Nuffnang Ads

Thursday, April 28, 2011

Entri Pagi-Pagi

Assalamualaikum,

Morning everyone!

Lama tak mengasah pena maya ini, sudah sedikit tumpul dan perlu diasah. Tampaknya sekadar perlu diasah bukan diasah siasahnya, kerana sisipan siasahnya dikarangi oleh saya sendiri. Jadi sudah tentu tiada kaitan antara pena yang hampir tumpul dengan permikiran yang belum tumpul dek kerana waktu yang tidak mengizinkan untuk menulis dilaman maya ini. Terima kasih kepada yang merindui, pada garapan yang tak seberapa ini. Terima kasih.

Satu per satu ceritera yang hadir dalam hidup saya kini, namun garapan Tuhan dalam perancanganNya ternyata kemas namun ada ketika timbul persoalan jua di minda. Tidak mengapa persoalan itu bakal terjawab kerana waktu akan beritahu kelak, InsyaAllah. Sebut tentang waktu, banyak yang sudah saya bazirkan kini. Entah mengapa pembaziran ini terus saya bazirkan. Jika dilihat mengapa langit menangis, ia kerana tangisan ini adalah rahmat dan airmatanya yang jatuh ke bumi ini adalah mutiara yang tak ternilai buat kita. Lihatlah cuma hujan yang tak akan bazirkan waktunya, jika ianya mahu turun membasahi bumi ia tetap akan turun.

Saya tidak bercakap sastera tapi bercakap benar, bahawasanya saya sedang bazirkan waktu dan mungkin kita semua merasainya, kan? Pada ketika usia sedang rancak mengejar. Hari ini sudah dipenghujung April, minggu hadapan sudah menjelang Mei. Lihatlah apa yang telah kita bazirkan sekarang, kita bazirkan waktu dan tidak sekalipun kita mengabdikan diri padaNya. Kerana kita semua khayal dalam dunia pancaroba ini. MasyaAllah!

Entri pagi-pagi ini sekadar pedoman dan sekadar mengingati subuh yang baru berlalu tadi. Baguslah kalau dapat ditunaikan. Jika kita lihat bait-bait ini, indah.

Menghitung hari,
Detik demi detik,
Masa ku nanti apa kan ada,
Jalan cerita kisah yang panjang,
Menghitung hari.

Walaupun sepenuhnya lirik lagu ini berkisahkan tentang cinta yang ditinggalkan namun masih ada baris-baris kata yang boleh kita amati. Kita semua akan menghitung hari pada ketika cinta itu tiba dan kita semua terlupa untuk menghitung pada hari ketika kita dipanggil untuk pulang ke tanah. Masa ku nanti apa kan ada, jadi sudahkah terisi bekalannya?


Pada ketika ini usia muda masih belum terjejas, namun kini sedikit kebimbangan.


No comments:

Post a Comment