Nuffnang Ads

Saturday, June 16, 2012

Seribu Satu Hanya Satu Patah Perkataannya

Assalamualaikum,

"Menulis bila ada rasa, Merasa bila ada pena" - Aziz Hazmi

Inilah takdir yang tertulis dalam hidup,
Biarlah baik mahupun buruk,
Seperti cahaya ada panas ada redup,
Rasa itu keluar dan masuk,
Namun itulah hidup dalam nyata,
Yakinlah ini hanya ujian,
Walaupun tidak akan ada cinta,
Hapuslah dan hilangkan deraian,
Kerana Tuhan sentiasa ada,
Dalam setiap kejadian.

Percayalah dalam hidup ini akan Tuhan gantikan kesedihan itu dalam kegembiraan, bersabarlah dan jangan berharap. Berharap pada sesuatu yang tidak pasti itu akan menimbulkan kerunsingan. Simpanlah rasa cinta kerana akan diberikan kepada mereka yang menghargai dan lebih lagi. Dunia cinta hanyalah khayalan untuk kita semua walaupun ia wujud dalam pandangan majazi ini, walaubagaimanapun pandangan ini yang telah membuatkan kita lupa dan alpa tentang akhirat kelak. Janganlah kita hanyut dengan dunia ini.

Jika sejuk, akan diselimutkan. Jika panas, akan diudarakan, Jika basah, akan dikeringkan. Jika kotor, akan dibersihkan.

Jangan timbul rasa runsing, akan ada rasa cinta.

Saya telah menemui bidadari jelmaan manusia di dunia ini. Sedikit pun saya tidak ada rasa malu, rasa janggal dan tidak ada rasa apa - apa mengenai keburukkannya, cuma yang ada rasa cinta. Oh sungguh terkesima. Saya terkesima dengan perwatakannya. Benarlah awak bidadari yang akhirnya jatuh ke dunia yang lahir tanpa sayap. Walaupun kita dibeza - beza, namun kita tetap sama kerana kita makhluk yang Maha Esa.

"Tuhan, jika dia makhluk yang hampir serupa dengan bidadari ciptaan-Mu, kurniakan dia keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan Engkau matikan aku untuk tersenyum bersama amalan dan puas dengan melihat ciptaan Engkau yang sungguh indah Ya Tuhan".

Dua kali saya jatuh cinta dengan 'bidadari'.. Pertama ketika itu dan kedua hari ini. Seribu satu hanya satu patah perkataan mampu dilafazkan.

SubhanAllah.

Bila saya cuba mengenali seseorang tanpa saya sedari hati ini dup dap dup dap secara tiba - tiba. Tertanya - tanya, mungkinkah si dia ini orang yang saya cari selama ini? Tapi setelah mengetahui hakikat sebenar yang si dia sudah dimiliki, hati saya hancur dan punah sedikit harapan. Namanya saya tahu, asalnya saya tahu namun siapa gerangan dirinya? Bidadari?



Wassalam.




2 comments: