Nuffnang Ads

Saturday, June 16, 2012

Seribu Satu Hanya Satu Patah Perkataannya

Assalamualaikum,

"Menulis bila ada rasa, Merasa bila ada pena" - Aziz Hazmi

Inilah takdir yang tertulis dalam hidup,
Biarlah baik mahupun buruk,
Seperti cahaya ada panas ada redup,
Rasa itu keluar dan masuk,
Namun itulah hidup dalam nyata,
Yakinlah ini hanya ujian,
Walaupun tidak akan ada cinta,
Hapuslah dan hilangkan deraian,
Kerana Tuhan sentiasa ada,
Dalam setiap kejadian.

Percayalah dalam hidup ini akan Tuhan gantikan kesedihan itu dalam kegembiraan, bersabarlah dan jangan berharap. Berharap pada sesuatu yang tidak pasti itu akan menimbulkan kerunsingan. Simpanlah rasa cinta kerana akan diberikan kepada mereka yang menghargai dan lebih lagi. Dunia cinta hanyalah khayalan untuk kita semua walaupun ia wujud dalam pandangan majazi ini, walaubagaimanapun pandangan ini yang telah membuatkan kita lupa dan alpa tentang akhirat kelak. Janganlah kita hanyut dengan dunia ini.

Jika sejuk, akan diselimutkan. Jika panas, akan diudarakan, Jika basah, akan dikeringkan. Jika kotor, akan dibersihkan.

Jangan timbul rasa runsing, akan ada rasa cinta.

Saya telah menemui bidadari jelmaan manusia di dunia ini. Sedikit pun saya tidak ada rasa malu, rasa janggal dan tidak ada rasa apa - apa mengenai keburukkannya, cuma yang ada rasa cinta. Oh sungguh terkesima. Saya terkesima dengan perwatakannya. Benarlah awak bidadari yang akhirnya jatuh ke dunia yang lahir tanpa sayap. Walaupun kita dibeza - beza, namun kita tetap sama kerana kita makhluk yang Maha Esa.

"Tuhan, jika dia makhluk yang hampir serupa dengan bidadari ciptaan-Mu, kurniakan dia keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan Engkau matikan aku untuk tersenyum bersama amalan dan puas dengan melihat ciptaan Engkau yang sungguh indah Ya Tuhan".

Dua kali saya jatuh cinta dengan 'bidadari'.. Pertama ketika itu dan kedua hari ini. Seribu satu hanya satu patah perkataan mampu dilafazkan.

SubhanAllah.

Bila saya cuba mengenali seseorang tanpa saya sedari hati ini dup dap dup dap secara tiba - tiba. Tertanya - tanya, mungkinkah si dia ini orang yang saya cari selama ini? Tapi setelah mengetahui hakikat sebenar yang si dia sudah dimiliki, hati saya hancur dan punah sedikit harapan. Namanya saya tahu, asalnya saya tahu namun siapa gerangan dirinya? Bidadari?



Wassalam.




Wednesday, June 13, 2012

Don't Worry Be Happy

Assalamualaikum,

Kata orang kepahitan akan bertukar kepada kemanisan kelak. Benarkah?

Saya cuma nak lihat apa yang bakal berlaku esok, lusa dan tulat hari. Apa yang akan terjadi. Benar, hebat sungguh ujian Yang Maha Esa ini pada saya. Tapi tidak ada yang mustahil, saya akui "Kun Faya Kun" dan tiada apa yang mustahil. Makanya, InsyaAllah kepahitan itu akan bertukar kepada kemanisan..

Tapi bagaimana, wanita idaman saya sudah tidak ada lagi.


Oh, ini dia my favourite girl.

Saya lelaki yang lebih mengutamakan apa yang saya mahukan berbanding apa yang orang lain mahukan pada seseorang perempuan. Apa yang orang lain mahukan, cantik, kurus dan serba sempurna tapi pada saya, saya mahukan seorang perempuan yang memiliki hati yang sempurna. Pada dia saya nampak segalanya, cuma saya tak sepadan untuk menjadi sempurna sesuci hatinya itu. Mungkin kerana itu Tuhan menjauhkan antara saya dan dia. Iringan doa pada arwah ibubapa disusuli dengan doa untuk si dia tidak pernah sesekali saya abaikan. You're my favourite girl.

Bagaimana kalau saya putuskan untuk terus bujang sampai ke nafas yang terakhir? Memang benar manusia dilahirkan secara berpasangan tapi saya serik untuk akui kerana saya sudah letih untuk percaya dan kini saya tidak ada wanita idaman lagi. Sejujurnya. Wanita idaman saya sering meninggalkan saya, mulanya cinta hati Puan Siti Hapiah yang meninggalkan saya pada 2 Oktober 2011, love you ma dan seterus, seterusnya wanita - wanita yang pernah saya gelarkan wanita idaman saya termasuk si dia. Sedih, pilu, luka.


Forever alone? Nampaknya itulah yang wajar digelarkan pada saya. Selama 5 tahun bersendiri, apa lagi yang boleh dianugerahkan kepada saya selain gelaran sedemikian? Saya terima, redha dan pasrah terhadap ketentuan Tuhan. Janganlah nasihati saya, kerana saya masih kuat untuk menerima segala dugaan, tangisan lelaki itu biasa. For myself, don't worry be happy.

