Nuffnang Ads

Wednesday, April 10, 2013

Kalau Benar Ini Jodoh

Assalamualaikum,

Menulis. Menulis adalah kesukaan sy diwaktu mulut ini terkunci dek kerana persekitaran yang kadang kala membebani pelbagai rasa.

Pandai. Pandai berkata - kata itulah sy namun dalam nukilan pena maya ini sahaja dan bukan pada pertuturan suara.

Lama. Lama sudah tidak cuba untuk bermadah, bermadah tentang apa yang tersimpan disegenap sisi hati ini. Sy ingin pulang, kembali pada yang asal sebelum pulang ke tanah yang sememangnya asal sy.

Baiklah, sy ingin membicarakan tentang jodoh.

Bak kata ulama dan para ustaz, jodoh ini adalah ketentuan Tuhan buat hamba-Nya. Benar, sy akui tentangnya. Namun jodoh ini sebenar - benarnya adalah rahsia yang telah Tuhan tetapkan sejak kita menjadi benih di dalam perut ibu lagi, sebelum kita lahir sebagai seorang bayi lelaki mahupun seorang perempuan. Sungguhpun begitu, saat kita dilahirkan jodoh kita telah pun ditetapkan dan perjanjian antara kita dan Sang Pencipta sudah dilakukan. Kerana itu jodoh itu tidak tercipta bila kita yang menciptakannya, kerana sudah ditetapkan jodoh sejak azali lagi. 

Jadi berhentilah menyalahkan jika kita tiada jodoh dengan pasangan yang kita dambakan.

Sementara itu,

"Aku mencari pemilik rusukku,
Aku melawan ketetapanku,
Aku berusaha demi kebahagiaanku,
Aku ikhtiar semua kejalanku,
dan aku gagal.."

Sy terlalu mengikut emosi dan nafsu.. Jodoh itu tidak boleh dipaksa - paksa. Benar. Dalam hati kecil sy bertanya, "Sampai bila harus aku kuat?".. Benar. Sampai bila? Biarpun berputus asa itu bukan sikap sy tapi sy cuma manusia yang merelakan segala - galanya berlaku sungguhpun hati ini terluka perih. Sekali lagi, sampai bila? 

Sekali lagi,

"Jodohku dipenghujung jalan,
Rasaku dihiris kelukaan,
Masaku terbuang tanpa kerelaan,
Cintaku terbenak disuatu perhentian,
dan aku gagal.."

Mungkin. Mungkin sy ini dilahirkan dengan pelbagai rasa cipta, yang hanya mampu terluah dikeletak - keletuk papan kekunci laman maya ini sahaja tanpa mampu meluahkan dengan sebuah ekspresi yang menggambarkan segala - galanya. Mungkin.

Sekali lagi, jujurnya..

Jodoh aku terhenti sekali lagi.. Aku redhai,
Jodoh lama muncul sekali lagi.. Aku khuatiri,
dan aku hampir.. berputus asa tapi tidak, aku belum pun gagal mengenai rasa jodohku bakal berakhir.."

Bila pendakap gigi tidak terlihat raut wajahmu dicarik,
Aku bukan cuba bercinta dengan raut wajahmu,
Segala - galanya tentangmu oh sungguh aku sudah tertarik,
Jadi pencarian jodohku kali ini adalah usaha terakhirku,
dan redhaiku Tuhan..

Sy kembali mengasah pena, berlindunglah dibelakang dan sokonglah. 
Terima kasih.

1 comment:

  1. Betul, cinta tak perlu dicari.. Cinta dtg dgn sendirinya.. Kita perlu usaha, usaha mencari diri sndiri, perbetul diri apa yg kurang. Dan mungkin juga kekurangan itu bkn dari segi penampilan kita, tetapi belum smpai jodoh. Dan Allah mahu yg terbaik utk umatnya. Pilih jalan yg diredhai Allah.. Teruskan dan jgn berhenti mengenal cinta. :)

    ReplyDelete