Nuffnang Ads

Thursday, March 10, 2011

Sesuap Demi Suapan

Assalamualaikum,


Tidak mungkin untuk saya pergi jauh disaat begini, disaat mama tidak sihat dan tidak mempunyai upaya. Saya bukan dilahirkan untuk menjadi anak derhaka, bukan! Segala kudratnya digunakan semata-mata untuk membesarkan saya  dan melihat anaknya ini setanding dengan kanak-kanak lain. Dibesarkan dengan sempurna, itulah mahunya walaupun tidak mampu memberikan apa yang diminta oleh saya. Sekalipun mama tidak pernah mengecewakan saya, walaupun ada ketika terpaksa menuruti kerenah saya mahu itu dan ini. Mama tetap tunaikan, andai kata masa itu dapat diulang semula dah tentu 'budak' itu saya pukul!

Kini saya berdoa siang dan malam supaya kesihatan mama sihat kembali walaupun bukan seperti dulu. Sekurang-kurangnya masih bertenaga, berupaya melakukan itu dan ini dan yang paling penting berselera untuk makan. Inilah perkara yang paling saya risaukan, selera makannya kini berkurangan dan apabila tiba waktu makan saya akan berasa gundah serta tidak tergamak untuk makan tatkala mama tidak berselera untuk makan. Adakah anda sampai hati untuk makan, ketika ibubapa anda tidak berselera untuk makan? Tepuk dada tanya selera.


Usia 20-an saya ini semakin lama semakin dikejar waktu, segala jasa dan bakti saya kepada mama masih belum sempat untuk saya tunaikan. Dunia yang penuh falsafah ini terlalu memilih kasih dan takut untuk memberi peluang kepada saya. Nak kata tidak berusaha, sudah berkali-kalinya sabar dan berkejar-kejar bersama usaha namun hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti mama boleh menikmati bakti saya kepadanya. Sungguhpun begitu, tidak sesekali bakti mama kepada saya dapat disamakan dengan bakti yang diusahakan oleh saya. Bakti mama sungguh agung!

Tiada kata yang dapat digambarkan dengan perkataan, kerana perkataan yang ditaip tidak sama dengan kata-kata yang ingin dilafazkan. Namun begitu saya cuma berharap kata-kata ini dapat diabadikan kepada semua orang yang masih mempunyai ibubapa, untuk menghargai setiap jasa-jasa mereka yang membesarkan kita daripada kecil hinggalah dewasa kini. Apa yang saya inginkan kini adalah mama kembali sihat dan berselera untuk sesuap demi suapan daripada anaknya ini. Itu sahaja mohon saya kepada yang Maha Esa.

Biarlah hidup saya merana asalkan lara yang ditanggung oleh mama itu dapat saya tanggung bersama. Tiada satu pun yang sempurna dalam hidup ini jika mengabaikan kedua orang tua kita. Ingatlah selagi mereka masih hidup. Lupakan dunia sebentar dan kembali ke pangkuan realiti.

Buat mama,



Mama yang ambil gambar ni. :')

3 comments:

  1. ibu hanya 1...
    kasihi die s'lgi die b'nafas....
    doakn dn hiburkn adlh tngjwb kita....
    smga ibu AZ cpt sembuh...^_^

    ReplyDelete
  2. bagus nye. sejuk perut mak kamu mengandung.

    ReplyDelete
  3. aziz hazmi, i love all of your writings, nampak kejujuran awak semasa menulis!

    ReplyDelete