Nuffnang Ads

Thursday, April 28, 2011

Belajar Memahami & Mengerti

Assalamualaikum,

Firstly, saya ingin memperjelaskan bahawa entri ini akan menampakkan 'kebodohan' saya sendiri namun didalam hati yang tulus ini hanya ada satu sebab mengapa saya berbuat demikian. Saya melakukan semua ini kerana ingin belajar untuk memahami dan mengerti apa yang kaum Hawa ini rasakan dan apa yang kaum Adam ini tidak pernah sesekali rasakan. Tak salahkan saya mencuba untuk belajar memahami dan mengerti, kan?

Khasnya, tujuan saya berbuat demikian bukanlah untuk mendapat perhatian murahan daripada kesemua pihak dan tidak sesekali untuk saya berTUKAR jantina. Tetapi sebagai lelaki yang ingin tahu pengorbanan seorang perempuan yang menutup auratnya selain pengorbanan mereka yang mengandungkan dan melahirkan seorang anak. Tidaklah saya katakan perempuan yang menutup aurat ini sempurna, mungkin Allah SWT telah membuka pintu hati mereka dan kita sesekali tidak akan pernah tahu barangkali mampu menarik minat kaum Hawa yang lain untuk bertudung. Jelasnya saya bukan mahu mencetus provokasi dan telah saya jelaskan tadi, bahawa saya ingin belajar untuk memahami dan mengerti.

Saya pernah bertanya pada seorang perempuan bertudung ini kerana perasaan ingin tahu itu membuak-buak,


Saya : Cuaca panas, comform awak lagi panas kan? 
Perempuan : Kenapa ya?
Saya : Sebab awak bertudung.
Perempuan : Kewajipan kan. Hee.
Saya : Jangan fikir bukan-bukan ya? Maklumlah awak bertudung, sebab tu saya bertanya, tapi baguslah awak tabah. Kuat iman awak. 


Sepatutnya soalan itu saya tak perlu bertanya, betul tak? Saya punyai rasa ingin tahu tetapi saya tidak pernah terfikir untuk 'merasainya' seperti kaum Hawa ini sendiri rasai. Oleh itu saya bereksperimen, walaupun bukan dibawah terik mentari atau dipertontonkan secara 'live' pada umum, sekurang-kurangnya saya 'pernah' rasai tentang perasaan menjadi seperti kaum Hawa ini. Saya tak rasa agama kita ini kejam pada kaum Hawa tetapi agama kita (Islam) telah mengajar kita semua baik lelaki mahupun perempuan tentang erti keimanan dan kesabaran. Alhamdulillah, saya bersyukur. Mungkin cara seorang lelaki itu diuji berlainan dengan seorang perempuan itu sendiri. Hakikatnya kita adalah manusia yang tiada banyak bezanya, tinggal berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah dan semuanya milik Allah SWT. Allahuakhbar!


Baiklah, apa yang dapat saya buktikan bahawa saya mulai memahami perempuan adalah saya memakai tudung selama 5 minit. Ya, saya bertudung dan duduk dalam bilik. Berpeluh jugalah disebabkan saya seorang yang kuat berpeluh, bayangkanlah saya hanya bertudung untuk 5 minit! Allahuakhbar! Bagaimana dengan perempuan yang bertudung seharian itu pula? Besar pahala-mu!

Apa yang saya tulis tengahari tadi. Disini saya sudah terfikir panjang..





Posse 2. Hahaha.

Saya yakin, orang akan mulai mempertikaikan apa yang saya lakukan ini. Sekiranya anda mulai membaca entri ini dari sini, apa kata anda baca daripada atas dan ianya akan lebih jelas mengapa (terima kasih). Mungkin akan ada orang akan bercakap, tak perlu untuk saya bereksperimen begini. Sejujurnya, kita semua hamba Allah SWT dan kita semua tidak tahu apa yang dirasai oleh orang lain jadi tidak salah untuk kita merasainya asalkan saya tahu had-had saya sebagai lelaki yang beragama. Ya, hukumnya haram bagi lelaki yang menyerupai wanita tapi tak perlulah kita berdebat tentang halal dan haram. Buka minda dan buka hati terima tentang sebuah pandangan baru dan jangan terlalu 'asyik' judge orang lain.

