Nuffnang Ads

Thursday, April 28, 2011

Belajar Memahami & Mengerti

Assalamualaikum,

Firstly, saya ingin memperjelaskan bahawa entri ini akan menampakkan 'kebodohan' saya sendiri namun didalam hati yang tulus ini hanya ada satu sebab mengapa saya berbuat demikian. Saya melakukan semua ini kerana ingin belajar untuk memahami dan mengerti apa yang kaum Hawa ini rasakan dan apa yang kaum Adam ini tidak pernah sesekali rasakan. Tak salahkan saya mencuba untuk belajar memahami dan mengerti, kan?

Khasnya, tujuan saya berbuat demikian bukanlah untuk mendapat perhatian murahan daripada kesemua pihak dan tidak sesekali untuk saya berTUKAR jantina. Tetapi sebagai lelaki yang ingin tahu pengorbanan seorang perempuan yang menutup auratnya selain pengorbanan mereka yang mengandungkan dan melahirkan seorang anak. Tidaklah saya katakan perempuan yang menutup aurat ini sempurna, mungkin Allah SWT telah membuka pintu hati mereka dan kita sesekali tidak akan pernah tahu barangkali mampu menarik minat kaum Hawa yang lain untuk bertudung. Jelasnya saya bukan mahu mencetus provokasi dan telah saya jelaskan tadi, bahawa saya ingin belajar untuk memahami dan mengerti.

Saya pernah bertanya pada seorang perempuan bertudung ini kerana perasaan ingin tahu itu membuak-buak,


Saya : Cuaca panas, comform awak lagi panas kan? 
Perempuan : Kenapa ya?
Saya : Sebab awak bertudung.
Perempuan : Kewajipan kan. Hee.
Saya : Jangan fikir bukan-bukan ya? Maklumlah awak bertudung, sebab tu saya bertanya, tapi baguslah awak tabah. Kuat iman awak. 


Sepatutnya soalan itu saya tak perlu bertanya, betul tak? Saya punyai rasa ingin tahu tetapi saya tidak pernah terfikir untuk 'merasainya' seperti kaum Hawa ini sendiri rasai. Oleh itu saya bereksperimen, walaupun bukan dibawah terik mentari atau dipertontonkan secara 'live' pada umum, sekurang-kurangnya saya 'pernah' rasai tentang perasaan menjadi seperti kaum Hawa ini. Saya tak rasa agama kita ini kejam pada kaum Hawa tetapi agama kita (Islam) telah mengajar kita semua baik lelaki mahupun perempuan tentang erti keimanan dan kesabaran. Alhamdulillah, saya bersyukur. Mungkin cara seorang lelaki itu diuji berlainan dengan seorang perempuan itu sendiri. Hakikatnya kita adalah manusia yang tiada banyak bezanya, tinggal berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah dan semuanya milik Allah SWT. Allahuakhbar!


Baiklah, apa yang dapat saya buktikan bahawa saya mulai memahami perempuan adalah saya memakai tudung selama 5 minit. Ya, saya bertudung dan duduk dalam bilik. Berpeluh jugalah disebabkan saya seorang yang kuat berpeluh, bayangkanlah saya hanya bertudung untuk 5 minit! Allahuakhbar! Bagaimana dengan perempuan yang bertudung seharian itu pula? Besar pahala-mu!

Apa yang saya tulis tengahari tadi. Disini saya sudah terfikir panjang..





Posse 2. Hahaha.

Saya yakin, orang akan mulai mempertikaikan apa yang saya lakukan ini. Sekiranya anda mulai membaca entri ini dari sini, apa kata anda baca daripada atas dan ianya akan lebih jelas mengapa (terima kasih). Mungkin akan ada orang akan bercakap, tak perlu untuk saya bereksperimen begini. Sejujurnya, kita semua hamba Allah SWT dan kita semua tidak tahu apa yang dirasai oleh orang lain jadi tidak salah untuk kita merasainya asalkan saya tahu had-had saya sebagai lelaki yang beragama. Ya, hukumnya haram bagi lelaki yang menyerupai wanita tapi tak perlulah kita berdebat tentang halal dan haram. Buka minda dan buka hati terima tentang sebuah pandangan baru dan jangan terlalu 'asyik' judge orang lain.

For your information, saya adalah pelajar teater dan kalau naskah atau skrip memerlukan saya menjadi seperti seorang perempuan, adakah saya perlu berhenti belajar atau teruskan? Apa-apa pun ini adalah berkenaan pilihan dan saya sudah membuat pilihan. Disini sudah terang-terangan saya katakan, saya cuba membuat pilihan untuk belajar memahami dan mengerti tentang seorang perempuan. Salahkah saya ingin menjadi lelaki yang lebih memahami daripada lelaki-lelaki lain? Tepuk dada, tanya selera.


Ternyata saya lebih 'cantik' sebagai lelaki. :)

Segala kejadian dibumi ini adalah kerana keindahan yang diberi oleh Allah SWT kepada kita semua. Hanya Maha Pencipta berhak menerima segala puji-pujian ini. Kita seharusnya berasa syukur ke atas nikmat pinjaman ini. Alhamdulillah.


5 comments:

  1. sebenarnya kalo tak pkai tudung lg panas . cube pegi duk bwh matahari trik dgn tak pkai tudung , rse mcm terbakar kulit kepala . tp xkan rse mcm tu bile pakai tudung ;). its cover your head from heat actually

    ReplyDelete
  2. cumel je pic yg atas tue..hehe.
    yeah,suke gler entry nie oke..:)

    ReplyDelete