Nuffnang Ads

Sunday, March 27, 2011

I Did Some Effort On My Earth Hour Day

Assalamualaikum,

"Tak mahu mengganggu kamu, tak mahu. Hanya yang aku mahu, aku butuh pada kamu dan kamu butuh pada aku. Itu saja."


Words don't come easily,


I miss you so much! :'(

Can you say something? Please?.. I'm so lonely, so I did some effort on my earth hour day. Everything I do, I do it for you.


All out of love. :')





Saturday, March 26, 2011

Sepatah

Assalamualaikum,

"Ini perasaanku dan aku harap kamu mengerti tentang rasa yang terbentang dilubuk hatiku"




P.S. Beritahu padaku pabila kamu mengerti. :')

Thursday, March 24, 2011

Untunglah Kalau Saya Adalah Lelaki Pilihan Wanita

Assalamualaikum,

Entri ini khas sebenarnya namun ianya tidak tertumpu pada untuk promosi diri sendiri, tetapi hakikatnya untuk anda lebih kenal siapa Aziz Hazmi dengan lebih dekat kerana saya sebenarnya saya adalah jenis-jenis lelaki yang macam ini. Semulajadinya dilahirkan begini. Kalau ada yang sudi berikan kritikan dan komen, apa salahnya. Hee. Sebelum itu anda perlu tahu bahawanya saya tidak pernah langsung dan bukan lelaki jenis yang :


  • Merokok
  • Clubbing
  • Minum arak


Pertamanya, saya bukan typical lelaki melayu yang selalu pakai suit. Tapi kalau dah pakai..




Saya lelaki yang suka berjogging, lebih-lebih lagi saya adalah player bolasepak. Hee.




Saya adalah lelaki yang menjaga kebersihan muka, memang suka jaga muka selain penampilan. Boleh lihat entri ini http://burgerdua.wordpress.com/2010/12/13/menjadi-lelaki-sebenarnya/



Saya adalah lelaki yang suka pada budak-budak. Jaga budak-budak? Kerja mudah. Ini semua anak-anak buah saya (semua saya pernah jaga). Sudah biasa dengan budak. Setakat nak mandi, tukar lampin dan buat susu dah jadi biasa. Baby pun dah tak kekok kalau nak pegang. Memang fatherhood habis, tengah cari calon isteri je sekarang. :)





Saya lelaki yang akan dimarahi oleh mama kalau tinggal solat. Pernah lah juga tinggal sebab saya bukan sempurna tetapi saya mencuba. Tapi soal nak lead dalam solat saya tiada masalah. Alhamdulillah. Ini gambar masa di Stadium, Malaysia vs Vietnam. Piala AFF Suzuki Cup 2010 saya yang ambil selepas solat. Disebelah adalah surau, kerana surau padat dengan orang ramai. Inilah yang patut dicontohi oleh peminat-peminat bolasepak yang lain.


Saya adalah lelaki yang dahulunya leka tanggungjawabnya kepada keluarga dan kedua ibu bapa. Namun kini kematangan telah membawa saya ke arah tanggungjawab yang lebih sempurna. Saya sayang mama saya. Esok lusa kalaulah saya sakit, saya cuma harap anak-anak mampu jaga saya hingga hembusan nafas terakhir. Kini, biarlah saya balas jasa mama. :')



Yang terakhirnya, saya adalah lelaki seperti lelaki lain. Tidak sempurna itu dan ini, namun saya mencuba untuk menjadi apa yang diperlukan sebagai anak lelaki dan sebagai seorang lelaki dewasa. InsyaAllah kematangan dan masa akan merubah seseorang lelaki untuk lebih dewasa dan matang. Itu sebabnya lelaki dijadikan Khalifah dimuka bumi Tuhan ini, untuk melindungi dan membimbing orang lain ke jalan kebenaran. Semoga saya adalah lelaki pilihan wanita, InsyaAllah.

Untunglah kalau saya lelaki pilihan wanita. Amin.

P.S. Ya, saya REPLY entry tu.

Tuesday, March 22, 2011

Saya Calon SPM 2005

Assalamualaikum,

Ingat lagi ketika exam SPM masa tu, saya ada subjek yang sangat-sangat tough iaitu Fizik, Kimia dan Addmath. Sangat bernasib baik tak berjumpa dengan Cik Biologi, disebabkan subjek itu saya tukarkan dengan IT (Teknologi Maklumat). Cuma ada disekolah saya sahaja, Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia.

