Nuffnang Ads

Monday, December 17, 2012

Walaupun Tertulis

Assalamualaikum,

Sudah lama 'asyik' dengan mengejar cita - cita jadi hampir terlupa apa yang sedang dikendong. Lama tak menjengah apa yang sepatutnya dijengah akibat sibuk dengan cita - cita. Belum lagi masuk ceritera cinta, parah. Followers blog kian bertambah, Alhamdulillah. Terima kasih followers, ini blog biasa.

Saya akui sedang rindu. Rindu pada arwah mama dan papa serta kawan - kawan yang turut serta menemui Ilahi. Untungnya pergi sebelum kiamat tiba, kata orang zaman ini adalah penghujung zaman keempat. Tahu zaman apa? Ingat tak, Nabi Muhammad pernah cakap selepas dia wafat hanya akan ada lima zaman je, jadi kita dipenghujung zaman keempat. Renungkan. Apa pun, teruskan kehidupan, keyakinan kepada Allah. Jangan putus asa, berusahalah untuk kehidupan kita di alam fana dan akhirat sana, InsyaAllah semuanya ok!

Saya akui sedang rindu pada seseorang yang telah lama saya 'tinggalkan' seketika dalam pemikiran ini. Bukan kehendak saya tapi kehendaknya, mungkin perlu kerana itulah permintaannya. Naluri wanita selembut sutera, jadi saya harus menghormati permintaannya tapi si dia harus tahu bahawa berdepan dengan lelaki susah berputus asa ini, mungkin akan meninggalkan sesuatu dalam kocek fikirannya kelak. Mungkin. Rasa terlebih rindu ini tak wajar untuk dikendong oleh saya seorang, andai dapat dibebani bersama ternyata lebih indah. Hmm angan sentiasa tak sudah. Begitulah terlalu sayang sehinggalah diri ini sentiasa berciciran rasa terbeban.

Saya seorang lelaki yang berpegang dengan satu prinsip, jangan sesekali putus asa walaupun ia sudah tertulis.  Mengapa jadi begini, inilah nasib saya dan saya mahu mencorakkannya begini. Dalam lakonan, fokus diperlukan untuk seorang aktor itu bekerja dengan lakonannya. Begitu juga kehidupan, fokus pun penting bagi menentukan kita ditahap mana dalam mencorakkan kehidupan. Kalau kita fokus untuk berjaya, nescaya kita berjaya atas izin-Nya.

Setelah sekian lama menyepi, saya bercadang membuat sesuatu lagi.
Teruskan mengikuti ceritanya.

No comments:

Post a Comment