Nuffnang Ads

Thursday, December 27, 2012

Please Help Them

Assalamualaikum,

Tak banyak yang sy boleh bantu saudara-saudara kita yang sedang berperang. Selain menderma, sy berkemampuan buat sebuah video dan didedikasikan kepada mereka. Itu pun taklah seberapa. Kepada anda AHmazingFriends, anda juga boleh membantu melalui tontonan anda dan sebarkan kepada orang lain. Tak susah just 'copy link' and 'paste'. Thank you so much, please help them. :')


Wednesday, December 19, 2012

Recently

Assalamualaikum,

Recently,
Saya teringat kembali pada awak, terngiang - ngiang kerja gila yang bermain dalam kepala ini. Lelaki yang sering berfikir luar kotak fikiran macam saya dan mana - mana lelaki yang sama sifatnya, percayalah kami tidak akan berhenti untuk membuat sesuatu. Walaupun dalam keadaan berdiam diri mahupun termenung. 

Recently,
Saya terasa nak beri sesuatu pada awak sebelum penghujung tahun ini, sesuatu yang buat awak reminiscing perkara - perkara yang pernah kita alami sebelum.. ia terjadi. Namun ia tak bermakna apa - apa pun, kalau ada itu mungkin perasaan saya terhadap awak yang tak pernah luput. Andai dapat dibebani bersama, pastinya ia adalah perasaan yang.. hmmm tak terkata.

Recently,
Saya percaya setiap kesabaran itu ada hikmahnya walaupun apa yang kita hajati itu takkan pernah kesampaian tapi inilah yang mematangkan manusia. Pada saya sekurang - kurangnya saya ada sesuatu untuk dikenangkan pada usia tua kelak. InsyaAllah kalau panjang umur. Tiada perkara yang indah selain mengenang seseorang macam awak. It was the best thing happened in my life.

Recently,
Saya dapat rasakan sekurang - kurangnya ada juga secebis senyuman kecil terpancar. Saya tak minta untuk dihargai atas segala usaha yang telah saya lakukan, cukuplah senyuman kecil tadi. Jodoh itu rahsia Tuhan, jadi apa yang terjadi kelak itu antara perancangan saya dan ketentuanNya. Itu saja.

Recently, saya baca email - email yang kita sering berbalas dulu. Indah, seronok.. hmm rindu sangat.


Monday, December 17, 2012

Walaupun Tertulis

Assalamualaikum,

Sudah lama 'asyik' dengan mengejar cita - cita jadi hampir terlupa apa yang sedang dikendong. Lama tak menjengah apa yang sepatutnya dijengah akibat sibuk dengan cita - cita. Belum lagi masuk ceritera cinta, parah. Followers blog kian bertambah, Alhamdulillah. Terima kasih followers, ini blog biasa.

Saya akui sedang rindu. Rindu pada arwah mama dan papa serta kawan - kawan yang turut serta menemui Ilahi. Untungnya pergi sebelum kiamat tiba, kata orang zaman ini adalah penghujung zaman keempat. Tahu zaman apa? Ingat tak, Nabi Muhammad pernah cakap selepas dia wafat hanya akan ada lima zaman je, jadi kita dipenghujung zaman keempat. Renungkan. Apa pun, teruskan kehidupan, keyakinan kepada Allah. Jangan putus asa, berusahalah untuk kehidupan kita di alam fana dan akhirat sana, InsyaAllah semuanya ok!

Saya akui sedang rindu pada seseorang yang telah lama saya 'tinggalkan' seketika dalam pemikiran ini. Bukan kehendak saya tapi kehendaknya, mungkin perlu kerana itulah permintaannya. Naluri wanita selembut sutera, jadi saya harus menghormati permintaannya tapi si dia harus tahu bahawa berdepan dengan lelaki susah berputus asa ini, mungkin akan meninggalkan sesuatu dalam kocek fikirannya kelak. Mungkin. Rasa terlebih rindu ini tak wajar untuk dikendong oleh saya seorang, andai dapat dibebani bersama ternyata lebih indah. Hmm angan sentiasa tak sudah. Begitulah terlalu sayang sehinggalah diri ini sentiasa berciciran rasa terbeban.

Saya seorang lelaki yang berpegang dengan satu prinsip, jangan sesekali putus asa walaupun ia sudah tertulis.  Mengapa jadi begini, inilah nasib saya dan saya mahu mencorakkannya begini. Dalam lakonan, fokus diperlukan untuk seorang aktor itu bekerja dengan lakonannya. Begitu juga kehidupan, fokus pun penting bagi menentukan kita ditahap mana dalam mencorakkan kehidupan. Kalau kita fokus untuk berjaya, nescaya kita berjaya atas izin-Nya.

Setelah sekian lama menyepi, saya bercadang membuat sesuatu lagi.
Teruskan mengikuti ceritanya.

Tuesday, August 7, 2012

012

Aku lelaki dan aku cuba lagi. Gagal tak bererti apa - apa pada aku. Kerana aku akan tetap berusaha sampai dapat, biarlah lambat. Sabar itu sifat yang disayangi Tuhan.


011

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Yang patah akan tumbuh, yang tumbuh akan berganti. Begitulah kehidupan, begitulah jua aku. Aku cuba jadi lelaki dan teruskan usaha menjadi seorang pelakon. Baru - baru ini, ghairah orang - orang sekeliling aku berbual tentang drama 'sulung' aku di TV3. Kata mereka, nampak aku di iklan, nampak aku di akhbar.. Cuma yang boleh aku cakap, Alhamdulillah. Semoga buah terus berbuah dan aku akan cuba lagi. Terima kasih sebab sokong. Hargainya.


