Nuffnang Ads

Thursday, March 3, 2011

Bukan Chinta Saya - Episod 3

Selepas kejadian semalam, kami mula bertegur semula namun saya masih terpinga-pinga (sangat lembab!) dengan maksud si dia berkenaan biodata yang diterima oleh saya semalam. Oh, rupanya saya belum lagi membalasnya. Haha, sampaikan dia sendiri bertanya mana saya punya biodata, what you give  you’ll get back bak kata orang ‘omputih’. Walhal ayat ini dulu tak pernah digunakan pun sengaja diterbitkan perumpamaan. Memang dulu saya seorang lelaki nerd yang memakai cermin mata dan sangat lembab. Rambut pun sikat tepi. (Maaflah, gambar-gambar lama tak tahu mana saya letak)

Mulai selepas itu, kami mula mengada-mengada bercakap ditelefon dimana menggunakan telefon rumah. Kadang-kadang bercakap pun tentang kerja sekolah yang sedia maklum sudah pun diketahui tengahari tadi di sekolah. Biasalah mula nak menggatal, pencapaian hormon sudah meningkat setahap. Hubungan boleh dikatakan semakin berjaya namun perkataan ‘suka’ masih belum terbit daripada mulut masing-masing. Kalau dulunya ‘suka’ bukan ‘cinta’, betul tak? Sekalipun belum pernah saya dengar daripada si dia dan sekalipun belum terbit dimulut saya sendiri. What you give you’ll get back terpaksa saya keluarkan perumpamaan ini sekali lagi.

Peristiwa pemadam terjadi lagi, namun kali ini tidak timbul rasa malu-malu antara kami seperti dulu dan ianya terjadi seperti peluang kepada kami ‘menyentuh’ antara satu sama lain. Saya kadang-kadang berasa hairan juga, dia ada pemadam dan saya pun ada pemadam namun pemadam 20 sen saya juga pilihannya. Faham-faham sahajalah. Peperiksaan bermula dan berakhir, ketika peperiksaan itu saya sukar mendampingi kerana kedudukan meja mengikut nama. Oleh kerana nama saya bermula dengan ‘T’, terpaksalah duduk dihujung dah terima sahajalah. Tibalah pada bulan Oktober, kali pertama saya ucapkan selamat harijadi dan buat harijadi pertamanya saya membeli sepit rambut Garfield disebabkan dia amat meminati kartun kucing pemalas itu. Saya masih ingat lagi, setiap kali saya mahu serahkan ‘something special’ kepadanya, mesti saya sorokkan dalam baju sekolah dan barulah diserahkan kepadanya apabila ‘line clear’.

Di awal 90-an dulu banyak cerita-cerita remaja seperti Awas, Cinta Metropolitan yang dilakonkan oleh kumpulan KRU, namun cerita Gemerlapan yang menampilkan pelakon seperti Lan A to Z, Bob KU2 (Kuman), Sham Visa banyak memberi memori manis buat saya, terutamanya lagu “Dulu dan Selamanya” daripada soundtrack Gemerlapan itu banyak meninggalkan kesan buat saya hingga ke hari ini. Sungguh! Ingin saya akui, kenangan saya dengan si dia banyak berkaitan dengan lagu, walaupun baru berumur 10 tahun namun memori manis ini masih kekal hingga ke hari ini bersama saya. Pernah saya bertanyakan pada si dia berkenaan cerita Gemerlapan itu dansoundtrack filem berkenaan dan katanya dia belum pernah menontonnya namun saya menggesanya untuk menontonnya.

Agak lama untuk memperdengarkan feedback daripadanya dan akhirnya si dia menonton serta menyukainya lagu dalam filem itu juga. Manisnya! Kami turut menyukai lagu ‘Viva La Vida’ nyanyian Ricky Martin semperna lagu tema World Cup 98 dimana France menjuarai piala dunia. Bagaimanapun saat-saat manis tidak berterusan dimana waktu persekolahan pada tahun 1998 itu berada dipenghujung dan ketika itu pelajar perempuan mulai diwajibkan memakai tudung. Sedihnya kerana tidak nampak lagi sepit rambut Garfield dikepalanya namun dia kelihatan manis bertudung dan tidak nampak jendul didahinya lagi.  Akhirnya kami terpaksa ‘berpisah’ kelas kerana dia naik satu kelas ke kelas nombor 2 manakala saya masih kekal dikelas nombor 3. Air muka masing-masing memang tawar disebabkan itu, maklumlah sudah hampir setahun duduk bersama-sama. Itulah yang perlu dihadapi oleh setiap orang apabila tiba waktu tumbesaran. Hakikatnya tahun depan saya sudah darjah 5 dan berumur 11 tahun.

Bersambung..

Saya kongsi bersama lagu pertama kami.

1 comment: