Nuffnang Ads

Saturday, September 3, 2011

SHRAMZDB Juga!

Assalamualaikum,

Hi readers saya yang tak seberapa! Hihi.

Sebulan yang lalu saya mencari keberkatan Ramadhan, Alhamdulillah seperti biasa puasa masih boleh meneruskan tradisi berpuasa penuh. Syukur dengan limpah kurniaanNya serta kekuatan yang diberi pada tubuh badan ini untuk terus mengekalkan tradisi berpuasa penuh. InsyaAllah sampai ke tua, adapun kalau umur panjang. Amin.

Muqadimah yang berbunga harus disusuli dengan pengisian yang molek. InsyaAllah molek, mudah-mudahan. Baiklah dimulai dengan Ramadhan. Apakah keberkatan yang telah saya perolehi, mari saya kongsi. Mula-mula saya mulai yakin bahawa segelintir kecil #AHmazingFriends telah memberi respon baik berkenaan kad raya. Saya telah membuka peluang kepada semua #AHmazingFriends untuk membuat request kad raya daripada saya seperti yang saya lakukan seperti tahun sudah. Sangkaan saya pada mulanya hanyalah segelintir sahaja tetapi tahun ini seperti mimpi. Permintaan seperti pisang goreng panas, namun alangkah indahnya kalau boleh kirimkan pada semua. Disebabkan kesuntukkan masa dengan jadual kelas yang padat telah memaksa saya terhadkan penumpuan pada kad raya. Tetapi Alhamdulillah, selamat sampai juga kepada mereka yang telah membuat permintaan.


Kalau dulu tak lebih sepuluh keping pun tetapi kini berpuluh-puluh keping dan belum termasuk dengan kiriman kad raya online menerusi email. Jutaan terima kasih kepada yang membuat permintaan. Ada juga yang request alamat saya, namun disebabkan saya merasakan ini adalah cara saya membalas sokongan kalian maka tidak perlulah untuk di reply. Cukup dengan sekadar ucapan terima kasih di page saya. Terima kasih #AHmazingFriends yang #AHwesome!

Keberkatan seterusnya diberi rezeki untuk berlakon dalam iklan DiGi. Pada mulanya peluang ini telah saya beri pada orang lain namun disaat-saat akhir, rakan saya itu terpaksa menolak untuk berlakon dan akhirnya saya sendiri menerima peluang ini. Walaupun berlakon dalam keadaan panas terik, saya tetap mampu untuk berpuasa dan merasakan ini adalah ujian semata-mata. Alhamdulillah segalanya lancar. Memainkan peranan sebagai watak utama semestinya memberikan kepuasan. Melakonkan watak Allahyarham P.Ramlee sebagai Ramlee dalam Iklan DiGi Parodi Pendekar Bujang Lepuk 2011. Walaupun berlakon disamping pelakon baru yang baru menceburkan diri tidak sedikit pun membuat saya lupa diri, pada asalnya pun saya seperti mereka. Mudah-mudahan kelak, kalaulah sudah meniti nama dibibir masyarakat saya tidak sesekali lupa diri. Amin-amin ya Allah. Saya berharap semoga diberi peluang dan rezeki untuk hari-hari yang mendatang. InsyaAllah.





Keberkatan Ramadhan yang seterusnya sudah tentunya perihal mama saya. Ya, mama saya. Syukur ke hadrat Ilahi, kesihatan semakin baik walaupun hanya mampu berpuasa selama 10hari. Niatnya mahu teruskan, namun atas nasihat doktor terpaksa diturutkan. Apa pun, cantiknya raut wajahnya dalam persalinan jubah berwarna pink ketika dihari raya lalu. Terima kasih Ya Allah!

Akhirnya, telah dibukakan pintu hati untuk menerima seseorang disebalik hijab tanpa bertabaruj secara berlebihan. Telah dipenuhi hari-hari dalam Ramadhan ini dengan keberkatan walaupun ada harinya suram ditemani muram durja. Namun ini semua adalah muqadimah yang disusuli hikmah supaya senyuman yang diukir oleh saya itu memperolehi kemanisan yang berterusan. Mudah-mudahan disatukan. InsyaAllah.


Genap 29 hari saya berpuasa, barulah terasa enak untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ataupun secara ringkasnya SHRAMZDB! Namun ada segelintir kurang gemar dengan penggunaan shortform ni, kata mereka raya setahun sekali dan apa salahnya ucap atau tulis panjang-panjang. Bagi saya, asalkan orang jelas dengan pesanan yang cuba disampaikan itu lebih tulus berbanding ucapan itu dilakukan dengan niat 'sekadar' nak ucapkan kerana ianya hari raya selain memenuhi inbox phone atau dinding facebook. Tak kira apa cara sekalipun medium itu cuba disampaikan, lebih tulus jika kita sampaikan secara kita mahukannya disampaikan bukan kerana kita tulis panjang-panjang maka orang lain harus reply panjang-panjang.

Dua-dua cara saya wish, so terpulang kepada penerimaan masing-masing. Yang penting saya ikhlas.

Di Malaysia, ada berpuluh-puluh juta otak yang bergerak maka berpuluh-puluh juta juga kerenah dan kehendak. Fahamilah cara kita mahu ianya disampaikan dan sekadar mahu ia disampaikan, dua ayat yang berbeza. Apa yang kita mahukan itu terbit dari dalam keikhlasan hati dan apa yang sekadar mahu disampaikan itu terbit kerana kita mengharapkan balasan. Apa pun, seperti saya katakan di Malaysia ada berjuta-juta otak yang bergerak maka tidaklah semua bersetuju dengan saya dan itu tidak mengapa.

SHRAMZDB, ada orang tak suka? Terpulang, ini cara saya dan saya yakin anda pun ada cara sendiri. :)


Iklan raya pilihan saya. Sweet.

P.S. Saya akan kembali dengan gabungan video raya + video kemerdekaan. Nantikan. 

2 comments: