Nuffnang Ads

Tuesday, March 22, 2011

Saya Calon SPM 2005

Assalamualaikum,

Ingat lagi ketika exam SPM masa tu, saya ada subjek yang sangat-sangat tough iaitu Fizik, Kimia dan Addmath. Sangat bernasib baik tak berjumpa dengan Cik Biologi, disebabkan subjek itu saya tukarkan dengan IT (Teknologi Maklumat). Cuma ada disekolah saya sahaja, Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia.

Oh, kira saya ni budak sains lah juga, haha, walaupun perangai saya teruk. Suka ponteng kelas, pernah ada ketika saya tak masuk kelas Matematik selama 6 bulan kerana saya ponteng kelas. Akhirnya, tupai jatuh ke tanah juga. KANTOI! Nasib baik tak dapat surat amaran, sebab cikgu tu baik. Yang hairannya, cikgu Matematik tu langsung tak perasan saya budak kelas beliau. Itu gunanya selalu tak menyerlah dalam subjek tertentu. Haha. Adik-adik jangan ikut. Nasib boleh ambil exam lagi.

Baiklah, saya kongsi keputusan saya ya? Saya tak pandai macam kawan-kawan saya yang lain dan tak sepandai Hanis Zalikha. Saya tiada langsung A. Saya cuma ada 3B, 3C, 2D, 2E. Yang seronoknya Fizik saya lulus! Hee. Kimia & Addmath tu ke laut. Bila di Politeknik Shah Alam, barulah saya sedar Addmath saya bagus. Siap dapat A lagi. Cuma saya seorang yang banyak main dalam kelas, nak jadi Engineer kan. So math kena pandai.

Saya tak malu, kerana itulah hakikatnya banyak main dan tak fokus dalam kelas. Tambahan pula saya banyak melibatkan diri dalam pertandingan kawad kaki unit uniform (PKBM) dan hampir setiap hari saya berkawad, ponteng kelas. Tapi saya tak menyalahkan aktiviti koko itu namun salahkan diri sendiri sebab tak pandai nak agihkan masa. Namun setiap kegagalan itu bukan kemuncaknya dalam kehidupan kita, ia diantara mahu dan tidak mahu untuk berusaha dengan lebih. Yang lebih penting, dimana ada kemahuan disitu ada jalan.


Akhirnya saya dapat peluang melanjutkan pelajaran di Politeknik Shah Alam, dalam bidang kejuruteraan awam. Disitu saya sudah betul-betul berubah, saya lebih fokus dan Alhamdulillah berjaya grad on time dengan pointer 3.03. Walaupun tidaklah bagus manapun namun sekurang-kurangnya sudah ada kemajuan dalam hidup saya ketika itu.

Dek kerana minat dalam bidang seni tidak pernah luntur, saya bergelar pelajar Aswara kini dalam jurusan Teater. Pointer untuk sem 1 saya, 3.30. Disini saya bukan nak berlagak atau apa-apa tetapi nak buktikan bahawa kejayaan dan kegagalan dalam SPM bukan kemuncaknya. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Diam tak diam, saya bakal memiliki 2 Diploma. InsyaAllah.


Adakah budak sebesar ini tahu masa hadapannya? Darjah 1, 1995


Unit uniform ini sedikit sebanyak membantu saya dalam hidup. Tingkatan 4, 2004


Kini sedang berjuang disini, demi penuhi cita-cita. 


Walaupun ini adalah filem semata-mata, sikap putus asa patut kita hindari untuk berjaya. :)

Apa-apa keputusannya, janganlah anggap itu adalah kemuncak dalam hidup anda. Yang sebenarnya cara anda mencorak perjalanan hidup itu lebih penting. - Aziz Hazmi






3 comments:

  1. betol tu.. kalau gagal tak selamanya gagal.. selagi berusaha yg terbaik selagi tu ada peluang kan.. :)

    keep it up AH !cayok .. hop berjaya dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  2. sy pun SPM 2005..
    sy tidak la sehebat kwn2 sy yg lain..
    sy harap dpt brjaya dlm hidup jgk..
    kehidupan dan pekrjaan

    ReplyDelete
  3. suddenly terbaca entry ini di subuh hari....AH bdak civil PSA rupenye ye...guess wut,i went to PSA too...hehehe...
    tp commerce la...maknenye AH ni 1 batch dgn ita,yana smua la...d u noe them??

    ReplyDelete