Lelaki kuat pun boleh menangis, apatah lagi terluka.


Wassalam.


Sunday, June 10, 2012

Ini Dokumentari Saya, Aziz Hazmi

Assalamualaikum,

Biasanya kita menonton dokumentari yang dilakukan oleh orang lain untuk individu lain, saya lakukan untuk diri sendiri.

Bukan saya nak mati bila saya buat dokumentari sendiri. Saya buat kerana saya cuba 'bangun' daripada kejatuhan dan cuba berkongsi dengan orang luar ada apa dengan saya. Pada saya, saya tidak ada apa - apa. Saya cuma manusia biasa yang melihat kehidupan orang lain, kerana kehidupan orang lain kadang kala itu lebih seronok untuk diterokai berbanding dengan kehidupan saya sendiri. Pasti.

Orang lain mengenali saya melalui video yang didokumentari khas buat Hanis Zalikha oleh saya melalui Ini Vidiyo Saya dan seterusnya video 'melamar' saya tu.. Boleh ke digelar sebagai dokumentari juga? Hmm.. Banyak rasa salah sangka berlaku disini, mungkin salah saya kerana menurut rasa tapi saya tidak sesekali kesalkan dengan apa yang telah berlaku. Perasaan saya dalam dokumentari ini lebih tulus, sayangnya rasa itu hanya mampu ditonton melalui sebuah video. 10 Things I Will Do : The Proposal. 


Pada saya secara peribadinya, bila kita luahkan perkara peribadi pada orang yang melihat, ianya boleh menjadi sesuatu yang baik dan sesuatu yang akan mejatuhkan anda sendiri tapi hakikat sebenar rasa jatuh cinta itu adalah perkara yang nyata dan bukan perkara yang main - main. Melalui dokumentari, kita melihat kitaran hidup sebenarnya. Dari zaman muda remaja hingga tua senja. Apa yang berlaku ketika itu, apa yang sudah belaku itu boleh memberi suatu memori yang tidak akan dilupakan. Sekurang - kurangnya hidup kita ini diberkati.

Tidak kiralah apa pun tujuan sebenar kita buat sesebuah video itu, untuk tontonan umum atau tontonan sendiri itu adalah tujuan mengapa kita buat dan mengapa kita lakukannya dan mengapa pula kita mempertontonkan pada orang luar kerana sesuatu yang kita lakukan pasti ada tujuan, sebab musabab. Manusia ini lebih banyak murainya daripada cuba menjaga mulut mereka, apa lagi menjaga hati orang lain. Mereka akan perlekehkan kewibawaan kamu bila kamu 'sedang' mengaibkan diri kamu untuk dijadikan tontonan. Mereka akan perkatakan apa sahaja yang akan membuatkan kamu menyesal dengan apa yang kamu lakukan tetapi mereka tidak sedar, dalam setiap busuk tindakan manusia itu ada juga gunanya. Gunanya, apabila hidup ini sememangnya putaran dan gelombang. Kelak, kamulah manusia yang bertuah kerana memiliki memori yang orang lain tidak miliki. Melalui rangkap ini, saya tidak memuji diri sendiri cuma saya mahu orang lain melihat kebaikkannya.

Soal murai manusia, saya sentiasa tidak mengendahkan apa yang mereka mahu katakan kerana pada saya sudah semestinya saya mempersilakan apa yang mereka hajatkan. Jangan lawan mulut busuk manusia kerana tiada sebarang faedah yang boleh diperolehi, jadi saya berdiam dan buat apa yang saya mahukan, mudah. X + Y = Z @ Kerja + Bermain = Kejayaan. Ini fomula Albert Einstein, ternyata ia praktikal dan boleh digunapakai. Tapi apa yang saya mahukan tidak selalunya mudah untuk saya perolehi kecuali sentiasa berusaha dan berusaha walaupun berkali - kali kecundang. Kecundang atau gagal ini bukan kamus seorang lelaki yang sentiasa berusaha, pada saya ini adalah hikmah dari Tuhan yang mahukan kita terus kuat menempuh kehidupan ini.

Ini dokumentari saya, ini perihal saya dan ini mahu saya. Bila saya mahu sesuatu saya akan terus berusaha untuk dapatkan, walaupun berulang kali kecewa.. Sakitnya membuatkan saya berhenti untuk menarik nafas sebelum bermula berjalan seperti biasa akibat jatuh selepas berlari deras. Seperti menarik nafas dalam laman sosial, cuba berdiam tenangkan diri dan menjauhi daripada laman online. Mungkin saya lupa, dalam laluan hidup kita ini walaupun jalannya kelihatan rata tapi lubang dan simpang yang berada pada laluan itu kita sentiasa terlupa. Biasalah. Bila saya katakan ini dokumentari saya, maka niat sebenarnya saya mahu memperkenalkan diri saya pada kamu supaya kamu hadam dengan apa yang saya lakukan. Lebih jelas cuba sekali untuk mengenali saya, tidak banyak sedikit pun jadilah. Walaupun berjauhan, dihati ini ada kamu.

Cuma dari jauh saya lafazkan. Selamat Hari Lahir duhai June.


Wassalam.