Nuffnang Ads

Sunday, June 10, 2012

Ini Dokumentari Saya, Aziz Hazmi

Assalamualaikum,

Biasanya kita menonton dokumentari yang dilakukan oleh orang lain untuk individu lain, saya lakukan untuk diri sendiri.

Bukan saya nak mati bila saya buat dokumentari sendiri. Saya buat kerana saya cuba 'bangun' daripada kejatuhan dan cuba berkongsi dengan orang luar ada apa dengan saya. Pada saya, saya tidak ada apa - apa. Saya cuma manusia biasa yang melihat kehidupan orang lain, kerana kehidupan orang lain kadang kala itu lebih seronok untuk diterokai berbanding dengan kehidupan saya sendiri. Pasti.

Orang lain mengenali saya melalui video yang didokumentari khas buat Hanis Zalikha oleh saya melalui Ini Vidiyo Saya dan seterusnya video 'melamar' saya tu.. Boleh ke digelar sebagai dokumentari juga? Hmm.. Banyak rasa salah sangka berlaku disini, mungkin salah saya kerana menurut rasa tapi saya tidak sesekali kesalkan dengan apa yang telah berlaku. Perasaan saya dalam dokumentari ini lebih tulus, sayangnya rasa itu hanya mampu ditonton melalui sebuah video. 10 Things I Will Do : The Proposal. 


Pada saya secara peribadinya, bila kita luahkan perkara peribadi pada orang yang melihat, ianya boleh menjadi sesuatu yang baik dan sesuatu yang akan mejatuhkan anda sendiri tapi hakikat sebenar rasa jatuh cinta itu adalah perkara yang nyata dan bukan perkara yang main - main. Melalui dokumentari, kita melihat kitaran hidup sebenarnya. Dari zaman muda remaja hingga tua senja. Apa yang berlaku ketika itu, apa yang sudah belaku itu boleh memberi suatu memori yang tidak akan dilupakan. Sekurang - kurangnya hidup kita ini diberkati.

Tidak kiralah apa pun tujuan sebenar kita buat sesebuah video itu, untuk tontonan umum atau tontonan sendiri itu adalah tujuan mengapa kita buat dan mengapa kita lakukannya dan mengapa pula kita mempertontonkan pada orang luar kerana sesuatu yang kita lakukan pasti ada tujuan, sebab musabab. Manusia ini lebih banyak murainya daripada cuba menjaga mulut mereka, apa lagi menjaga hati orang lain. Mereka akan perlekehkan kewibawaan kamu bila kamu 'sedang' mengaibkan diri kamu untuk dijadikan tontonan. Mereka akan perkatakan apa sahaja yang akan membuatkan kamu menyesal dengan apa yang kamu lakukan tetapi mereka tidak sedar, dalam setiap busuk tindakan manusia itu ada juga gunanya. Gunanya, apabila hidup ini sememangnya putaran dan gelombang. Kelak, kamulah manusia yang bertuah kerana memiliki memori yang orang lain tidak miliki. Melalui rangkap ini, saya tidak memuji diri sendiri cuma saya mahu orang lain melihat kebaikkannya.

Soal murai manusia, saya sentiasa tidak mengendahkan apa yang mereka mahu katakan kerana pada saya sudah semestinya saya mempersilakan apa yang mereka hajatkan. Jangan lawan mulut busuk manusia kerana tiada sebarang faedah yang boleh diperolehi, jadi saya berdiam dan buat apa yang saya mahukan, mudah. X + Y = Z @ Kerja + Bermain = Kejayaan. Ini fomula Albert Einstein, ternyata ia praktikal dan boleh digunapakai. Tapi apa yang saya mahukan tidak selalunya mudah untuk saya perolehi kecuali sentiasa berusaha dan berusaha walaupun berkali - kali kecundang. Kecundang atau gagal ini bukan kamus seorang lelaki yang sentiasa berusaha, pada saya ini adalah hikmah dari Tuhan yang mahukan kita terus kuat menempuh kehidupan ini.

Ini dokumentari saya, ini perihal saya dan ini mahu saya. Bila saya mahu sesuatu saya akan terus berusaha untuk dapatkan, walaupun berulang kali kecewa.. Sakitnya membuatkan saya berhenti untuk menarik nafas sebelum bermula berjalan seperti biasa akibat jatuh selepas berlari deras. Seperti menarik nafas dalam laman sosial, cuba berdiam tenangkan diri dan menjauhi daripada laman online. Mungkin saya lupa, dalam laluan hidup kita ini walaupun jalannya kelihatan rata tapi lubang dan simpang yang berada pada laluan itu kita sentiasa terlupa. Biasalah. Bila saya katakan ini dokumentari saya, maka niat sebenarnya saya mahu memperkenalkan diri saya pada kamu supaya kamu hadam dengan apa yang saya lakukan. Lebih jelas cuba sekali untuk mengenali saya, tidak banyak sedikit pun jadilah. Walaupun berjauhan, dihati ini ada kamu.

Cuma dari jauh saya lafazkan. Selamat Hari Lahir duhai June.


Wassalam.



No comments:

Post a Comment