Nuffnang Ads

Sunday, December 4, 2011

Penat Berlari, Realitinya Tetap Sama

Assalamualaikum,

Hi korang. Selama hampir 2 bulan juga 'terlupa' untuk menulis blog.. Bukan terlupa tapi dicemburui, ya dicemburui oleh masa. Berlari - lari juga dalam masa tu, nafas pun sampai tak cukup. Tercungap - cungap. Serius!

Selepas kematian mama, saya ada kawan dan namanya 'sunyi sepi'. Hmm, cukup psycho kan? Jangan risau, itu cuma nak menggambarkan betapa sunyi jiwa ini dan betapa sepi tubuh ini. Apa - apa pun tak boleh nak salahkan sesiapa pun meskipun Tuhan. Saya terus bertatih, letih. Lalu terduduk perih. Bangun semula, cuba untuk terus berjalan, nah jatuh tersembam. Terus lebam. Mungkin harus duduk sebentar, ya lega sungguh sampai terlena.

Kalau dulu, ada juga pangkuan mama.

Ok, nak berlari pula. Belum lagi, tapi terfikir nak berlari. Boleh tak agak - agak? Baik, kali ni yakin boleh buat. Terus berdiri stabil dan tanpa peduli terus berlari, hairan tak terjatuh! Lari terus lari, hebat sungguh feeling ni. Sambil berlari tu jenguk - jenguk juga ke belakang, manalah  tahu ada orang mengekori. Boleh berhenti sekejap menunggu, hmm takda pula. Terus berlari, tapi lama - lama perih. Kenapa pula ni? Banyak betul rintangan, takut terjatuh lagi. Tapi kenapa tiba - tiba, tak masuk akal betul. Ohhhh! Penat rupanya!! Berhenti sekejaplah.

Rupanya penat, ingatkan apa tadi. Hidup ni macam apa dah, kalau tak boleh fikir dengan waras lagi. Mungkin orang dah panggil saya dengan gelaran skizofrenia kalaulah memang dah tak boleh fikir. Tapi Alhamdulillah saya tak. Cuma timbul sedikit rasa kehairanan, rasa ini bertebar semakin lama semakin kuat. Dipengaruhi pula dengan rasa sunyi dan sepi, aduh terpengaruh pula. Namun bagaimana, katakanlah.. Bagaimana? Itu sebabnya saya berlari, bukan bertatih dan bukan berjalan tapi berlari.

Jawapannya mudah, berlari daripada kenyataan. Tapi hakikatnya saya sedar, realitinya tetap sama. Mama sudah tiada dan sunyi sepi itu cuma deria yang selalu mempengaruhi. Ia tak wujud pun, kerana ia tinggal dalam kotak permikiran ni.

Sunyi, mari kita menyanyi. Sepi, mari kita hiburkan hati. Yeay!


AL-FATIHAH buat mama dan papa. Jangan risau, doa anak lelaki sentiasa menemani. Janji. :')

6 comments:

  1. terus kuat AH. hidup perlu terus. al-fatihah buat keduanya. ;)

    ReplyDelete
  2. tabahkan hati AH. Kami semua sentiasa doakan kejayaan AH dan sedekahkan Al-fatihah kepada kedua-kedua arwah. Semoga mereka ditempatkan dalam kolongan golongan orang-orang yang beriman. Al-fatihah

    ReplyDelete
  3. Ada hikmah semua terjadi ;-)
    AL FATIHAH BWT ARWAH

    ReplyDelete
  4. saya tau awak kuat kan? perjalanan hidup masih jauh. jangan berhenti AH :) Al Fatihah untuk kedua-dua arwah.

    ReplyDelete
  5. AH kan kuat. dan sentiasa kena jadi kuat.
    senyum dan ikhlaskan semuanya.

    semoga arwah mama dan papa AH dicucuri rahmat-Nya.

    Al-Fatihah.

    ReplyDelete