Nuffnang Ads

Thursday, March 3, 2011

Bukan Chinta Saya - Episod 2

Sesi kelas telah bertukar, dahulunya kelas petang dan sekarang kelas pagi. Bab paling malas comform bangun pagi! Mahu atau tidak, saya bangun pagi itu pun 7.05 pagi sebab rumah dengan sekolah dekat sahaja. Lebih kurang 7.25 pagi sampai sekolah dan tidak seperti dia awal 10 minit daripada saya. Kata lelaki perangai pun memang lelaki lah kan? Biasa. Minggu pertama sangat-sangat menyeronokkan, hari isnin sekolah buka, hari selasa mula belajar dan hari rabu tukar kelas pandai, akhirnya jumpa buah hati yang selama ini tak pernah tegur. Aduhai memang lembab lelaki species macam saya ni.

Duduk sebelah menyebelah, masing-masing tak bertegur lagi hinggalah keluar perkataan pertama dari si dia, “kau nama apa?”.Kasar sungguh bahasa budak-budak dulu dan saya pun jawablah,“nama saya Tengku Hazmi Taqiuddin bin Tengku Ab Aziz”. Ambik! Nama penuh saya bagi dengan se-skemanya! Haha. Memang skemalah nampak cinta hati depan mata dan bermula daripada hari itu exitedbangun pagi. Faham-faham sahaja mengapa.

Mungkin saya memiliki bakat seni sejak di sekolah rendah lagi namun tidak mahu saya akuinya, hinggalah ke saat ini saya sudah akuinya saya boleh melukis dengan baik. Buat pertama kalinya saya tersentuh tangannya apabila kami sama-sama tersentuh antara satu sama lain ketika hendak mengambil pemadam, manisnya kenangan! Ketika itu kami disuruh untuk melukis dalam kelas, walhal ketika itu adalah mata pelajaran Bahasa Melayu 2 iaitu karangan. Mana tak disuruh melukis, sebab ketika itu satu kelas sedang membuat karangan “Aku sebuah kereta”, so kena lukis kereta. Pelik-pelik tapi yang seronok dia suruh saya lukis kerana lukisannya sangat teruk dan berkali-kali memadam. Kesian saya lihat dia dengan muka yang kusut tapi bertambah manis itu namun wajah itu yang masih segar diingatan.

Saban minggu pelbagai perkara berlaku, rehat dan makan bersama-sama. Bayangkanlah, kalau dulu ada kumpulan Elite tapi di sekolah ada juga kumpulan seperti itu tapi ada lelaki iaitu saya dan selebihnya adalah kawan-kawan si dia daripada satu kelas serta kelas lain. Maklumlah budak nerd, dengar cakaplah apa yang dia cakap dan dalam kelas pun duduk sebelah menyebelah. Sangat menyeronokkan adalah dia ada ramai secret admire di sekolah dan paling seronok ke semua surat cinta yang diterimanya dikongsi bersama saya. Haha, untung. Namun diam-diam, budak nerd ini juga adalah peminat anda! Kalaulah dia tahu, “aku suka kau lah dahi jendul!”

Setiap kali atau setiap hari, pasti ada kami tersentuh tangan masing-masing dan puncanya adalah kerana pemadam pensel, terima kasih pensel dan pemadam. Maklumlah sekolah rendah tidak menggunakan pen lagi. Namun kadang-kadang kami selalu dimarahi cikgu disebabkan kami suka bercakap dan bercerita, aduhai kena marah pun sama-sama. Mungkin dek kerana detik-detik kami itu saya menerima sepucuk surat bawah meja dan hari itu rupa si dia sangat berbeza serta menjadi pendiam setelah saya ketahui surat itu datangnya daripada si dia. Bukan surat sebenarnya tetapi biodatanya, tapi masih tidak faham untuk apa. Saya terkedu dan terdiam hingga waktu balik sekolah, satu hari itu kami langsung tidak bercakap. Saya pun hairan mengapa saya juga turut berbuat demikian.
Dalam biodata biasalah, ada nama, umur, alamat rumah, nombor telefon dan sebagainya, namun maaflah tak dapat dihebahkan semua ya? Atas dasar privasi. Percaya atau tidak, sudah 12 tahun saya simpan biodata ini dan sudah kuning-kuning kertasnya serta sudahpun koyak-koyak. Tidak kisah masih simpan dan banyak lagi untuk dikongsi bersama anda.

Bersambung..

1 comment:

  1. so sweet !
    dia msti happy sbb hang still simpan benda tu :)

    ReplyDelete