Nuffnang Ads

Saturday, March 12, 2011

Rumah Kedua Dalam Mengejar Syurga

Assalamualaikum,

Pertama sekali, jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang perihatin akan kesihatan mama saya kini. Walaupun mama tidak lagi segagah dulu namun saya harus tabah dan lebih gagah untuk menerima segala ujian yang diberikan oleh Allah SWT ini dengan tenang. Tiada satu rahsia Tuhan dapat manusia ramalkan apatah lagi datangnya penyakit itu pada manusia.

Dalam keadaan separa tertekan ini, macam-macam hal difikirkan tetapi harus jua saya tempuhi dalam perjalanan ini. "Dua pinggan nasi yang baru dihabiskan masih terasa kebas, masih berfikir untuk pinggan yang ketiga pula". Lihatlah betapa gundah dan gulananya perasaan seorang anak kini. Siang malam asyik berfikir itu dan ini meskipun 'dia' harus tahu bahawasanya setiap kejadian itu berbekalkan hikmah. Saya harus tabah dan tidak sesekali berhenti untuk berdoa. Ya, itulah yang harus.

Hospital ke rumah, rumah ke hospital. Bak kata mama, hospital kini bukan lagi tempat dia menerima rawatan tetapi rumah keduanya. Apabila kata-kata itu dilafazkan dibibirnya, apa lagi yang mampu diperkatakan oleh sang anak. Sayu dan sedih, inilah yang dirasai kami. Bagaimanapun jika kami menunjukkan kelemahan maka dengan itu mama juga akan berasa lemah. Bagaimanapun mama saya seorang yang cekal dan tabah serta kuat semangatnya. Inilah saatnya dimana anak-anaknya perlu menjadi lebih baik daripadanya kelak, supaya mama tak berasa janggal untuk menjadi lebih kuat.

Sungguhpun begitu, hati ini sayu tetapi dirahsiakan daripada pandangan orang lain. Cuma tak mampu nak dipertunjukkan kerana takut akan kelihatan lemah. Bukan ego. Diberi sakit kerana telah terhapusnya dosa-dosa kecil namun diperjalanan mengejar syurga Tuhan ini bukannya mudah. InsyaAllah dengan berbekalkan amalan dan iringan doa anak-anak, syurgalah tempatnya kelak. Mama bersabarlah dengan ujian Tuhan ini.

"Doaku buatmu, mama. Akan aku jadi anak soleh yang kau pinta."

1 comment:

  1. get well soon auntie. insyaALLAH. ur mama will recover soon.be strong okay.

    ReplyDelete