Nuffnang Ads

Sunday, March 13, 2011

Projek Stress Part 1

Assalamualaikum,


Hello, kepada semua kawan-kawan AH disini saya ada ketengahkan satu idea baru. Idea yang diberi nama 'Projek Stress'. Sungguhpun nama projek ini digelarkan 'Projek Stress' tapi message yang ingin disampaikan adalah mudah, "Say no to stress". 


Mengapa?

Timbulnya idea ini disebabkan kita semua adalah manusia biasa, manusia yang setiasa dibebani oleh banyak perkara yang kita lalui dan lakukan saban hari. Oleh itu saya merasakan tekanan ini seharusnya dikurangi oleh kita semua, agar semua kerja yang kita lakukan itu dapat dijalankan dengan lancar. Segala kejadian yang berlaku dilangit dan dibumi Tuhan ini datangnya dengan beribu hikmah yang terselindung. Sehubungan itu kita hindarkan perasaan tertekan itu dan buangkannya rasa tertekan itu jauh-jauh.

Target saya adalah untuk semua golongan, baik pelajar yang sentiasa berasa tertekan apabila tiba saat peperiksaan, pekerja-pekerja yang berkerja tanpa rehat mahupun sesiapa sahaja yang sering diganggu rasa tertekan. Ada pelbagai cara untuk hindarkan rasa tertekan ini, ambil air sembahyang, solat hajat dan berdoa kepada Tuhan. Selebihnya kita spread the loves. InsyaAllah, atas niat yang baik Tuhan akan meringankan beban yang kita alami. Apabila ada kasih sayang, dunia yang dikuasai oleh pemimpin zalim pun mampu tumbang. Jadi katakan tidak pada stress!


"Bila anda berkerja dalam tekanan, syaitan akan membuatnya lebih sukar."


Jadi sebagai tanda anda menyokong 'Projek Stress' ini, letakkan gambar 'Love' ini di fb atau dimana-mana anda rasa ia perlu. Maksud 'Love' ini besar, sayang kepada keluarga, kekasih, rakan-rakan dan umat manusia lain. Jadi ada 'Love' maka tekanan itu tiada. Selamat!

P.S. Kepada si dia, jangan stress-stress ya? Jaga diri ya. :)

1 comment:

  1. alahai siapakah si dia yang bertuah tu? siap AH buat projek khas gitu~ ok jugak projek AH ni. Adakala bila kita manusia biasa stress, tenaga negatif melingkari kita. Bila kita salurkan stres ke arah yang positif hasilnya lebih membahagiakan diri. =)

    btw ini projek Che Kay ketika stres tahun lepas. =)
    http://markonahjambu.blogspot.com/2010/07/al-kesah-projek-che-kay.html

    ReplyDelete