010

Sekarang aku dah tak mahu sibuk - sibuk perihal orang yang tak sibuk - sibuk perihal aku. *Subteks* Kalau tak faham, kamu - kamu google ya. Ok nak cerita ni, memang dah basi cerita ni tapi elok jugalah dikongsi. Kan? Baru - baru ni, aku telah ditemubual oleh wartawan Sinar Harian. Syukur.


Monday, July 23, 2012

009

Bergelar seorang pelakon tu memang impian aku. Walaupun aku dah grad dalam bidang kejuruteraan awam sebelum ni dan sekarang aku kejar diploma dalam teater pulak. Kesungguhan aku untuk satu - satu benda tu memang dasyat, aku tak obses tapi aku akan berusaha sampai aku dapat. Bak kata pensyarah psikologi aku tu, aku ni jenis manusia yang akan dapatkan apa yang aku nak tak kiralah betapa susah. Aku tetap akan berusaha. So far dah ramai tahu apa yang telah aku berjaya lakukan sekarang, mula - mula music video awan nano, lepas tu mesti ada cinta dan sekarang drama melayu. Hmm, InsyaAllah filem menyusul. Amin.

008

Rasanya reaksi give up dengan reaksi fed up lebih kurang agaknya. Sebab aku tengah rasa benda ni sekarang. Selalunya ada 2 benda je buat aku rasa macam ni. First, kalau aku cari pasal sibuk - sibuk ingat orang yang dah tak ingat aku lagi. Second, kalau aku rasa seorang - seorang sampai handphone tak berdering, message tak masuk atau orang tak cari. Damn, kenapa pathetic sangat hidup aku ni? 

007

 Aku kalau bab puasa memang cekal, tak kiralah dah sampai tahap harus berbuka pun aku still kuat nak berpuasa. Pada aku benda ni senang nak buat, senang nak tinggal jugak. Last aku tinggal puasa masa sekolah rendah. Biasalah masa tu naif lagi, bercinta lagi naif. Puasa ni macam hidup jugak, tunggu punya tunggu bila nak masuk waktu berbuka. Kalau hidup pulak, terpulang kepada kekuatan seseorang sama ada dia nak tunggu seseorang atau teruskan hidup. Faham? To be honest, aku tunggu someone 7 tahun hasilnya takda apa - apa. Hmm.

006

Penyakit tu boleh datang bila - bila je kalau nak datang.. Tension pun boleh dapat penyakit, bayangkanlah.. Dah bayang? Kadangkala aku rasa hidup ini macam adil, kadangkala macam kejam pun ada. Tapi perempuan pada aku selalu tak adil. Maaf sebab bercakap macam ni. Mungkinlah, perempuan - perempuan yang aku kenal cuma nak kenal aku bukan nak tahu tentang aku. Perempuan lain, jangan risau aku tak judgemental. Cuma sedih bila selalu sangat jumpa perempuan macam ni, itu yang sakit. Aku sibuk teringat dia tapi dia langsung buat tak tahu. Damn.

Tuesday, July 10, 2012

005

Banyak perkara yang boleh aku down. Tapi dalam banyak-banyak perkara yang buat aku down itulah yang buat aku kuat. Antaranya mengenangkan seseorang yang langsung tak peduli pasal aku lagi. Aku memang nak dia bahagia tapi aku jadi sengsara. Nak tak nak, kenalah kuat. Habis kuat kenalah telan. Sedih tu memang sedih lah. Tapi baru - baru ni ditambah rasa sedih lagi. Bila aku kabarkan pada seseorang yang aku ni berpenyakit, dia terus blah daripada hidup aku. Nampaknya ada juga perempuan bermulut manis tapi.. Tak mengapa aku maafkan.

004

Disebalik cerita duka yang aku terima, ada juga hikmah yang tersembunyi tapi taklah sampai boleh melegakan hati ni. Keputusan peperiksaan semester lepas dah keluar, syukur aku masih dapat mengekalkan 3 pointer ke atas. Namun kehibaan tentang penyakit aku ni sedikit sebanyak membuatkan aku moral down, tapi aku tahu aku kuat.

003

Aku ni ada sejenis fobia. Kalau nak cakap rasa malu pulak, maklumlah badan je nampak tegap tapi takut darah. Ya, aku ada hemophobia. Aku cerita ni bukan apa cuma nak berkongsi cerita yang hari ni aku kena ambil darah. Ianya bertujuan supaya kerja - kerja pakar boleh dijalankan untuk mengetahui punca aku boleh mendapat penyakit darah tinggi ni. Rasa nak pitam, serius. Jangan gelak, memang aku takut darah.

002

Hari ni aku bangun seawal 5 pagi untuk ke hospital untuk menemui pakar yang akan mengdiagnos apa punca aku dapat penyakit darah tinggi ni. Gementar juga tengok orang keliling semuanya orang yang sudah lanjut usia, rasa macam aku 'peserta' yang paling muda dalam pertandingan orang tua. Tapi malangnya inilah hakikat aku kena terima. Aku dah berpenyakit dan tak akan berkesudahan.

001

Aku sakit. Baru - baru ni doktor telah sahkan aku menghidap penyakit darah tinggi. Hmm. Tapi kes aku ni kira serius sebab aku muda dan doktor cakap jarang pesakit bawah umur 40 tahun akan dapat penyakit ni. Jadi, aku ke hospital membuat rawatan susulan. Bukan satu tapi tiga temujanji dengan pakar. Mengikut fakta, kalau bukan kerana cara permakanan yang tak sihat mungkin disebabkan STRESS. Betul kot.

