Nuffnang Ads

Saturday, April 13, 2013

Menyelami Seribu Satu

Assalamualaikum,

"No matter who you are, where would you go in your life, in some point you gonna need somebody to stand by you.. Stand by me.." 

Seorang penyanyi menyanyi kerana dia tak tahu untuk berkata - kata. Seorang penari menari kerana dia tak tahu untuk bercakap kerana dia tak pandai untuk menyanyi. Seorang pelakon berlakon kerana dia tak tahu untuk menari. Kesinambungan daripada itu, seorang penyanyi sedang menyanyi, seorang penari sedang menari, seorang pelakon sedang berlakon. Apakah kesinambungan yang sudah berlaku pada ketiga - tiga mereka?..

Mereka sedang menyelami emosi.

"Sy sebut tree, awk dengar sy sebut knee. Awk sebut knee, sy dengar awk sebut bee.  Awk sebut bee, sy dengar awk sebut hee.. Hee, I love you.."

Sepasang kekasih sedang bersenda, sang lelaki sebut dan sang wanita menyahut, sang wanita sebut dan sang lelaki menyahut. Tapi apa yang disebut dan disahut itu berbeza - beza. Sang lelaki sebut itu dan sang wanita dengar ini. Sang wanita sebut ini dan sang lelaki dengar itu. Apa kesinambungan yang sudah berlaku pada sepasang kekasih ini?..

Mereka sedang menyelami perbezaan.

"Milo o ais satu, nasi goreng USA satu.. Itu saja. Hmm, nak pedas ya.. Terima kasih."

Seorang lelaki sedang membuat pesanan, pesanan untuk seorang. Tatkala makanan sampai, dia memerhati hanya ada segelas air Milo o ais dan sepinggan nasi goreng USA. Merenung pada mejanya dan melihat sekeliling, ada sepasang kekasih sedang menikmati makan malam bersama - sama. Apa kesinambungan yang sudah berlaku pada lelaki ini?..

Dia sedang menyelami kesunyian.

Perbezaan boleh datang dari mana - mana, kebahagiaan boleh datang dari mana - mana dan kelemahan boleh datang dari mana - mana. Kerana itu kita makhluk Tuhan paling istimewa, ada otak, hati dan perasaan. Namun hakikatnya kita selalu lupa bila, bila kita diatas kita sentiasa diatas dan bila kita dibawah kita akan nampak yang diatas itu tak pernah untuk pandang ke bawah. Itulah kita.

Jangan angkuh, Tuhan itu Maha Mengetahui.




Wednesday, April 10, 2013

Kalau Benar Ini Jodoh

Assalamualaikum,

Menulis. Menulis adalah kesukaan sy diwaktu mulut ini terkunci dek kerana persekitaran yang kadang kala membebani pelbagai rasa.

Pandai. Pandai berkata - kata itulah sy namun dalam nukilan pena maya ini sahaja dan bukan pada pertuturan suara.

Lama. Lama sudah tidak cuba untuk bermadah, bermadah tentang apa yang tersimpan disegenap sisi hati ini. Sy ingin pulang, kembali pada yang asal sebelum pulang ke tanah yang sememangnya asal sy.

Baiklah, sy ingin membicarakan tentang jodoh.

Bak kata ulama dan para ustaz, jodoh ini adalah ketentuan Tuhan buat hamba-Nya. Benar, sy akui tentangnya. Namun jodoh ini sebenar - benarnya adalah rahsia yang telah Tuhan tetapkan sejak kita menjadi benih di dalam perut ibu lagi, sebelum kita lahir sebagai seorang bayi lelaki mahupun seorang perempuan. Sungguhpun begitu, saat kita dilahirkan jodoh kita telah pun ditetapkan dan perjanjian antara kita dan Sang Pencipta sudah dilakukan. Kerana itu jodoh itu tidak tercipta bila kita yang menciptakannya, kerana sudah ditetapkan jodoh sejak azali lagi. 

Jadi berhentilah menyalahkan jika kita tiada jodoh dengan pasangan yang kita dambakan.

Sementara itu,

"Aku mencari pemilik rusukku,
Aku melawan ketetapanku,
Aku berusaha demi kebahagiaanku,
Aku ikhtiar semua kejalanku,
dan aku gagal.."

Sy terlalu mengikut emosi dan nafsu.. Jodoh itu tidak boleh dipaksa - paksa. Benar. Dalam hati kecil sy bertanya, "Sampai bila harus aku kuat?".. Benar. Sampai bila? Biarpun berputus asa itu bukan sikap sy tapi sy cuma manusia yang merelakan segala - galanya berlaku sungguhpun hati ini terluka perih. Sekali lagi, sampai bila? 

Sekali lagi,

"Jodohku dipenghujung jalan,
Rasaku dihiris kelukaan,
Masaku terbuang tanpa kerelaan,
Cintaku terbenak disuatu perhentian,
dan aku gagal.."

Mungkin. Mungkin sy ini dilahirkan dengan pelbagai rasa cipta, yang hanya mampu terluah dikeletak - keletuk papan kekunci laman maya ini sahaja tanpa mampu meluahkan dengan sebuah ekspresi yang menggambarkan segala - galanya. Mungkin.

Sekali lagi, jujurnya..

Jodoh aku terhenti sekali lagi.. Aku redhai,
Jodoh lama muncul sekali lagi.. Aku khuatiri,
dan aku hampir.. berputus asa tapi tidak, aku belum pun gagal mengenai rasa jodohku bakal berakhir.."

Bila pendakap gigi tidak terlihat raut wajahmu dicarik,
Aku bukan cuba bercinta dengan raut wajahmu,
Segala - galanya tentangmu oh sungguh aku sudah tertarik,
Jadi pencarian jodohku kali ini adalah usaha terakhirku,
dan redhaiku Tuhan..

Sy kembali mengasah pena, berlindunglah dibelakang dan sokonglah. 
Terima kasih.