Nuffnang Ads

Sunday, September 11, 2011

Kicauan Kata-Kata

Assalamualaikum,


Ini adalah kicauan jiwa yang terukir dilaman kicauan (twitter) saya. Antara luahan yang tak dikongsi di laman facebook. Kadang kala kita perlu bersikap bersendiri dalam dunia sendiri. Sedikit pun kata-kata tak diubah. Tulusnya, ini luahan hati. Kata-kata dibalik hijab seorang lelaki. Hayatilah namun jangan larut dalam jiwa saya. 

Kadang-kadang bila pasangan kita menguji tandanya nak tahu sejauh mana kita sayang padanya, lebih penting nak tahu sejujur & betapa setianya kita.

Saya jaga hati awak, awak jaga hati saya. Kalau dah tak boleh jaga, lepaskan. Jangan lukai. Jangan sesekali beri harapan palsu tentang cinta. Manusia bukan seperti mesin yang diciptakan tanpa perasaan. Jangan beri harapan.  

Berani aku, katakanlah dirimu Dewi Kayangan yang dikawal pengawal Kayangan sekalipun. Dengan RahmatNya aku rempuh. Percayalah. Berkawan dengan perempuan cantik hanya mampu beri kepuasan zahir. Bercinta dengan perempuan cantik hanya mampu beri keseksaan batin. Dicedok bahasa, diluahkan kata-kata dibalik hijab manusia. Ini tidak terlalu sinikal dan jangan malu untuk sangkal.

Kulit saya gelap, muka saya tak handsome, saya ni lurus bendul, saya tak kaya.. Mohon jujur bila nak berkawan dengan saya & jangan lukakan hati saya, please. Masih ada peluang walau apa pun. Percayalah, peluang itu sentiasa ada. Manfaatkanlah peluang serta masa. Putaran dan gelombang = Stabil.

Balada dinihari. Jangan bancuh kopi. Biarkan mata lelap sendiri. Barulah kau tau erti 'mati'. 'Mati' hidup kembali siang nanti. Shupp bidup bidup pap pap! Shupp bidup bidup! Shupp bidup bidup pap pap! Shupp bidup bidup! Ini nyanyian, ini kebenaran. Bukalah hatimu.

Jemu menunggu suria. Pinjam sinarMu buat ku rempuhi gelita. Yang ada dalam mainan tidur ini. Supaya membawaku ke alam fantasi. 

1 2 3 Do Re Mi Alif Ba Ta A B C. 
T E R I M A  K A S I H  K E R A N A  M E N I P U ! ! !

Bukan jawapan yang terbaik untuk cuba mengubati hati dengan berpura-pura segalanya baik. Bukan. Hati yang terluka akan sembuh bersama masa.

Seperti manusia yang punya kekasih. Seperti.



Luluh hati. Semalat lam.


P.S. Maaflah, kini saya mula menyimpan misai. 

4 comments:

  1. Assalamualaikum dan selamat malam.Dekatkan diri dengan Allah, insyaallah semuanya akan kembali normal.:)

    ReplyDelete
  2. ingin sekali bergelak seperti mereka yang punyai cinta dari kekasihnya.
    mahu juga aku tersenyum bagaikan mawar merah yang segar kelopaknya.

    tapi kelukaan lama buat aku sedar akan betapa sakit akan kesakitan.
    cukuplah drama penipuan cinta yang manusia cipta.

    AH, smile. :)

    ReplyDelete
  3. salam,

    kenapa perkara macam itu sering berlaku?bila kita jujur,kita pula yg ditipu hidup-hidup..bila kita sayang separuh mati,cinta kita pula ditolak ketepi..mengapa perlu mengejar pada yang tak sudi..bukakan hati pada mereka yang sudi menjaga hati..rupa hanya bonus semata tapi hati itu yang paling utama..baik punya pasangan yang kurang rupa tapi pandai menjaga hati daripada pasangan baik rupa yang hanya tahu menyakitkan hati..Allah SWT temukan kita dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan pasangan yang kekal hakiki..

    take care AH =)

    ReplyDelete
  4. AH, be strong. I know you can faces it. :)

    ReplyDelete