Thursday, July 5, 2012

Seseorang Yang Sedang Melawan

Assalamualaikum,

Seseorang itu sedang melawan kudratnya, walaupun tubuhnya lemah tidak bermaya namun terus dihentam bertubi - tubi dengan kesengsaraan. Bagaimanapun seseorang itu cekal dan percaya segala kejadian ini adalah kehendak-Nya. Seringkali yang bermain - main dan sering menjadi tanda tanya, mengapa begitu berat dugaan yang dilemparkan? Sungguhpun seseorang itu mampu tersenyum manis, ketawa berdekah.. Tapi rasa itu terus berdarah. Apa pun seseorang itu sedang melawan dan memendam sebuah duka.



Seseorang itu sedang melawan sakitnya, walaupun kelihatan gembira secara zahirnya namun tiada apa lagi yang mahu diharapkan. Takut kecewa, takut menanggung derita, takut luka dan takut yang akan menyakitkan hati serta dirinya lama - lama. Oleh itu rasa sakit yang ditanggung oleh seseorang itu terpaksa dipendam demi mengharapkan cita - cita yang belum lagi tertunai dan kesampaian, untuk menjadi seorang bintang seni. Seseorang itu masih lagi terus melawan.



Seseorang itu memang sedang melawan..



Saturday, June 16, 2012

Seribu Satu Hanya Satu Patah Perkataannya

Assalamualaikum,

"Menulis bila ada rasa, Merasa bila ada pena" - Aziz Hazmi

Inilah takdir yang tertulis dalam hidup,
Biarlah baik mahupun buruk,
Seperti cahaya ada panas ada redup,
Rasa itu keluar dan masuk,
Namun itulah hidup dalam nyata,
Yakinlah ini hanya ujian,
Walaupun tidak akan ada cinta,
Hapuslah dan hilangkan deraian,
Kerana Tuhan sentiasa ada,
Dalam setiap kejadian.

Percayalah dalam hidup ini akan Tuhan gantikan kesedihan itu dalam kegembiraan, bersabarlah dan jangan berharap. Berharap pada sesuatu yang tidak pasti itu akan menimbulkan kerunsingan. Simpanlah rasa cinta kerana akan diberikan kepada mereka yang menghargai dan lebih lagi. Dunia cinta hanyalah khayalan untuk kita semua walaupun ia wujud dalam pandangan majazi ini, walaubagaimanapun pandangan ini yang telah membuatkan kita lupa dan alpa tentang akhirat kelak. Janganlah kita hanyut dengan dunia ini.

Jika sejuk, akan diselimutkan. Jika panas, akan diudarakan, Jika basah, akan dikeringkan. Jika kotor, akan dibersihkan.

Jangan timbul rasa runsing, akan ada rasa cinta.

Saya telah menemui bidadari jelmaan manusia di dunia ini. Sedikit pun saya tidak ada rasa malu, rasa janggal dan tidak ada rasa apa - apa mengenai keburukkannya, cuma yang ada rasa cinta. Oh sungguh terkesima. Saya terkesima dengan perwatakannya. Benarlah awak bidadari yang akhirnya jatuh ke dunia yang lahir tanpa sayap. Walaupun kita dibeza - beza, namun kita tetap sama kerana kita makhluk yang Maha Esa.

"Tuhan, jika dia makhluk yang hampir serupa dengan bidadari ciptaan-Mu, kurniakan dia keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan Engkau matikan aku untuk tersenyum bersama amalan dan puas dengan melihat ciptaan Engkau yang sungguh indah Ya Tuhan".

Dua kali saya jatuh cinta dengan 'bidadari'.. Pertama ketika itu dan kedua hari ini. Seribu satu hanya satu patah perkataan mampu dilafazkan.

SubhanAllah.

Bila saya cuba mengenali seseorang tanpa saya sedari hati ini dup dap dup dap secara tiba - tiba. Tertanya - tanya, mungkinkah si dia ini orang yang saya cari selama ini? Tapi setelah mengetahui hakikat sebenar yang si dia sudah dimiliki, hati saya hancur dan punah sedikit harapan. Namanya saya tahu, asalnya saya tahu namun siapa gerangan dirinya? Bidadari?



Wassalam.




Wednesday, June 13, 2012

Don't Worry Be Happy

Assalamualaikum,

Kata orang kepahitan akan bertukar kepada kemanisan kelak. Benarkah?

Saya cuma nak lihat apa yang bakal berlaku esok, lusa dan tulat hari. Apa yang akan terjadi. Benar, hebat sungguh ujian Yang Maha Esa ini pada saya. Tapi tidak ada yang mustahil, saya akui "Kun Faya Kun" dan tiada apa yang mustahil. Makanya, InsyaAllah kepahitan itu akan bertukar kepada kemanisan..

Tapi bagaimana, wanita idaman saya sudah tidak ada lagi.


Oh, ini dia my favourite girl.

Saya lelaki yang lebih mengutamakan apa yang saya mahukan berbanding apa yang orang lain mahukan pada seseorang perempuan. Apa yang orang lain mahukan, cantik, kurus dan serba sempurna tapi pada saya, saya mahukan seorang perempuan yang memiliki hati yang sempurna. Pada dia saya nampak segalanya, cuma saya tak sepadan untuk menjadi sempurna sesuci hatinya itu. Mungkin kerana itu Tuhan menjauhkan antara saya dan dia. Iringan doa pada arwah ibubapa disusuli dengan doa untuk si dia tidak pernah sesekali saya abaikan. You're my favourite girl.

Bagaimana kalau saya putuskan untuk terus bujang sampai ke nafas yang terakhir? Memang benar manusia dilahirkan secara berpasangan tapi saya serik untuk akui kerana saya sudah letih untuk percaya dan kini saya tidak ada wanita idaman lagi. Sejujurnya. Wanita idaman saya sering meninggalkan saya, mulanya cinta hati Puan Siti Hapiah yang meninggalkan saya pada 2 Oktober 2011, love you ma dan seterus, seterusnya wanita - wanita yang pernah saya gelarkan wanita idaman saya termasuk si dia. Sedih, pilu, luka.


Forever alone? Nampaknya itulah yang wajar digelarkan pada saya. Selama 5 tahun bersendiri, apa lagi yang boleh dianugerahkan kepada saya selain gelaran sedemikian? Saya terima, redha dan pasrah terhadap ketentuan Tuhan. Janganlah nasihati saya, kerana saya masih kuat untuk menerima segala dugaan, tangisan lelaki itu biasa. For myself, don't worry be happy.

Lelaki kuat pun boleh menangis, apatah lagi terluka.


Wassalam.


Sunday, June 10, 2012

Ini Dokumentari Saya, Aziz Hazmi

Assalamualaikum,

Biasanya kita menonton dokumentari yang dilakukan oleh orang lain untuk individu lain, saya lakukan untuk diri sendiri.

Bukan saya nak mati bila saya buat dokumentari sendiri. Saya buat kerana saya cuba 'bangun' daripada kejatuhan dan cuba berkongsi dengan orang luar ada apa dengan saya. Pada saya, saya tidak ada apa - apa. Saya cuma manusia biasa yang melihat kehidupan orang lain, kerana kehidupan orang lain kadang kala itu lebih seronok untuk diterokai berbanding dengan kehidupan saya sendiri. Pasti.

Orang lain mengenali saya melalui video yang didokumentari khas buat Hanis Zalikha oleh saya melalui Ini Vidiyo Saya dan seterusnya video 'melamar' saya tu.. Boleh ke digelar sebagai dokumentari juga? Hmm.. Banyak rasa salah sangka berlaku disini, mungkin salah saya kerana menurut rasa tapi saya tidak sesekali kesalkan dengan apa yang telah berlaku. Perasaan saya dalam dokumentari ini lebih tulus, sayangnya rasa itu hanya mampu ditonton melalui sebuah video. 10 Things I Will Do : The Proposal. 


Pada saya secara peribadinya, bila kita luahkan perkara peribadi pada orang yang melihat, ianya boleh menjadi sesuatu yang baik dan sesuatu yang akan mejatuhkan anda sendiri tapi hakikat sebenar rasa jatuh cinta itu adalah perkara yang nyata dan bukan perkara yang main - main. Melalui dokumentari, kita melihat kitaran hidup sebenarnya. Dari zaman muda remaja hingga tua senja. Apa yang berlaku ketika itu, apa yang sudah belaku itu boleh memberi suatu memori yang tidak akan dilupakan. Sekurang - kurangnya hidup kita ini diberkati.

Tidak kiralah apa pun tujuan sebenar kita buat sesebuah video itu, untuk tontonan umum atau tontonan sendiri itu adalah tujuan mengapa kita buat dan mengapa kita lakukannya dan mengapa pula kita mempertontonkan pada orang luar kerana sesuatu yang kita lakukan pasti ada tujuan, sebab musabab. Manusia ini lebih banyak murainya daripada cuba menjaga mulut mereka, apa lagi menjaga hati orang lain. Mereka akan perlekehkan kewibawaan kamu bila kamu 'sedang' mengaibkan diri kamu untuk dijadikan tontonan. Mereka akan perkatakan apa sahaja yang akan membuatkan kamu menyesal dengan apa yang kamu lakukan tetapi mereka tidak sedar, dalam setiap busuk tindakan manusia itu ada juga gunanya. Gunanya, apabila hidup ini sememangnya putaran dan gelombang. Kelak, kamulah manusia yang bertuah kerana memiliki memori yang orang lain tidak miliki. Melalui rangkap ini, saya tidak memuji diri sendiri cuma saya mahu orang lain melihat kebaikkannya.

Soal murai manusia, saya sentiasa tidak mengendahkan apa yang mereka mahu katakan kerana pada saya sudah semestinya saya mempersilakan apa yang mereka hajatkan. Jangan lawan mulut busuk manusia kerana tiada sebarang faedah yang boleh diperolehi, jadi saya berdiam dan buat apa yang saya mahukan, mudah. X + Y = Z @ Kerja + Bermain = Kejayaan. Ini fomula Albert Einstein, ternyata ia praktikal dan boleh digunapakai. Tapi apa yang saya mahukan tidak selalunya mudah untuk saya perolehi kecuali sentiasa berusaha dan berusaha walaupun berkali - kali kecundang. Kecundang atau gagal ini bukan kamus seorang lelaki yang sentiasa berusaha, pada saya ini adalah hikmah dari Tuhan yang mahukan kita terus kuat menempuh kehidupan ini.

Ini dokumentari saya, ini perihal saya dan ini mahu saya. Bila saya mahu sesuatu saya akan terus berusaha untuk dapatkan, walaupun berulang kali kecewa.. Sakitnya membuatkan saya berhenti untuk menarik nafas sebelum bermula berjalan seperti biasa akibat jatuh selepas berlari deras. Seperti menarik nafas dalam laman sosial, cuba berdiam tenangkan diri dan menjauhi daripada laman online. Mungkin saya lupa, dalam laluan hidup kita ini walaupun jalannya kelihatan rata tapi lubang dan simpang yang berada pada laluan itu kita sentiasa terlupa. Biasalah. Bila saya katakan ini dokumentari saya, maka niat sebenarnya saya mahu memperkenalkan diri saya pada kamu supaya kamu hadam dengan apa yang saya lakukan. Lebih jelas cuba sekali untuk mengenali saya, tidak banyak sedikit pun jadilah. Walaupun berjauhan, dihati ini ada kamu.

Cuma dari jauh saya lafazkan. Selamat Hari Lahir duhai June.


Wassalam.



Thursday, May 31, 2012

Duduk Mati, Berdiri Mati, Serba Mati

Assalamualaikum,

Bicara tentang kehilangan saya alam maya beberapa minggu ini menimbulkan tanda tanya.. Namun demikian, kita lupakan sahaja untuk berbicara tentangnya. Saya sudah mulai bosan dengan laman sosial, entah.

Duduk mati, berdiri mati, serba mati.

Saya lelaki yang jujur tapi naif - Saya mungkin lelaki yang dungu yang boleh suarakan apa yang tersirat dihati pada orang lain, lebih jelas meluahkan isi hati pada orang yang saya mulai percaya. Tapi bukan senang - senang untuk saya luahkan kecuali apabila hati ini berkata orang itu boleh dipercayai. Sejujurnya sayalah lelaki yang cuba untuk jujur semenjak kedua ibubapa saya telah kembali ke rahmatullah. Saya cuba menjadi sebaik mungkin dan sejujur yang boleh. Saya jujur pada diri, saya jujur pada orang lain dan adakala mahu berbohong.. Ahhh dah bercanggah dengan sikap yang saya mahukan, jadi saya 'terpaksa' jujur. Jujur ini sikapnya datang dari hati, itulah yang saya terapkan sikit demi sedikit dan saya 'terikat' untuk jujur. Keadaan seperti terpaksa tapi jangan salah tafsiran pula ini adalah latihan yang saya lakukan untuk melakukan perubahan dalam hidup saya. Saya benar - benar mahu jujur. Adakala kita terpaksa berbohong untuk menyelamatkan diri sendiri, tapi saya sudah tidak mahu itu kerana saya mahu untuk terus jujur. Kerana itu saya gelarkan diri saya ini jujur tapi naif. Kerana jujurlah saya berani meluahkan apa yang terpendam di dalam lubuk sanubari. Saya sayang awak. Salahkah saya jujur? Apa dunia ini perlu ada lelaki sedikit jujur dan sedikit jahat? Bila lelaki jujur, dikatakan terlalu baik. Bila lelaki jahat, dikatakan terlalu menarik. Hakikatnya? Bila lelaki berlaku curang, dikatakan lelaki itu tidak jujur. Bila lelaki itu jujur, dikatakan lelaki itu tidak menarik dan tidak ada warna. Awak si perempuan, mana iktikad awak, mana satu yang awak mahukan dari saya si lelaki ini? Saya tidak salahkan awak si perempuan, kerana awak dan kaum perempuan awaklah sebenarnya yang mengawal lelaki sungguhpun kami si lelaki ini dijadikan khalifah di muka bumi Tuhan ini. Cuma saya mahu, bertimbang rasalah kerana lelaki dungu dan jujur macam kami ini jangan diketepikan.

Duduk mati, berdiri mati, serba mati.

Saya menangis alam yang peduli - Saya lelaki yang 'keras' pada luarannya namun lembut dijiwanya. Tatkala memandu pulang dari tempat pengajian ke rumah, sengaja disunyikan suasana walaupun jelas keriuhan bunyi kenderaan dijalan raya walaupun sudah larut malam. Begitulah rutin harian yang ditempuhi saya. Radio dan mp3 yang masih berfungsi sengaja disenyapkan, sengaja mahu mendengar suara alam secara semulajadi ataupun buatan manusia itu sendiri. Dalam kesibukan suasana, airmata ini mengalir. Entah apa yang difikirkan, tiba - tiba deraian ini mengalir dan mengalir. Sunyi agaknya, kosong agaknya jiwa ini. Hmm, patutlah. Setelah arwah mama meninggalkan saya sekeluarga, saya terasa macam.. Saya kehilangan seorang perempuan yang banyak memberi inspirasi dalam hidup saya namun tidak terganti tidak ada taranya kasih seorang perempuan ini. Saya rindu semua tentangnya, dia kekasih pertama saya. Namun jelas, saya menangis alam yang mahu peduli yang mahu tahu keluh kesah hati ini kerana kesunyian itu muncul bila deraian ini berlabuh dipipi dan seolah - olah 'suara' alam itu 'menyanyi' dalam sepi. Tidak ada siapa mahu tahu apa yang saya rasa, kesedihan yang saya rasa kerana saya cuba berdisiplin untuk kekalkan lagak gaya seperti lelaki yang sudah matang menuju arah hidupnya. Ya, saya lelaki matang tapi lembut hatinya. Ya, saya lelaki garang tapi sedang sorokkan taringnya. Ya, saya lelaki tapi seorang anak yang menangis tanpa ibunya. Ya, saya lelaki tapi seorang lelaki tewas dalam percintaannya.

Duduk mati, berdiri mati, serba mati.

Saya sudah tidak berpunya gadis idaman - Saya lelaki yang gagal tetapi kuat semangatnya. Cinta itu subjektif, manusia itu objektif. Ada ketika awak si perempuan tidak kisah bagaimana saya si lelaki, dari aspek rupanya, fizikalnya dan sebagainya. Ada ketika awak si perempuan peduli bagaimana saya si lelaki ini. Cinta sebenar datangnya dari naluri dan pendapat hati individu itu sendiri. Namun apa yang dikesalkan, pilihan yang dilakukan oleh awak si perempuan membuatkan saya si lelaki ini menahan rasa dan kecewa serta menimbulkan tanda tanya.. Apa yang kurangnya saya? Seperti yang saya katakan, walaupun saya si lelaki dijadikan khalifah di muka bumi Tuhan ini namun yang sebenarnya berkuasa di muka bumi ini adalah kaum - kaum awak si perempuan. Awak yang mengawal dan memilih dengan siapa yang harus awak si perempuan patut bersama. Sebuah kerajaan unggul boleh jatuh kerana seorang perempuan, ini pula seorang lelaki tanpa seorang perempuan idamannya? Fikirkan. Saya si lelaki sudah memilih awak si perempuan sebagai perempuan idaman, saya sedar yang saya tidak boleh memilih kerana saya tidak ada hak sebagaimana awak memiliki hak mutlak namun saya cuba melawan hukum alam dan akhirnya saya tersilap langkah. Telahan saya jauh tersasar. Berkali - kali saya idamkan 'hawa' untuk dijadikan idaman qalbu tapi berkali - kali saya dipanah tepat ke jantung. Sakitnya bukan kepalang, airmata mencurah - curah. Saya si lelaki tidak pernah salahkan awak si perempuan dan kaum - kaum awak, tapi saya kesal kerana kuasa memilih bagi seorang lelaki itu berpindah milik pada seorang perempuan dan akhirnya pemilihan itu sentiasa ada kesangsian dimana penceraian, perpisahan akan berlaku. Saya tidak menyalahkan kuasa memilih itu berpindah milik, mungkin perkara sama akan berlaku sekiranya saya dan kaum - kaum saya memiliki kuasa tersebut. Namun yang sebenar - benarnya setiap kejadian itu milik Tuhan dan bukan kita si manusia. Saya sudah tidak berpunya gadis idaman lagi, kerana saya mahu hidup seorang diri takut disakiti dan dikecewakan moleklah berundur diri. Saya lelaki yang lurus dan akan ikut kata hati.

