Nuffnang Ads

Tuesday, September 27, 2011

Bersama Hari-Harinya

Assalamualaikum,

Ku simpul kertas tisu,
Ku simpul tanpa rasa lesu,
Ku simpul tekun dan membisu,
Ku simpul ros putih buat kamu.

Kamu terima suka gembira,
Kamu terima dalam rasa duka,
Kamu terima perasaan berbelah dua,
Kamu terima segalanya dalam redha.

Ku bertanya pada kamu,
Ku bertanya pada jawabmu,
Ku bertanya pada kebenaranmu,
Ku bertanya pada penipuanmu.

Kamu hidup dalam suka gembira,
Kamu hidup senang seindah syurga,
Aku hidup bermuram durja,
Aku hidup susah seindah neraka.

Barangkali aku masih hidup bersama hari-harinya.

2 comments:

  1. ku simpan hari-hari bersamamu di dalam kotak ingatan ku. :)

    ReplyDelete
  2. aku hidup susah seindah neraka.

    boleh bro terangkan apa maksud nya?

    ReplyDelete