Nuffnang Ads

Thursday, March 3, 2011

Bukan Chinta Saya - Episod 5

Berpaling tiada guna lagi lalu akhirnya saya meninggalkan ‘pemandangan’ tadi disebabkan rasa cemburu yang membuak-buak dan tidak tertahan airmata ini namun cuba dikawal. Kali pertama saya akui, degupan jantung ini berdegup kencang dan seolah-olah jantung ini meronta-ronta untuk keluar daripada jasad ini. Memang benar sayajealous dengan apa yang saya lihat sebentar tadi, si dia dan lelaki itu dengan hilai tawa. Apa yang boleh dilakukan, teruskanlah cita-cita ini mudah-mudahan perasaan si dia masih kukuh.

Semakin hari semakin akrab pula persahabatan yang mula terjalin diantara si dia dan lelaki tersebut, hinggakan sebuah senyuman saya tidak lagi mampu memberi perhatian kepada si dia dan saya redha. Bak kata orang sekarang chemistry (perhubungan kimia) itu penting dalam permulaan membina sebuah relationship, selain persamaan dan mungkin itu tidak ada diantara kami berdua, mungkin. Maksud saya disini adalah, persamaan seperti kami berdua adalah ahli pengakap sekolah dan lain-lain itu tidak ada. Seperti lelaki itu, dia juga ahli pengakap dan juga wakil sekolah dalam sukan hoki. Si dia juga adalah wakil pasukan hoki sekolah. Jadi jelaskan? Si dia pengakap dan ahli sukan manakala lelaki itu juga pengakap dan ahli sukan.

Saya tidak bersukan bukanlah kerana saya tidak berbakat namun ketika itu saya cuma seorang lelaki bersaiz besar (gemuk) dan tiada kuota untuk seorang atlet bersaiz besar macam saya. Disebabkan itu, sedikit demi sedikit perasaan si dia tersisih terhadap saya. Kadang-kadang yang membuatkan saya sakit hati adalah, lelaki itu menunjuk-nunjuk apa yang diterimanya daripada si dia, contohnya biodata. Saya pun pernah memiliki biodata si dia namun terasa kecil hati kerana apa yang saya pernah miliki sudahpun lelaki itu dapat. Jadi tiada apa yang istimewa lagi.  Kami masih berkawan lagi dan kadang-kadang si dia menghampiri dan kami bertanyakan kabar masing-masing. Tapimoment itu tidak lama setelah munculnya kehadiran lelaki tersebut didepan matanya.

Saya akui, ketika itu saya sangat sedih tetapi tidak sesekali memahami apa yang saya mahukan daripada si dia dan seringkali memarahi diri sendiri kerana kurang menawan. Pernah saya utuskan surat dan dikirmkan kepada kawan baiknya untuk diserahkan kepada si dia namun saya menerima maklum balas yang sangat lambat. Dalam surat itu rasanya tidak ada yang penting selain saya mengatakan dia sudah sombong dan tidak mahu melayani saya lagi. Tiap kali terlihat wajahnya ketika dia menuruni tangga pastinya dia kelihatan serba salah untuk memandang saya (ketika itu saya duduk ditepi tingkap) dan tiada satu senyuman pun dilemparkan. Saya mula gelabah dan merasakan degupan jantung itu bermula lagi.

Akhirnya saya menerima suratnya melalui kawan baiknya, dalam surat itu si dia memperjelaskan keadaan sebenar dan mengatakan dia tidak sombong cuma sibuk untuk menikmati hari-hari yang pernah kami lalui dulu didarjah 4. Dalam suratnya juga telah menyentap sedikit sebanyak perasaan saya ini, dimana si dia telah berterus-terang bahawasanya si dia sudah dimiliki oleh lelaki tersebut dan perlu meluangkan masa untuk dibahagikan antara pelajaran, sukan serta lelaki itu. Si dia harapkan saya memahami situasinya. Saya amat memahami situasinya namun si dia tidak sedikit pun tahu situasi apa yang saya alami ketika itu. Kekecewaan.

Siapa yang tidak mahu orang yang kita sayang bahagia kan? Saya hanya mampu berdoa setiap kali melihat mereka berdua-duaan, baik dikantin mahupun dipadang. Lelaki itu sebenarnya kawan tadika saya dan kami sudahpun berkawan sejak kami berumur 6 tahun lagi hingga waktu itu kami berumur 11 tahun. Kiranya lelaki itu adalah kawan baik saya dan disebabkan itu dia berani menunjuk-nunjuk apa yang diterimanya daripada setiap pemberian si dia. Tapi tidak boleh disalahkan kawan baik saya itu kerana dia pun tidak tahu perasaan saya terhadap si dia yang ketika itu sudah bergelar girlfriend kawan baik saya itu.

Bersambung..

No comments:

Post a Comment