Duduk mati, berdiri mati, serba mati.

Apa yang diluahkan di atas cuma sebahagian daripada apa yang dirasa dan dikongsi pada kalian. Mungkin saya bukanlah yang ahli untuk mensahihkan kebenaran tentang apa yang telah dipenakan dalam diari maya ini, tapi ini adalah dari sudut pandangan seseorang (saya) yang sudah merasai apa yang telah dirasai. Mungkin jawapan untuk kehilangan di laman sosial itu adalah, "saya sedang berfikir untuk tindakan lanjut".



Ini adalah gambar terbaru, berjanggut dan bermisai semuanya asli. Berat 7kg sudah diturunkan, rahsianya senaman dan tidak selera makan rasanya.
 

'Jiwa' kini diserah untuk  Panglima Tempurung Gemeratukan. Selepas itu saya fikirkan untuk diserahkan pada siapa. 


Ahli keluarga saya tidak pernah datang untuk menonton saya bermain teater, mereka cuma memberi sokongan 100% dari rumah. Ia memadai sebenarnya tapi ada juga rasa teringin melihat keluarga untuk datang menonton. Sebak bila melihat orang lain berpeluang menjemput keluarga mereka.. Tapi tidak mengapa. Kekasih tidak akan pernah datang, kerana 5 tahun keseorangan. Jika kalian kawan saya jemputlah datang, datang sebagai keluarga saya. Saksikan trailer itu dulu. Bertempat di Panggung Eksperimental Aswara, bermula pada 31 Mei, 1 & 2 Jun pada jam 8.00 malam. Dapatkan tiket di kaunter.

Sekian luluhan hati dan perkembangan diri.
Wassalam.



Tuesday, May 8, 2012

Mayniversary

Assalamualaikum,

Dear May, be good, be kind, be something.
Because i just don't want to miss a thing.
Everything about you.

Yours Sincerely.


Sunday, May 6, 2012

Patutlah.. Pukul 3.45 Pagi

Assalamualaikum,

Badan kepanasan, lalu saya mandi dan pada ketika itu hari sudah menjengah dinihari. Saya ini memang selalu mandi malam (paru - paru berair lah alamatnya) tapi itu yang sentiasa menyegarkan sebelum tidur. Tapi perkataan selalu terjadi bila badan panas sahaja, ok? Aha.

Ok, esok kelas lambat jadi saya memilih untuk mengisi masa dengan membuat vlog. Ehem, bukan untuk tontonan umum sebenarnya tapi sekadar mengisi masa. Bateri kamera DSLR saya dah penuh, memori pun banyak kosong dan saya bersedia untuk menjahanamkannya sekarang. Saya memilih untuk membuat rakaman di rumah seorang jiran, dia lelaki dan bujang. Saya membuat rakaman di dalam bilik tidurnya dan dia diluar sedang menonton perlawanan bolasepak 'live' pasukan Real Madrid. Ok bermulalah, Bismillah..

Rakaman pertama ok, tepat 20 minit kamera padam sendiri. Rakaman kedua ok juga, tepat 20 minit kamera padam sendiri. Rakaman ketiga, tak ok! Baru 4 minit, kamera padam sendiri. Tengok memori banyak, bateri ada lagi.. Hmm panas? Tak mungkin. Cuba untuk kali keempat, tepat 1.35 minit kamera padam sendiri. Saya cuba memeriksa keadaan kamera seperti tadi, masih ok tapi kenapa? Untuk terakhir kali, kali kelima tepat 1.15 minit kamera padam dan kali ini saya memilih untuk melihat visual. Saya 'play' video berkenaan, tapi tidak ada apa - apa yang berlaku cuma agak hairan.. Kedudukan kamera yang statik, macam mana boleh kamera bergegar - gegar? Ini yang berlegar - legar dikepala saya, sebaik rakaman itu tamat tiba - tiba bulu roma tangan kanan saya menegak.. Alamak!

Ok, saya mula mengemas dan cuba keluar daripada bilik berkenaan. Selak pintu dah dibuka dan sekarang kenapa pintu tak terbuka? Nak main - main sungguh! Bila saya terpana pada jam saya, saya dah mendapat jawapan. "Oh patutlah, dah pukul 3.45 pagi.. Ada 'orang' nak main - main lah tu!", nasib baiklah saya ini kuat semangat. Bila dah dapat jawapan terus pintu boleh buka dan kemudian saya bercerita pada teman saya tadi, dia hanya mentertawakan sahaja. Kejam ohhh. Rupanya dia cakap rumah dia memang ada 'orang tua' yang suka main - main. Haha, damn yuhhhh! Tapi macam mana dia begitu berani, ini jawapannya kerana dia dah tinggal di rumah tu sudah hampir 7 tahun. Hmm no wonderlah.


