhan ini. Kalau bernasib baik, ada cinta dan kalau tidak berdoalah pada yang kuasa. Jangan putus asa.

Kita adalah manusia yang bertuah, bertuah kerana memiliki cinta. Cinta kepada Tuhan, kepada ibubapa, kepada keluarga dan sesama manusia lain. Kita umat yang bertuah dan belajarlah menghargai dengan anugerah yang secebis ini.

Hayati liriknya,


Support this band, Indie Mice. Vocalist dia yang jambu tu kawan AH. :)

2 comments: