Nuffnang Ads

Monday, July 25, 2011

Tiada Tuah Kalah, Ada Rezeki Seri, Ada Wang Menang

Assalamualaikum,

Apa yang boleh dilakukan pada jam 4.07 pagi ini? Mata telah diajarkan untuk berjaga malam semenjak cuti semester 2 bulan yang lalu. Kejap lagi, semester baru bermula tepat jam 9.00 pagi namun mata masih kuat, naya nanti dalam kelas. Apa pun saya bukanlah seorang pembancuh kopi atau nescafe pada dinihari, kerana saya tidak ajarkan kafein untuk tubuh. Tapi kata orang kafein molek, namun kata orang-orang bijaksana bukan kata-kata saya. Ini serius bukan sindiran.

Baiklah.

Begini ceriteranya, baru-baru ini Perodua Malaysia telah melancarkan ujibakat "Perodua Lagi Best" dan penyertaannya terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Syaratnya adalah dengan membuat video tidak melebihi 1 minit dan berkaitan dengan produk-produk Perodua seperti Kancil, Myvi atau mana-mana kereta keluaran perodua. Syarat-syaratnya tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Perodua sendiri. Sehubungan itu, saya telah mengambil bahagian dengan membuat video. Tujuannya bukanlah untuk merebut RM10,000 ataupun 5 buah iPad 2, tetapi hanya mahu menguji kemampuan dan menonjolkan bakat dalam penghasilan video. Apa guna saya suka buat video, kalau tak uji kemampuan sendiri.. kan?

Kata orang, "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu". Itu pepatah orang Melayu, namun saya ada pepatah sendiri. "Tiada tuah kalah, Ada Rezeki Seri, Ada Wang Menang". Kalau mahu dirungkaikan mungkin tak complicated macam love story saya. Haha.

Jadi inilah video pertama, biarlah saya terangkan sedikit. Video ini tentang ketaksuban (exited) seseorang tentang dalam sesuatu perkara. Namun dalam ketaksuban itu, ada perkara yang tidak harus dilupakan. Lebih kurang begitu maksud video ini disebalik hiburan semata-mata. Terbitnya idea ini datang secara spontan.


Jadi faham apa yang dimaksud 'ketaksuban' itu kan? Hehe.

Video kedua ini boleh dianggap sebagai 'killer' video untuk penyertaan saya dalam "Perodua Lagi Best" ini. Idea ini telah diolah oleh seorang kawan saya iaitu Merul dan terdapat tambahan idea oleh saya sendiri. Namun video ini sepenuhnya arahan Merul dan video ini adalah penglibatan pertama saya menggunakan teknik stop motion video. Fuh! Memang susah masa nak shoot tapi Alhamdulillah ianya siap. Memang kreatif. Percaya atau tidak, saya sendiri berasa tak puas melihat video ini. Serius! Way to go bro! 


Betul tak saya cakap? Serius tak puas tengok sekali. 

Inilah hasil kerja saya dan hasil kerja bersama. Mudah-mudahan kedua-dua ini ada yang mampu memikat hati juri-juri Perodua, Amin. Korang, apa lagi share-lah! 

Bila difikir-fikirkan balik, buat video ini mampu mengubati hati saya yang terluka ni. Bagi saya lah. Tapi bila dah buat video, sesetengah orang kata saya tak serius. Biar tak serius janji ikhlas dari hati, orang tak tahu tapi Allah SWT tahu. :)

Tapi BLOG SERIUS memang SERIUS. (Click link untuk melihat entri di blog berkenaan tentang video Kancil Tango tu.)

Friday, July 15, 2011

Ianya Cuma Sebuah Sajak & Luluhan Hati

Assalamualaikum,

Saya mulakan dengan sajak ;

Saya benci sebab kita tak pernah berbual,
Saya benci sebab saya kena email awak,
Saya benci sebab saya kena mulakan dulu,
Saya benci sebab saya kena berusaha memikat awak,
Saya benci sebab saya yang bersungguh-sungguh,
Saya benci sebab saya harus menunggu,
Saya benci sebab saya harus bersabar,
Saya benci sebab saya dan awak berjauhan,
Saya benci sebab saya selalu rindukan awak,
Saya benci sebab saya tak bencikan awak tapi saya cintakan awak.