For your information, saya adalah pelajar teater dan kalau naskah atau skrip memerlukan saya menjadi seperti seorang perempuan, adakah saya perlu berhenti belajar atau teruskan? Apa-apa pun ini adalah berkenaan pilihan dan saya sudah membuat pilihan. Disini sudah terang-terangan saya katakan, saya cuba membuat pilihan untuk belajar memahami dan mengerti tentang seorang perempuan. Salahkah saya ingin menjadi lelaki yang lebih memahami daripada lelaki-lelaki lain? Tepuk dada, tanya selera.


Ternyata saya lebih 'cantik' sebagai lelaki. :)

Segala kejadian dibumi ini adalah kerana keindahan yang diberi oleh Allah SWT kepada kita semua. Hanya Maha Pencipta berhak menerima segala puji-pujian ini. Kita seharusnya berasa syukur ke atas nikmat pinjaman ini. Alhamdulillah.


Entri Pagi-Pagi

Assalamualaikum,

Morning everyone!

Lama tak mengasah pena maya ini, sudah sedikit tumpul dan perlu diasah. Tampaknya sekadar perlu diasah bukan diasah siasahnya, kerana sisipan siasahnya dikarangi oleh saya sendiri. Jadi sudah tentu tiada kaitan antara pena yang hampir tumpul dengan permikiran yang belum tumpul dek kerana waktu yang tidak mengizinkan untuk menulis dilaman maya ini. Terima kasih kepada yang merindui, pada garapan yang tak seberapa ini. Terima kasih.

Satu per satu ceritera yang hadir dalam hidup saya kini, namun garapan Tuhan dalam perancanganNya ternyata kemas namun ada ketika timbul persoalan jua di minda. Tidak mengapa persoalan itu bakal terjawab kerana waktu akan beritahu kelak, InsyaAllah. Sebut tentang waktu, banyak yang sudah saya bazirkan kini. Entah mengapa pembaziran ini terus saya bazirkan. Jika dilihat mengapa langit menangis, ia kerana tangisan ini adalah rahmat dan airmatanya yang jatuh ke bumi ini adalah mutiara yang tak ternilai buat kita. Lihatlah cuma hujan yang tak akan bazirkan waktunya, jika ianya mahu turun membasahi bumi ia tetap akan turun.

Saya tidak bercakap sastera tapi bercakap benar, bahawasanya saya sedang bazirkan waktu dan mungkin kita semua merasainya, kan? Pada ketika usia sedang rancak mengejar. Hari ini sudah dipenghujung April, minggu hadapan sudah menjelang Mei. Lihatlah apa yang telah kita bazirkan sekarang, kita bazirkan waktu dan tidak sekalipun kita mengabdikan diri padaNya. Kerana kita semua khayal dalam dunia pancaroba ini. MasyaAllah!

Entri pagi-pagi ini sekadar pedoman dan sekadar mengingati subuh yang baru berlalu tadi. Baguslah kalau dapat ditunaikan. Jika kita lihat bait-bait ini, indah.

Menghitung hari,
Detik demi detik,
Masa ku nanti apa kan ada,
Jalan cerita kisah yang panjang,
Menghitung hari.

Walaupun sepenuhnya lirik lagu ini berkisahkan tentang cinta yang ditinggalkan namun masih ada baris-baris kata yang boleh kita amati. Kita semua akan menghitung hari pada ketika cinta itu tiba dan kita semua terlupa untuk menghitung pada hari ketika kita dipanggil untuk pulang ke tanah. Masa ku nanti apa kan ada, jadi sudahkah terisi bekalannya?


Pada ketika ini usia muda masih belum terjejas, namun kini sedikit kebimbangan.


Sunday, April 10, 2011

Buat Yang Tersayang

Assalamualaikum,

Sedari kecil tidak pernah sekali, mama patahkan hati ini malah mama sering membuatkan diri ini selalu ceria dan bergembira. Biarpun ada ketikanya permintaan daku sangat tidak bertimbang rasa, ya mungkin kerana daku kanak-kanak kecil yang masih tidak memahami apa-apa ketika itu namun daku kesal dengan sikap itu. Oh mulianya, oh Tuhan berjanjilah padaku bahawa syurga adalah tempatnya bersama-sama papa suatu hari nanti.

Mama, daku terlalu rindukan senyumanmu yang manis itu dan daku ucapkan jutaan terima kasih kerana merealisasikan mimpi-mimpi ini. Oh, daku terharu. Setiap malam, daku akan berdoa kepada Yang Maha Kuasa agar mengampuni dosa-dosa papa, dosa-dosa mama dan menyembuhkan segala derita yang mama alami sekarang. Mata ini sebenarnya tak tertanggung menahan deraian airmata namun, demi sepenuh sokongan daku kepadamu daku kuatkan hati ini supaya mama mampu untuk teruskan kehidupan ini.

Waktu sering dibazirkan oleh daku, namun kini semoga waktu-waktu yang berlalu itu mampu aku bazirkan sepenuhnya buat kamu duhai mamaku sayang. Biarlah aku kehilangan cinta sekalipun kerana aku tak sanggup untuk kehilangan dirimu. Daku masih tidak bersedia untuk waktu itu tiba, disebabkan itu daku panjatkan doa buat Allah SWT agar kamu panjang umur. Hanya kamu yang satu, duhai mamaku.

Mamaku, ampunkan segala dosa-dosaku dan daku berjanji akan terus mengejar tangga-tangga ke syurga. Kamulah yang paling daku sayang. Satu-satunya yang mampu membuat hatiku berdegup pantas.

Khasnya, video ini dedikasi daku kepadamu.


:')

Tuesday, April 5, 2011

Akulah Si Bintang Yang Menjaga Bulan

Assalamualaikum,


Semenjak kecil, arwah papa selalu cakap hanya ada satu bintang yang paling menyerlah antara jutaan bintang-bintang diruang langit namun ada ketikanya bintang istimewa itu tetaplah ianya adalah dari kaum-kaum bintang. Carilah kalau jumpa, bilangnya. Saya berfikiran dan berkata dalam hati, "ada ke?". Setelah kini barulah saya sedari, mungkin bintang yang beliau maksudkan itu adalah bintang yang berdekatan dengan bulan. 


Mengapa seorang penyajak menggemari untuk menghubungkaitkan antara bulan dan bintang? Mungkin mereka berasakan puisi, sajak mahupun garapan tulisannya jika dimasukkan perkataan bulan dan bintang ianya akan tampak lebih sastera serta romantis. Mungkin. Orang sastera bila bicara, susun atur katanya diteliti sebelum diungkapkan pada sehelai kertas kosong. Orang sastera adakalanya bermain dengan logikal dan adakalanya terlalu abstrak namun genre penulisannya meleret pada melankolik. Sekiranya mereka bicara tentang bintang mahupun bulan.

Seperti perhubungan antara manusia dan manusia, ia tak ubah seperti bulan dan bintang namun sering dibezakan dengan darjat. Kerana bulan itu lebih besar dan bintang itu lebih kecil, namun hakikatnya bintang kecil itulah telah membuktikannya rasa setia kepadanya. Seperti manusia, lelaki dan perempuan yang sedang bercinta perlu ada rasa setia pada diri mereka serta harus ada rasa percaya antara satu sama lain. Biarpun sinaran bulan telah menyinari alam ini tanpa bintang, namun kerdipan bintang itu telah membuatkan malam menjadi lebih sempurna. Umpama bulan dan bintang itu sedang menari-nari di atas awangan.

Perhubungan sesama manusia, ada ketikanya sang lelaki menjadi lebih rendah diri apabila mengetahui sang wanita itu lebih sempurna darinya. Tetapi atas dasar cinta, sang lelaki dan sang wanita itu seperti mampu untuk hidup 1000 tahun lagi. Saya adalah lelaki yang mudah berasa rendah diri, apabila saya 'dipertemukan' dengan perempuan yang melebihi saya dalam setiap perkara. Contohnya apabila dibandingkan kekayaan, saya hanya terfikir untuk lekas mengundur diri walhal hakikatnya perempuan itu tidak sesekali mempertikaikan soal itu. Saya adalah lelaki yang punyai prinsip, berfikir bagaimana untuk menyeberang sebelum saya seberang dari hujung sini ke sebelah sana. Begitulah.

Jelasnya, hidup ini ada permainan catur sedang berlangsung namun dimainkan secara perlahan-lahan kerana takut salah langkah dan terpaksa berhenti untuk selamanya. Kerana setiap tanduk tindakkan kita seharusnya direncana dengan baik supaya satu hari nanti kita tidak tergigit jari dek kerana kegopohan. Disini, saya yakin dan tidak ragu-ragu, apa yang saya rasakan pada si dia adalah rasa yang sangat dalam. Mungkin cakap-cakap hati ke hati barulah ia mampu dilafazkan dibibir ini, saya tidak memandang apa yang dianugerahkan oleh Allah SWT buatnya. Apa yang saya lihat, adalah seorang isteri yang sempurna.

Ibarat hidup ini, lebih 'hidup' dan begitulah saya rasakan. Menjurus kepada kenikmatan hidup yang telah diberi oleh Allah SWT kepada manusia seperti saya ini. Alhamdulillah. Biarlah apa yang difikirkan oleh orang-orang lain, rasa dan cinta saya ini tetaplah seperti si bintang yang setia menjaga bulan semenjak azali lagi. Semoga rasa yang saya rasakan ini abadi dan pengakhiran kalinya supaya ianya dapat terwujud dalam lubuk hatinya. InsyaAllah.

P.S. IMYSM & ILYSM

Monday, April 4, 2011

Saya Sudah Dimiliki, Maafin Gadis-Gadis

Assalamualaikum,


Berat hati, itulah perkataan pertama. Adab sudah saya dahului dengan berian salam, namun hati sedikit gundah gulana untuk memulakan sebarang bicara. Baiklah, saya berselawat sedikit untuk meredhakan hati dan bermula dengan Bismillah. InsyaAllah saya boleh lakukan.


Mama.


Ya, ini adalah soal mama saya sebenarnya dan bukan perihal gadis idaman diluar sana. Benar, memang ada gadis idaman cuma 'dia' seorang sahajalah. Buat masa sekarang, saya telah dimiliki oleh mama sejak lahir lagi hingga sekarang. Belum genap 23 tahun lagi namun saya berasakan waktu banyak telah saya bazirkan kini dan waktu-waktu yang tinggal pada mama kini saya harapkan bukan sisa-sisa kehidupan. Mohon Allah SWT panjangkan umurnya, kerana setelah pemergian ayahanda tersayang telah membataskan impian saya untuk melihat kedua ibubapa melihat saya di atas pelamin perkahwinan.


Setelah ketiadaan arwah papa saya berharap, mama akan sampai pada ketika saya memakai kemas persalinan persandingan saya nanti. Mohon pada Allah SWT dipanjangkan usianya, InsyaAllah. Kini, waktu saya dibazirkan khasnya buat mama tersayang dan ianya tak mengapa! Hampir menitis airmata, namun tak mampu untuk dititiskan dek kerana semata-mata untuk memberikannya moral support. Siapa yang tak sedih, anak mana yang tak sedih melihat mama selalu berulang-alik tinggal di hospital. Saya hanya mampu memandang ke langit dan menjerit, "It's okay! Saya harus kuat!"


Petang (3 April) tadi giliran saya menjaga mama, seperti biasa mama ada ketikanya tidak selesa untuk baring dan ada ketikanya dia tidak selesa untuk duduk. Kasihan. Mujurlah saya anak lelaki yang kuat semangat dan 'memaksa' deraian airmata ini untuk tidak mencemar semangat mama dek kerana saya takut semangat mama luntur pada ketika deraian ini jatuh. Saya tak sanggup, tidak. Tiba-tiba mama mahu ke bilik air dan dengan segera saya dapatkan wheelchair disebabkan mama tak kuat lagi untuk berjalan. Saya bantu mama untuk bangun dan sarungkan selipar serta cuba membantunya ke wheelchair tersebut lebih kurang 2 meter.


Mama tercirit dalam kain dan menyebabkan najis-najisnya jatuh dilantai serta dikatilnya. Hairannya orang-orang disitu melihat seolah-olah pelik, seorang yang lemah dan sakit terbuang air besar dalam kain. Apa sudah hilang pertimbangan dan mula jadi jakun melihat orang sakit terbuang air besar? Saya tidak sedikit pun berasa gentar dengan pandangan mereka dan tidak sedikit pun berasa malu. Terus saya bawa mama ke bilik air dan cuci segala najis yang melekat pada tubuhnya. Biarpun tidak nampak manis, kerana saya anak lelaki namun itulah tanggungjawab saya sebagai anak dan haruskah saya menyerahkan 'tugas' sebagai anak lelaki ini kepada jururawat?


Saya hanya melakukan tanggungjawab kerana mama umpama tiada terbawa sekam segantang (Sangat lemah dan tidak berdaya kerana sakit atau uzur) dan saya bukan orang lain kerana saya darah dagingnya. Umur saya sepatutnya sudah mencapai tahap yang lebih matang sekarang, oleh itu segala ujian dalam norma kehidupan ini adalah ujian semata-mata buat saya serta seluruh keluarga. Maka dengan itu ini adalah ujian yang telah diberi oleh Allah SWT. Saya hanya mahu mama sihat seperti biasa, itu mohon saya pada yang berkuasa. Amin!


