Nuffnang Ads

Monday, March 7, 2011

Sengaja Cipta Propaganda

Assalamualaikum,

Larian deras boleh dikaitkan dengan larian pemain bolasepak, sebagai contoh larian yang dilakukan oleh seorang penyerang bolasepak. Tidak kira untuk pasukan apa yang diwakilinya, hanya oleh suatu sebab dia akan berhenti berlari. Tahu kenapa? Dia telah dibentes keras oleh pertahanan lawan. Oleh kerana itu dia mengambil peluang dan dengan sengaja ciptakan propa dengan 'menambah' kesakitannya itu dengan lakonan drama swasta di atas padang. Dia melakukan tindakkan itu supaya lakonan itu meyakinkan pengadil perlawanan untuk melayangkan kad merah buat pertahanan tersebut. Adil?

Jika pengadil itu dapat menonton di rumah sebagaimana kita lihat berkali-kali ulang tayang dan apakah yang akan pengadil perlawanan itu lakukan? Anda fikir? Saya akan berkata penyerang itu sengaja cipta propaganda yang berganda supaya pertahanan tadi menanggung akibat. Disini saya mengambil contoh bagi menjelaskan makna propa itu sendiri. Mengikut "The Greenwood Encyclopedia of International Relations" -


Penyebaran idea, gambaran, dan informasi secara sengaja yang mungkin saja tidak benar (atau benar), untuk mendahulukan kepentingan seseorang dan merosak kepentingan orang lain.


Seperti hidup dalam dunia maya, tidak perlu nak yakinkan atau mengheret orang lain bahawasanya anda juga boleh mencipta propaganda terutamanya dalam menulis blog. Berapa kencang stats anda untuk suatu entri tidak layak membuktikan anda adalah penulis blog yang baik walaupun sayup-sayup kedengaran bahawa anda seorang penulis yang telah berjaya menjadi perhatian dalam arena berblogging. Walaupun alasan utama anda pada mulanya adalah secara suka-suka namun akhirnya anda menjadi serius. Kenapa? Jarang kedengaran ada manusia yang menganggap blog adalah diari versi maya. Kalau benar diari, dimana diletakkan status privasinya? Biasalah manusia, tak ada gading yang tak retak (tiada sesuatu yang benar-benar sempurna).

Kencang ditekan papan kekunci, keletak keletuk dan lancang serta petahnya anda 'berbicara' dalam blog bagi membuktikan bahawa anda adalah penulis yang disebut-sebut tadi. Biarpun dihening malam masih bersengkang mata, khusyuk'nya menaip. Kalau kita lihat sejarahwan, mengapa beliau menulis? Adakah beliau menulis demi dirinya sendiri atau sengaja diciptakan propa dengan menulis? Beliau menulis kerana itu senjatanya mencari kebebasan demi rakyat dan beliau berharap 'suara' yang terhasil daripada pena tajam itu dapat disampaikan kepada pembacanya. Justeru menimbulkan kebangkitan perjuangan menentang anasir-anasir penjajahan, baik penjajah minda atau negara. Inilah moral seorang sejarahwan yang layaknya bergelar penulis. Moral seorang insani tersemat dijiwanya.

Saya tidak berhak untuk mengadili mana-mana blogger, namun apa yang dapat saya lihat sekarang sikap blogger kini menulis untuk kepentingan dirinya untuk mendapat hamburan pujian para pembacanya sahaja. Jika dibuka mana-mana blog sekarang, "Nah, itu dia!". Tajuknya bukan main hangat, isinya seperti tahu di dalam lubuk (tahu betul kesulitan sesuatu perkara), walhal isinya tak tahu apa pun cuma penuh plagiat. Saya berharap pada yang terasa dengan penulisan ini, harap dimaafkan. Sebagai sahabat maya, saya tahu saya tidak punyai hak untuk mengadili namun karya berbaur ayat hangat ini seharusnya dihentikan. Tidak perlu nak buktikan anda hebat ketika menulis, jika benar-benar anda hebat satu ayat yang keluar daripada penulisan anda sudah cukup untuk buktikan betapa layaknya anda sebagai penulis.

Wahai blogger yang hebat dengan ayat hangat, kadangkala hamburan pujian itu bukan semuanya boleh ditelan. Kita menulis sesedap rasa sendiri, kerana tiada orang mengadili dan kerana itu kita semakin kurang cerdik. Ibarat tiada guruh pada orang pekak dan tiada kilat pada orang buta (orang bodoh yang tak tahu bahasa kiasan dan sindiran). Dengan itu saya tidak berkeberatan untuk melihat kritikan bernas daripada anda tentang tulisan ini. Saya tidak mahu berbaur hangat dengan tajuk yang kencang tapi madahnya hanya tak ada lalat langau (tiada sesiapa pun) tahu penulisan anda sebenarnya. Jadi sedarlah wahai sahabat blogger yang pandai cipta propa!

Tiada permusuhan, maafkan saya.
Selamat malam!









2 comments:

  1. ye betul tu AH...kadang2 blogger nak terime pujian je..
    tiada permusuhan..:)

    ReplyDelete
  2. Baru ada masa belek. Tengok pada sesetengah orang jugak la.. Sesetengah orang tu.. sampai xterkira berapa blog yang dia ada. Ini boleh dikatakan kurang macam xde identiti... sedangkan dia boleh sahaja seperate setiap post dia.. pada saya. ikot manusia jugak lak.. ;)

    ReplyDelete