Bila perasaan bertemu dengan hati ianya selalunya bercampur baur antara duka dan suka. Namun menangislah bila harus menangis. Kerana kita manusia dan kita perlu melepaskan segala apa yang terjadi. Sebagai manusia, secebis yang tinggal selepas kepahitan adalah kelukaan dan kerana itu kita pasti menangis namun kita adalah manusia yang mungkin bisa mengambil hikmah disebalik apa yang telah terjadi.

Kita manusia dan bukan dewa. Kita manusia dan bukan malaikat. Kita manusia dan bukan syaitan. Kita manusia dan bukan Tuhan. Kita hanyalah manusia yang hanya ada perasaan untuk dikongsi tetapi bukan untuk ditangisi selamanya. Buang yang keruh, kita ambil yang jernih. Bersabarlah, ada hikmah yang Allah SWT beri buat makhluknya iaitu kita, manusia..


dan terima kasih pada Allah atas bakat yang diberi.

Video ini adalah sambungan daripada video pertama ini.


Ini adalah post berkenaan video diatas.

P.S. Jangan cepat judgemental, saya cuma berkarya.

Saturday, July 9, 2011

Kegagalan Yang Paling Sweet

Assalamualaikum,

Diam-diam saya, kalian marilah lihat-lihat kalau entri ini ada isi.

Sudah beberapa minggu saya berdiam daripada menekan keletak-keletuk papan kekunci di komputer yang banyak berjasa ini walaupun sudah kelihatan sedikit uzur. Barang pun macam manusia, cuma menunggu masa bila nak padam. Tetapi manusia itu lebih pandai hadam daripada menjadi kadam Allah SWT dan kini permikiran seumpama terletak dibawah tapak kaki ladam kuda.


"Disebalik manusia yang gagal, ada kejayaan yang bakal menyusul - AH"


Saya seorang lelaki yang semenjak dari kecil hinggalah hampir dewasa kini, sentiasa dirundum kegagalan disebalik kejayaan dan tidaklah boleh dikatakan kejayaan yang besar serta mampu bertahan lama. Apa pun setiap kejayaan yang saya perolehi, saya sentiasa bersyukur pada Allah SWT kerana melimpahkan secebis kejayaan buat saya. Alhamdulillah. Namun kini mungkin mampu tersenyum memiliki sebuah keluarga yang benar-benar memahami kehendak dan kemahuan saya disamping sokongan padu oleh mereka. Tak lupa juga pada semua #AHmazingFriends yang selama ini sentiasa memberi kekuatan dan sokongan. InsyaAllah akan dibalas jasa kalian. Semoga Allah SWT itu mendengar permintaan hamba-Mu ini. Amin.

Cinta. Inilah kegagalan yang paling sweet.

Cinta itu subjektif dan cinta itu jugalah yang banyak mengagalkan saya sebagai pencinta yang baik, namun ada sahaja cerita yang bisa saya petik sebagai pelajaran dan pengalaman yang banyak mengajar. Saya akui, saya bukanlah lelaki yang sering menjadi tumpuan perempuan-perempuan diluar sana, lebih-lebih lagi apabila berjalan dengan kawan-kawan saya yang penuh lagak dan penuh kacak. Saya terasa amat kecil, namun dibesarkan dengan kepayahan ibubapa telah mengajar saya untuk bersusah sebelum senang. Bayangkan, sejak darjah 2 saya sudah pandai menyimpan duit belanja seringgit setiap hari yang pada asalnya dibekalkan oleh mama hanya RM 2 satu hari. Kehidupan kami tidaklah begitu mewah kalau nak dibandingkan dengan wang. Bagaimanapun kehidupan saya mewah dengan limpahan kasih sayang dan pengalaman hidup yang pelbagai. Syukur dibesarkan dalam rumah papan, mandi tanpa heater, makan apa yang tersedia dan pakai apa yang ada. Sedikit pun saya tak terasa untuk mengeluh, malah berbangga dengan kepayahan itu Allah SWT kurniakan kami sekeluarga rahmat-Nya dan sebuah pengalaman yang bisa kami gagahi untuk memperjuangkan saki-baki hidup sebelum mati. Apa yang saya perolehi? Pengalaman.

Kegagalan sekolah rendah dan menengah.

Bermula sebagai lelaki yang sangat naif tentang kewujudan makhluk bergelar perempuan ini, namun segalanya berubah apabila hijab mata ini terpana pada seorang perempuan yang saya minati sejak dibangku sekolah rendah dulu. Hanya sekadar mampu untuk menjadi peminat dari jauh dan tidak pernah sekalipun bibir ini terlepas untuk mengatakan padanya ungkapan cinta one four three itu. Lebih kurang 8 tahun hidup sebagai peminat dan tetap setia padanya hingga waktu memisahkan kami. Saya tidak pernah sesekali merasai cinta monyet di alam persekolahan akibat terlalu setia pada seseorang. Bagaimanapun, lagu kegemaran kami ketika itu adalah daripada kumpulan Spider, Mungkinkah Terjadi. Kini dia sudah pun bergelar seorang isteri. Semoga dilimpahi kebahagiaan hingga ke Syurga, Amin. (sila klik pada link untuk mengetahui ceritera selanjutnya)

Kegagalan selepas tamat persekolahan, kolej dan kini.

Cinta pertama saya adalah gadis 8 tahun itu. Namun selepas tamat persekolahan, saya menemui cinta baru dan namanya Sariah. Seorang gadis bertudung yang asalnya dari Kedah, pertama kali melihatnya manis dan manis. Sukar untuk membuatnya untuk terus jatuh cinta pada lelaki yang naif seperti saya ini, tetapi berbekalkan kesungguhan saya berjaya memilikinya. Ketika itulah saya menjadi lelaki yang cuba-cuba untuk menjadi romantik, saya buat 500 kapal terbang kertas dan meletakkannya dalam kotak air mineral 500ml. Saya setiap hari belikan dia coklat di 7Eleven namun usaha-usaha itu tidak pernah sekalipun mengundang kepenatan dan akhirnya lelaki naif ini bertukar player kerana lelaki ini merasakan dia paling hot! Saya curang pada dia dan saya melepaskannya. Akhirnya orang yang tamak itu selalu kerugian. Kini kami berbaik semula dan akan kekal sebagai kawan kerana dia sudah pun bergelar seorang isteri. Semoga awak berbahagia.

Pengalaman itu terus mengajar kepahitan itu mampu bertukar kepada kemanisan. Saya bertemu dengan seorang gadis baru dilaman Friendster dan kali ini saya berikrar tidak akan sesekali mengulangi kecurangan dimana saya pernah berasakan saya adalah lelaki yang merasakan dia hot. Perkenalan berjalan lancar, tiap malam membalas-balas SMS dan panggilan. Namanya Gee. Akhirnya kami decide untuk bersatu, ya perhubungan ini seperti yang diharapkan berjalan lancar dan berbulan-bulan kami berkasih. Dia seorang anak kepada seseorang yang bergelar VIP, rumahnya seperti dalam filem Hollywood yang serba mewah dan besar serta tersusun kereta luar negara didalam garaj. Namun bukan itu sebabnya saya memilihnya sebagai girlfriend kerana saya sendiri tak mengetahui latar belakangnya selepas berbulan-bulan kami berkasih. Ini disebabkan oleh dia pandai menyimpan rahsia, namun bukan lagi rahsia apabila saya dijemput ke parti hari lahirnya. Ketika itu, kecil je rasa diri saya ni ibarat hamster saya itu. Kawan-kawan saya menganggap ini adalah suatu keuntungan pada saya kerana berjaya memiliki seorang anak VIP, tapi mereka silap tentang saya kerana saya adalah lelaki tak suka mengambil kesempatan. Saya sedar diri bahawa saya anak orang kebanyakkan. Lalu selepas berbulan-bulan, saya memutuskan untuk berpisah kerana saya tiada masa untuknya serta terlalu sibuk dengan kelas, latihan bolasepak kerana saya mewakili tempat pengajian, tugasan dan kadang-kadang sampai terlelap untuk reply SMS serta menjawab panggilannya. Ini bukanlah kerana saya ada perempuan lain tetapi demi kebahagiaan dia kerana saya tak mahu dia terseksa kesunyiaan. Kerana kesiankan si dia, terpaksa saya lakukan keputusan ini. Dia tidak mahu berpisah, namun saya katakan inilah jalan terbaik supaya dia tidak berasa kesunyian lagi kelak. Kini kami berkawan rapat dan selalu hadir ke rumahnya untuk apa-apa majlis. Ibunya pun sudah menganggap saya sebagai anak angkat. InsyaAllah dia bakal bertunang akhir tahun ini.