Mungkin orang dihospital telah menghakimi lelaki macam saya, disaat saya menjaga mama. Saya hanyalah lelaki yang normal dan cuma terdapat sedikit lebihan pada gaya, mungkin. Apa-apa pun don't judge a book by it's cover. Mungkin orang berasa pelik melihat lelaki yang macam ini sanggup jaga ibunya dan mungkin dalam hati mereka, "Comfirm budak nih dapat upah". Entahlah, tak tahu nak cakap apa kerana satu hari nanti mereka akan faham pabila mereka ditempat saya.




Keadaan mama tak menentu, sebelum ini jangkitan kuman di paru-paru dan sekarang bengkak pada jantung. Mudah-mudahan mama lekas sembuh. Amin!




Saya cuma menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak kerana buat masa ini saya sudah dimiliki oleh ibu saya sepenuhnya.


P.S. Tiada guna saya tulis entri ini jika kalian fikirkan saya meminta simpati. Apabila anda berada pada situasi yang sama, pasti anda ingin kongsi bersama pada keluarga mahupun pada orang lain dan orang yang tersayang. Saya cuma meluahkan perasaan yang terbuku dibenak perasaan. Itu saja.

Saya Tak Berduit, Cuma Ada iPhone 3GS Buat Vidiyo

Assalamualaikum,

Helllo! Pergh! Lama kan saya tak update blog, lama juga. Bukan apa tuntutan kelas dan rutin hidup ini membataskan segala perihal, maafin. Dalam sibuk-sibuk, saya curi juga masa yang tidak dapat dibazirkan itu dengan sesuatu yang menjadi kesukaan saya kini, iaitu buat vidiyo atau short film.


Namun bila sebut tentang kamera apa yang saya gunakan, saya ini tak berduit dan cuma mampu menggunakan kamera iPhone 3GS saya itu sebagai medium untuk berkarya. InsyaAllah nanti jika ada duit lebih, saya usahakan sesuatu yang lebih bermutu dan berkualiti. Doakanlah ya? Thanks!


Ilham saya boleh berada dimana-mana, percaya atau tidak saya mampu merakam lakonan untuk video serta melakukan proses editing tak sampai 3jam, itupun editing cincai lah. Mungkin jika menggunakan kamera yang proper saya akan mengambil sedikit masa untuk melakukan kesemua shot-shot yang dimahukan serta proses editing. Hakikatnya saya masih baru dan cuba belajar, kalau ada teguran silakan.

Mungkin ada di antara anda sudah 'meluat' saya melacur diri dalam vidiyo saya sendiri, ya saya tahu. Atau mungkin juga, 'Mamat ni, sikit-sikit pasal Hanis Zalikha', tak pun pasal blogger-blogger lain. Terus terang saya katakan bahawa saya tidak mencari publisiti atau tumpang publisiti murahan. Saya cuma vlogger yang berkarya dengan identiti sendiri, ya saya tahu kalau saya tak promote blogger sekalipun mereka boleh popular.

Ini adalah soal identiti, bukan populariti dan untuk itu biarlah kalian yang tentukan kerana niat saya sebenarnya kerana saya minat. Pada saya ianya cuma karya saya, andai kata saya buat vidiyo pasal anda dan apa pula kata anda? Paling penting saya tidak plaggiat mana-mana vlogger mahupun blogger dan saya bukanlah seorang stalker. Saya cuma pelajar sekolah seni yang cuba mengasah bakat sendiri kerana saya ada impian dan mustahil anda kata anda tak ada impian. Jelas?

Buat pertama kali, si cilik ini ialah anak buah saya dan dia dibawah 'arahan' saya. Hee. Kualiti vidiyo teruk disebabkan kamera iPhone dan software editing. Bleghhh.


Buat pertama kali, Fatin Liyana menjadi pilihan saya selepas Hanis Zalikha. Lain macam je bunyi? Eh, menjadi pilihan untuk berkarya lah. Haha. LOL! Credit untuk Fatin Liyana dan Cik Epal untuk babak kecil. Ini juga kamera iPhone saya namun proses editing telah diperkemas oleh kawan saya, Merul. Big thanks bro!




Saya tak minta simpati atau populariti pun, cuma mengharapkan orang menilai bakat yang saya ada. Kini saya tak berduit lagi, cuma ada iPhone 3GS buat vidiyo. InsyaAllah, ada duit lebih saya gunakan kamera yang lebih kualiti. Amin!

P.S. Saya cuma berkarya dengan identiti sendiri bukan mencari publisiti. Nak benci, bencilah. Nak sokong, jutaan terima kasih. Wassalam.