Nuffnang Ads

Monday, October 10, 2011

Syurgaku Ada Jika Dia Menunggu (Buat Mama)

Assalamualaikum,

Bersama hari-harinya aku tinggal dan membesar bersamanya,
Bersama saki-baki hari-harinya aku masih tinggal bersamanya,
Bersama sisa-sisa itu aku telah berjauhan dengannya,
Bersama sedih-sedih itu aku melihat ranapnya impianku dan hanya tinggal mengenangnya.

Hari ini dia pergi, kami takkan bersama lagi.

Ini hanya teriakan perasaan saya tentang perasaan saya padanya. Jiwa saya ini langsung mati! Semalam bergelak tawa, duka sedikit pun tiada malah sakit pun hilang serta merta. Pilunya dia pergi dalam tidurnya tanpa sesiapa pun menyedari pemergiannya kecuali Tuhan. Namun saya berkata dalam hati, masih ada nafas kerana saya percaya masih ada nafas! Gundah gulananya rasa yang bertebar berkecamuk didalam hati, apatah lagi didalam jiwa ini. Oh Tuhan ini benar-benar bukan permainan bukan? Katakanlah masih ada nafas, katakanlah..

Rasa dalam jiwa ini langsung tak gersang dengan kesejukkan namun gentar dengan apa yang akan dikabarkan oleh doktor sebentar nanti. Tak lama 15 minit, 15 minit! Ya Allah Ya Tuhanku, dia akan terus bernafas bukan? Katakanlah.. Kata doktor hanya keajaiban yang mampu membuatkan ianya lebih bererti untuk soalan yang saya tanyakan pada Tuhan.

15 minit kemudian..

Doktor kabarkan dia telah mencuba sebaik mungkin namun Allah SWT telah menetapkan jalannya terhenti disini. Ya tuan doktor? Terhenti? Deraian menghempas pipi dan membasahi bumi kerana sikap graviti. Mulut terkatup rapat membisu seribu bahasa, hati tolonglah kuat, tolonglah kuat! Saya peluk rapat abang, saya peluk erat kakak dan cuba tenangkan. Kejutan ini lebih gila daripada kejutan elektrik. Mundar-mandir diperkarangan hospital, kelu lidah untuk berbicara seketika..

Di angkat telefon mudah alih, di dail nombor dan dilafazkan jua. Siapakah orang yang harus saya hubungi? Oh kawan yang baru saya hantarkan pulang tadi.. "Adik, mak aku dah meninggal dunia."

"Menangislah bila harus menangis kerana kita manusia".

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Siti Hapiah Binti Hajah Mek Som.

11 comments:

  1. innalihhah....
    bersabar ya, tuhan lebih sayangkan dia...

    ReplyDelete
  2. innalillah, aku sendiri pasti akan lalui masa itu dan aku harap aku kuat mcm kau AH

    ReplyDelete
  3. Innalillah..al-fatihah buat arwah..
    Dan salam takziah buat keluarga AH.

    ReplyDelete
  4. kiteorg sedih bila dgr berita cik pah dah pergi...
    terkenang sume perkara yg pernah kiteorg lalu same2..
    kalau dulu cik pah jaga kteorg tapi sekrang kiteorg akan sentiasa doakan dia..

    ReplyDelete
  5. AH fad sentiasa harap AH dpt kuatkan semangan n doakan ibu AH ditempatkan di tempat org yg beriman... amin..

    ReplyDelete
  6. al-fatihah. doakan yang terbaik buat bondamu di sana. doa anak yang soleh mententeramkan hatinya. kuatlah kawan.

    ReplyDelete
  7. inallilah.

    sabar dan kuatkan semagat ya

    ReplyDelete
  8. sabar dan kuat semangat tau..laki tak boleh lembik!

    alfatihah utk bondamu yg tercinta amin

    ReplyDelete
  9. sabar arr...kami semua ada bong, teman2 utk ko bergembira...take k bro...

    ReplyDelete
  10. ya allah. baru tahu :( al-fatihah..

    teringat AH cerita pasal mak AH masa kita lepak dlu :( tabahkan hati ye

    ReplyDelete