Saya pernah menangis akibat daripada kegagalan saya dalam bercinta, terutamanya pada cinta pertama dan keduanya pada gadis ini namanya Zana. Saya mengenalinya selepas berpisah dengan Gee, rupanya seakan-akan Tiz Zaqyah pada saya. Kerana dialah, saya melupakan untuk keluar bertemu dunia seketika dan kini dialah membuatkan saya keseorangan lebih kurang 4 tahun dan tidak menjejakkan kaki lagi ke panggung wayang selama hampir 3 tahun. Saya seorang lelaki yang suka menonton wayang walaupun keseorangan namun perpisahan dengannya membuatkan saya hilang punca dan hilang minat melakukan apa yang selalu saya lakukan. Terasa sakit ditinggalkan begitu meninggalkan kesan dihati ini. Sakitnya, oh sakitnya. Tapi saya tak salahkan dia sedikit pun. Entah kenapa saya masih boleh berkawan dengan semua bekas kekasih, dengan dia pun saya berkawan tapi tak berjaya untuk teruskan dan kini dah lost contact secara personal lah. Ingat dah lost contact rupanya dia pun sedang berjinak-jinak sebagai blogger sekarang. Saya pun rajin singgah tapi sebagai silent reader je. Kami pernah cuba untuk bersatu balik tapi, jodoh kami ternyata tak sampai. Mungkin akan saya akan tulis satu entri khas buat dia diblog ini. Kerana dialah yang membuatkan saya lebih belajar untuk memahami perempuan.

Akhir sekali, semua orang tahu. Ya, blogger muslimah tu. Pada mulanya, saya tak yakin dia akan membalas email saya itu tapi siapa tahu hati manusia kan? Dia balas. Bermula daripada situ, berbulan-bulan kami kerap membalas email dan ada ketika tu dia tak balas disebabkan exam. Saya pernah tunggu sampai 3 minggu barulah dia balas, tapi jangan sangka saya seperti pungguk rindukan bulan. Dalam 3 minggu tu saya selalu email bagi dia semangat dan selalu keep on positive apabila setiap kalinya dia akan berasa tertekan dan down dengan exam. Untuk pertama kalinya, di email lah saya luahkan perasaan saya padanya dan akhir sekali dalam sebuah video ini. Saya decide nak buat sad ending dalam video tu disebabkan sesuatu telah berlaku. Sebenarnya niat nak buat happy ending tapi hati saya benar-benar sedih apabila terlihat gambar dia bersama seorang lelaki di majlis perkahwinan. Lebih menyedihkan lagi, terlihat komen di facebook. Tak perlulah rasanya nak ulangi apa yang dah lepas. Semoga dia berbahagia dan menjadi doktor yang baik. InsyaAllah.

Inilah kegagalan yang banyak mengajar saya tentang hidup, disebalik pengalaman yang perih hidup ini saya teruskan untuk masa depan yang lebih baik, InsyaAllah. Pada saya, kegagalan dalam bercinta yang akan membuka mata manusia untuk lebih berusaha untuk lakukan yang terbaik. Dalam banyak-banyak kegagalan, ingin saya katakan inilah antara kegagalan yang paling sweet yang banyak mengajar saya. Kesunyian selama hampir 4 tahun itu tidak sekalipun mematahkan semangat saya untuk membuat orang lain gembira. Kini kegembiraan mama, keluarga serta orang lain itu adalah suatu kejayaan dan lebih penting buat saya.

Wassalam.