Seronok sungguh pengalaman malam tu, tapi ini kali kedua saya kena kacau. Nanti saya cerita kali pertama saya kena kacau. Seronok kan? Hahaha.

Nasib saya sedikit berani, nasib!


Wednesday, May 2, 2012

Pujaanku

Assalamualaikum,

Kamu bungaku,
Kamu jiwaku,
Kamu arahku,
Kamu ketetapanku,
Kamu bebayangku,
Kamu warnaku,
Kamu pujaanku,
Kamu mamaku,
Kamu papaku,
Kamu duniaku,
Kamu syurgaku,
Nanti.

Kau kawanku,
Kau sahabatku,
Kau airmataku,
Kau cintaku,
Kau kekasihku,
Kau rusuk kiriku,
Kau anugerahku,
Kau isteriku,
Nanti.

Aku menerobos malam gelap,
Aku menerjang kabus malap,
Aku menterjemah sesebuah sikap,
Aku mendefinisikan rasa yang perlu didakap,
Aku mencari sebuah hidup yang lengkap,
Nanti.

Sebelum ia sampai, biarlah semuanya di angan - angankan. Jangan bimbang, pujaanku.
Ya, pujaanku.

Thursday, April 12, 2012

Dikabarkan Seorang Lelaki Sedang Melacur Rupanya Untuk Tatapan Umum

Assalamualaikum,

"Berita gempar! Seorang lelaki yang dipercayai telah mengada - ngadakan cerita tentang dirinya. Beliau dikatakan mengalami satu sindrom "prasangka perasantan - tan" iaitu penyakit yang jarang - jarang di alami oleh segelintir lelaki. Berita baru diterima, penyakit ini rupanya adalah penyakit lelaki yang cuba - cuba melacur rupanya supaya mendapat perhatian seperti perhatian yang telah diterima oleh "blogger perempuan".. Eh?! Maaf tersalah maklumat.."


Adakah begini yang kita mahukan untuk mendapat perhatian? Baiklah, pertimbangkan situasi ini..

Situasi 1 :

Lelaki : Apa yang membuatkan awak selesa?
Perempuan : Cukuplah kalau diberi PERHATIAN daripada awak.. Tersipu malu.
Lelaki : Selain PERHATIAN yang saya berikan?
Perempuan : Mungkin kejujuran awak dan awak boleh meluangkan masa awak untuk saya?
Lelaki : Oh maksudnya PERHATIAN saya sepenuhnya lah?
Perempuan : Agaknya?.. Hehe.

Situasi 2 :

Lelaki : Saya nak merajuk lah!
Perempuan : Eeee.. Mengada tau dia ni.. Malas nak pujuk..
Lelaki : Tak kisah.. Eh, saya nak balik lah.. Penat, hmm.
Perempuan : Kan awak yang ajak saya keluar, ni nak balik dah.. Yelah, yelah.. Love you!
Lelaki : Jom makan? Lapar pulak..
Perempuan : Saja nak PERHATIAN lah tu.. Ngada! Wekk.

Apa yang saya gambarkan perkara di atas adalah situasi yang lebih kurang menjurus kepada 'pelacuran' dan perhatian walaupun apa yang dikabarkan oleh saya ini tidak serupa dengan situasinya.. Maaf, pelacuran rupa yang saya maksudkan dan sudah menjadi kebiasaan saya dan bloggers lain cuba sampaikan dan kongsikan kepada followers dan pembaca setia masing - masing melalui beberapa kepingan gambar untuk diletakkan di blog. Eh, janganlah disalah ertikan apa yang cuba disampaikan oleh saya. Baca dengan perlahan - lahan dan jangan begitu lahap untuk menerjang (kebiasaanya kita sentiasa berprasangka). Jelas?

Point saya disini mudah untuk difahami sebenarnya, apakah seorang blogger semestinya menarik perhatian pembacanya dengan gambar yang cantik - cantik, kacak - kacak tentang dirinya, headline blog yang pum pam pum pam (Faham maksud saya? Contohnya, "Hah! Aziz Hazmi Gayy?".. Ok itu contoh ya.. Haha), so faham maksud saya pum pam pum pam? Sebenarnya kita semua menjadi haloba bila berbicara tentang perihal masing - masing untuk mendapatkan perhatian.. Kalau saya salah sangkal sahaja, saya berfikiran terbuka dan tidak berniat menunding jari pada sesiapa. Ini cuma pendapat saya, ingat saya juga blogger tapi yang tidak famous. :)

Eh saya cuba mendapatkan PERHATIAN juga? Eh?..









Ok, ini terlebih PERHATIAN sangat. Peace. 

Rupanya perkabaran seorang lelaki yang cuba melacur rupanya itu benar. Ini adalah sebuah penulisan pena maya tapi sebuah sinikal jua barangkali. Iktibar, kita belajar daripada iktibar. Nak ambil kita ambil, nak kritik kita kritik itu sebabnya kita miliki hak. 

Peace, ingat kata saya.. "Ini sebuah penulisan pena maya tapi sebuah sinikal"

Aha. :)





Bicara Sama Bulan Tapi Angan - Angan Yang Jawab

Assalamualaikum,

Pernah tanya sama bulan? Apa jawabnya pada kamu? ....Tiada apa - apa? Kamu tersilap, mungkin bintang yang menjawab pertanyaan kamu tadi. Janganlah begitu hampa, setiap pertanyaan pasti ada jawabnya. Kalau kita tanya ayah mesti ayah jawab, kalau kita tanya ibu mesti ibu jawab, kalau kita tanya abang dan kakak mesti abang dan kakak jawab. Kan? Lainlah saya, kalau saya nak tanya ayah ibu mesti abang dan kakak yang akan jawab.. Sebab arwah papa dan mama sudah tiada lagi.. Tapi saya tak sesekali hampa, sebab saya sedar kekuatan itu ada, kamu pun harus memilikinya.

