Nuffnang Ads

Monday, April 4, 2011

Saya Sudah Dimiliki, Maafin Gadis-Gadis

Assalamualaikum,


Berat hati, itulah perkataan pertama. Adab sudah saya dahului dengan berian salam, namun hati sedikit gundah gulana untuk memulakan sebarang bicara. Baiklah, saya berselawat sedikit untuk meredhakan hati dan bermula dengan Bismillah. InsyaAllah saya boleh lakukan.


Mama.


Ya, ini adalah soal mama saya sebenarnya dan bukan perihal gadis idaman diluar sana. Benar, memang ada gadis idaman cuma 'dia' seorang sahajalah. Buat masa sekarang, saya telah dimiliki oleh mama sejak lahir lagi hingga sekarang. Belum genap 23 tahun lagi namun saya berasakan waktu banyak telah saya bazirkan kini dan waktu-waktu yang tinggal pada mama kini saya harapkan bukan sisa-sisa kehidupan. Mohon Allah SWT panjangkan umurnya, kerana setelah pemergian ayahanda tersayang telah membataskan impian saya untuk melihat kedua ibubapa melihat saya di atas pelamin perkahwinan.


Setelah ketiadaan arwah papa saya berharap, mama akan sampai pada ketika saya memakai kemas persalinan persandingan saya nanti. Mohon pada Allah SWT dipanjangkan usianya, InsyaAllah. Kini, waktu saya dibazirkan khasnya buat mama tersayang dan ianya tak mengapa! Hampir menitis airmata, namun tak mampu untuk dititiskan dek kerana semata-mata untuk memberikannya moral support. Siapa yang tak sedih, anak mana yang tak sedih melihat mama selalu berulang-alik tinggal di hospital. Saya hanya mampu memandang ke langit dan menjerit, "It's okay! Saya harus kuat!"


Petang (3 April) tadi giliran saya menjaga mama, seperti biasa mama ada ketikanya tidak selesa untuk baring dan ada ketikanya dia tidak selesa untuk duduk. Kasihan. Mujurlah saya anak lelaki yang kuat semangat dan 'memaksa' deraian airmata ini untuk tidak mencemar semangat mama dek kerana saya takut semangat mama luntur pada ketika deraian ini jatuh. Saya tak sanggup, tidak. Tiba-tiba mama mahu ke bilik air dan dengan segera saya dapatkan wheelchair disebabkan mama tak kuat lagi untuk berjalan. Saya bantu mama untuk bangun dan sarungkan selipar serta cuba membantunya ke wheelchair tersebut lebih kurang 2 meter.


Mama tercirit dalam kain dan menyebabkan najis-najisnya jatuh dilantai serta dikatilnya. Hairannya orang-orang disitu melihat seolah-olah pelik, seorang yang lemah dan sakit terbuang air besar dalam kain. Apa sudah hilang pertimbangan dan mula jadi jakun melihat orang sakit terbuang air besar? Saya tidak sedikit pun berasa gentar dengan pandangan mereka dan tidak sedikit pun berasa malu. Terus saya bawa mama ke bilik air dan cuci segala najis yang melekat pada tubuhnya. Biarpun tidak nampak manis, kerana saya anak lelaki namun itulah tanggungjawab saya sebagai anak dan haruskah saya menyerahkan 'tugas' sebagai anak lelaki ini kepada jururawat?


Saya hanya melakukan tanggungjawab kerana mama umpama tiada terbawa sekam segantang (Sangat lemah dan tidak berdaya kerana sakit atau uzur) dan saya bukan orang lain kerana saya darah dagingnya. Umur saya sepatutnya sudah mencapai tahap yang lebih matang sekarang, oleh itu segala ujian dalam norma kehidupan ini adalah ujian semata-mata buat saya serta seluruh keluarga. Maka dengan itu ini adalah ujian yang telah diberi oleh Allah SWT. Saya hanya mahu mama sihat seperti biasa, itu mohon saya pada yang berkuasa. Amin!


Mungkin orang dihospital telah menghakimi lelaki macam saya, disaat saya menjaga mama. Saya hanyalah lelaki yang normal dan cuma terdapat sedikit lebihan pada gaya, mungkin. Apa-apa pun don't judge a book by it's cover. Mungkin orang berasa pelik melihat lelaki yang macam ini sanggup jaga ibunya dan mungkin dalam hati mereka, "Comfirm budak nih dapat upah". Entahlah, tak tahu nak cakap apa kerana satu hari nanti mereka akan faham pabila mereka ditempat saya.




Keadaan mama tak menentu, sebelum ini jangkitan kuman di paru-paru dan sekarang bengkak pada jantung. Mudah-mudahan mama lekas sembuh. Amin!




Saya cuma menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak kerana buat masa ini saya sudah dimiliki oleh ibu saya sepenuhnya.


P.S. Tiada guna saya tulis entri ini jika kalian fikirkan saya meminta simpati. Apabila anda berada pada situasi yang sama, pasti anda ingin kongsi bersama pada keluarga mahupun pada orang lain dan orang yang tersayang. Saya cuma meluahkan perasaan yang terbuku dibenak perasaan. Itu saja.

13 comments:

  1. be strong !!
    ur mom is so lucky to have you as her son..
    sabar ye..
    insyaALLAH nnt mak awk sembuh..
    doakan selalu..

    ReplyDelete
  2. kuat kan semangt yea~
    abaikan pandangan org laen,,
    u kno what,,susa da tau nak dpt anak mcm ni,
    insyaAllah,,doa ur mom cepat smbuh k,,:)
    syurga tu di bawah tapak kaki ibu,,wlau macam mna pon xde siapa leyh gnti kan tmpt mereka,,
    tke k of ur mom n urself too,,^_^

    ReplyDelete
  3. semoga mama anda cepat sembuh..
    tak perlu rasa entry ini entry meminta simpati.
    mungkin entry ini blh menjadi inspirasi pada jutaan anak d luar sana :)

    ReplyDelete
  4. insyaallah ur mom akan sihat...
    org yg menghakimi dgn ape yg u buat untuk mama u tu biarkan je la....
    be strong bro :D

    ReplyDelete
  5. Ciri2 anak yang soleh...
    Semoga mama AH cepat sembuh...

    ReplyDelete
  6. takziah....
    semoga mama AH cepat sembuh...
    tabahkan hati...
    dugaan tu tandanya Allah sayang kat kita....
    jgn putus asa berdoa...
    =)

    ReplyDelete
  7. AH..
    kamu anak yang baik..
    semoga mama cepat sembuh..
    b strong ok :)

    ReplyDelete
  8. lelaki sejati tidak akan malu! tahniah!

    ReplyDelete
  9. semoga mama awak cpt sembuh..insyaAllah..
    be strong...abaikan pndgn org lain..
    SYURGA D BWH TAPAK KAKI IBU...
    awak dh buat apa yg seHARUSnya anak2 ptut wat

    ReplyDelete
  10. bro,. may Allah reward u with all ur good deeds,. be grateful that u have opportunity to take care ur mom when she need. be strong!!!

    ReplyDelete
  11. anak yang baik :)

    insyaallah.mama kamu akan sihat ..
    be strong !

    ReplyDelete