Nuffnang Ads

Friday, July 15, 2011

Ianya Cuma Sebuah Sajak & Luluhan Hati

Assalamualaikum,

Saya mulakan dengan sajak ;

Saya benci sebab kita tak pernah berbual,
Saya benci sebab saya kena email awak,
Saya benci sebab saya kena mulakan dulu,
Saya benci sebab saya kena berusaha memikat awak,
Saya benci sebab saya yang bersungguh-sungguh,
Saya benci sebab saya harus menunggu,
Saya benci sebab saya harus bersabar,
Saya benci sebab saya dan awak berjauhan,
Saya benci sebab saya selalu rindukan awak,
Saya benci sebab saya tak bencikan awak tapi saya cintakan awak.

Bila perasaan bertemu dengan hati ianya selalunya bercampur baur antara duka dan suka. Namun menangislah bila harus menangis. Kerana kita manusia dan kita perlu melepaskan segala apa yang terjadi. Sebagai manusia, secebis yang tinggal selepas kepahitan adalah kelukaan dan kerana itu kita pasti menangis namun kita adalah manusia yang mungkin bisa mengambil hikmah disebalik apa yang telah terjadi.

Kita manusia dan bukan dewa. Kita manusia dan bukan malaikat. Kita manusia dan bukan syaitan. Kita manusia dan bukan Tuhan. Kita hanyalah manusia yang hanya ada perasaan untuk dikongsi tetapi bukan untuk ditangisi selamanya. Buang yang keruh, kita ambil yang jernih. Bersabarlah, ada hikmah yang Allah SWT beri buat makhluknya iaitu kita, manusia..


dan terima kasih pada Allah atas bakat yang diberi.

Video ini adalah sambungan daripada video pertama ini.


Ini adalah post berkenaan video diatas.

P.S. Jangan cepat judgemental, saya cuma berkarya.

8 comments:

  1. saya tak pernah nak judge awak ..
    sebab saya tahu awak buat ikut HATI yang ikhlas .

    ReplyDelete
  2. lovely AH.. saya suka kedua dua vlog awak ni.. :')

    ReplyDelete
  3. hati, mana mungkin dipaksa diam. teruskan hidup dengan cara begini bro!

    ReplyDelete
  4. steady la bro...xpe..awak ikhlas kn...;)))

    ReplyDelete
  5. chill. cinta tak bermaksud memiliki :)

    ReplyDelete
  6. ptt la cm pnh tgk muka AH ni...dak gombak setia ruper nyer....vid AH best gler....:)

    ReplyDelete
  7. nice bro... saBAr n taBAh k.. we all alwaz support u.. wee~

    ReplyDelete