Saya pernah tanya sama bulan, apakah wanita idaman itu akan muncul kalau saya bangun esok pagi? Hmmm. Senyap, sunyi yang ada cuma suara alam. Mungkin itu soalan yang paling bodoh, agaknya.

"Kita harus tahu dimana tahap dan peringkat kita berdiri. Kita harus rasional dan sedar diri" - Aziz Hazmi.







Itulah bila saya tanya pada bulan, barulah saya sedar angan - angan saya yang menjawabnya. Benar dia angan - angan, dulu dan suatu ketika. 


Monday, March 26, 2012

Kalau Sepi Ada Orang Peduli?

Assalamualaikum,

Lama tidak menyusun kata, lama tidak menekan keletak keletuk papan kekunci di meja diskusi ini. Menyusun kata, takut ada orang tidak berani nak menjamah kerana takut kata - kata saya ini tidaklah rangup untuk dihadam. Bukanlah untuk bermadah meluahkan rasa cuma menyampaikan berita, kot kalau - kalau ada yang masih memberi perhatian pada saya lagi. Ada? Alhamdulillah. Maklumlah ketika saya naik ke mercu tatkala vidiyo buat Cik Hanis Zalikha menjadi bualan di internet, saya dicari - cari oleh si polan - polan yang ingin berkenalan dengan saya. Takutlah mula - mula mencari, kini sunyi sepi tidak peduli.

Saya masih disini, cuma sibukkan diri untuk hidup sebelum sibukkan diri untuk mati. Kalaulah saya diam - diam, sibuk - sibuklah bertanya. Sebelum soalan dikemuka, saya sudah bertanya kot - kot kalau sepi ada orang peduli?

P.S. Cuma mahu bertanya kabar Hanis Zalikha dan Fatin Liyana. Pejam celik, sudah 2 tahun saya buat kerja gila.

Sunday, January 15, 2012

Di Landasan

Assalamualaikum,

First of all, this is my very first entry for this year. Thanks cause keep on supporting me. Thank you my AHmazingFriends. Ok, what's up? Aha. Here is my latest story, check it out.. Btw, happy belated new year then.


Hmm,
Janggal rasanya nak menulis, setelah lama tak menulis apa - apa. Ok, begini. Landasan saya dalam bidang lakonan tidaklah sehangat seperti pelakon - pelakon lain yang meningkat naik tetapi syukur Alhamdulillah, saya masih di landasan yang sempurna. Itu yang lebih penting, mungkin rezekinya bakal muncul dalam tahun 2012 ini, siapa tahu. Bukan populariti yang dicari tetapi integriti dalam setiap perkara yang dilakukan. Ikhlas, untuk lebih jelas yang paling penting mencari rezeki yang halal dan mengejar minat yang mendalam.

Dengan sokongan moral daripada AHmazingFriends, saya yakin dengan setiap puji-pujian kalian harus dibayar. Dibayar dengan, kejujuran, keikhlasan saya untuk memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan. Maklumlah saya memilih kehidupan sebagai pameran untuk khalayak, setiap penonton yang menonton harus dibayar dengan kepuasan. Maka dengan itu, itulah visi, misi saya sejak daripada mula menceburi diri dalam bidang lakonan ini. Semoga angan-angan kecil ini dibayar dengan rasa kepuasan untuk diri sendiri dan orang lain juga. InsyaAllah.




Laluan pada tahun 2009 - 2012, InsyaAllah ada lagi bakal menyusul.



Majalah Media Hiburan 21 - 27 Januari 2012
Ruangan Remaja Pilihan Media Hiburan.


Music Video "Mesti Ada Cinta" 2012
Artis Akim AF7 & Fiq Mentor
Watak sebagai Mat Rempit/Perogol



Music Video "Awan Nano" 2011
Artis Hafiz AF7
Watak sebagai Budak Nakal/Kawan Hafiz


Short Film "Escape" (48 hour KL Film Project 2011)
Memenangi anugerah "The Best Use of Character 2011"
Watak sebagai Adi Aziz/Pemain Bola/ Psiko



Iklan "DiGi Super Buddyz, Cekidaut 2011"
Watak sebagai P. Ramlee/Main Talent


Majalah Maskulin Edisi May 2009


Pencarian Remaja Berbakat Media Hiburan 2009
Top 25


Drama "Sepuluh (8 Episod)" untuk Astro Citra 2009
Watak sebagai Fuad/Budak sekolah.

Ini adalah sebahagian lakonan komersial yang pernah dilakonkan oleh saya dan mungkin sebahagian lagi akan menyusul serta menyelinap ke dalam landasan 2012 ini serta seterusnya. Siapa tahu, kalau ada rezeki Allah SWT nak beri. Semoga perjalanan hidup ini dipermudahkan dan diredhai. Amin Ya Allah. Saya tak mohon lebih, semoga segalanya diperkenankan dalam perjalanan hidup saya penuh liku - liku ini. Kalau benarlah bak kata pepatah, bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.


Apa pun saya lakukan bukan kerana balasan dan populariti, tetapi sebagai tanda mengejar matahari di siang hari dan mengejar bulan di malam hari. Semoga menjadi realiti dan cita - cita serta mimpi ini jadi nyata.

2012, tunggu!

*14 Januari 2012, tayangan eksklusif Music Video "Mesti Ada Cinta" di Astro Ria, 104 pada jam 10 malam.
*15 Januari 2012, tayangan drama "Sepuluh The Movie" di Astro Citra, 131 pada jam 10 malam.

Wassalam.