Oh, kira saya ni budak sains lah juga, haha, walaupun perangai saya teruk. Suka ponteng kelas, pernah ada ketika saya tak masuk kelas Matematik selama 6 bulan kerana saya ponteng kelas. Akhirnya, tupai jatuh ke tanah juga. KANTOI! Nasib baik tak dapat surat amaran, sebab cikgu tu baik. Yang hairannya, cikgu Matematik tu langsung tak perasan saya budak kelas beliau. Itu gunanya selalu tak menyerlah dalam subjek tertentu. Haha. Adik-adik jangan ikut. Nasib boleh ambil exam lagi.

Baiklah, saya kongsi keputusan saya ya? Saya tak pandai macam kawan-kawan saya yang lain dan tak sepandai Hanis Zalikha. Saya tiada langsung A. Saya cuma ada 3B, 3C, 2D, 2E. Yang seronoknya Fizik saya lulus! Hee. Kimia & Addmath tu ke laut. Bila di Politeknik Shah Alam, barulah saya sedar Addmath saya bagus. Siap dapat A lagi. Cuma saya seorang yang banyak main dalam kelas, nak jadi Engineer kan. So math kena pandai.

Saya tak malu, kerana itulah hakikatnya banyak main dan tak fokus dalam kelas. Tambahan pula saya banyak melibatkan diri dalam pertandingan kawad kaki unit uniform (PKBM) dan hampir setiap hari saya berkawad, ponteng kelas. Tapi saya tak menyalahkan aktiviti koko itu namun salahkan diri sendiri sebab tak pandai nak agihkan masa. Namun setiap kegagalan itu bukan kemuncaknya dalam kehidupan kita, ia diantara mahu dan tidak mahu untuk berusaha dengan lebih. Yang lebih penting, dimana ada kemahuan disitu ada jalan.


Akhirnya saya dapat peluang melanjutkan pelajaran di Politeknik Shah Alam, dalam bidang kejuruteraan awam. Disitu saya sudah betul-betul berubah, saya lebih fokus dan Alhamdulillah berjaya grad on time dengan pointer 3.03. Walaupun tidaklah bagus manapun namun sekurang-kurangnya sudah ada kemajuan dalam hidup saya ketika itu.

Dek kerana minat dalam bidang seni tidak pernah luntur, saya bergelar pelajar Aswara kini dalam jurusan Teater. Pointer untuk sem 1 saya, 3.30. Disini saya bukan nak berlagak atau apa-apa tetapi nak buktikan bahawa kejayaan dan kegagalan dalam SPM bukan kemuncaknya. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Diam tak diam, saya bakal memiliki 2 Diploma. InsyaAllah.


Adakah budak sebesar ini tahu masa hadapannya? Darjah 1, 1995


Unit uniform ini sedikit sebanyak membantu saya dalam hidup. Tingkatan 4, 2004


Kini sedang berjuang disini, demi penuhi cita-cita. 


Walaupun ini adalah filem semata-mata, sikap putus asa patut kita hindari untuk berjaya. :)

Apa-apa keputusannya, janganlah anggap itu adalah kemuncak dalam hidup anda. Yang sebenarnya cara anda mencorak perjalanan hidup itu lebih penting. - Aziz Hazmi






Teruskanlah Hidup

Assalamualaikum,

Kadangkala perancangan yang kita lakukan dalam hidup ini, adakalanya menjadi namun adakalanya tidak seindah seperti yang dirancang. Sungguhpun begitu, jangan mudah berputus asa kerana Tuhan itu Maha berkuasa. Oleh itu bersabarlah dengan segala dugaan dan rintangan yang dihadapi, mudah-mudahan kelak Tuhan mendengar dan menunaikan permitaan kita. InsyaAllah.

Manusia sentiasa lari daripada sikap mahu bertanggungjawab dan manusia sentiasa menunding jari kepada orang lain akan kesalahan sendiri. Apakah ini sikap sebenarnya manusia diciptakan oleh Tuhan?

Soal putus cinta, ini soal dunia semata-mata. Tak semestinya kita putus cinta, kita bunuh diri. Biarpun putus cinta, kita teruskan hidup. Ketahuilah segala yang terjadi di langit dan bumi ini adalah kehendak Allah SWT. Oleh itu percaya dan yakinlah disebalik hikmah dari kegagalan. Tidak sesekali ia bermakna hidup kita terhenti disitu. Berdoalah dan sujudlah mohon pada Tuhan. InsyaAllah.

Ini adalah koleksi cerita rekaan semata-mata, terdapat dalam dua versi dan bezakanlah.



Terima kasih kerana terus menyokong saya. 

Thursday, March 17, 2011

Opss!

Assalamualaikum,

Haha. Opss! Siapa yang sudah saksikan, jangan melupakan untuk komennya pun! Haha. Ah Cai sudah datang sekarang ini pun tak balik-balik lagi juga. Ahdoiyai. Haha.

Disini saya sudah update vlog terbaru, saksikanlah isu-isu yang berbangkit dan mungkin berkenaan ini ya? Jangan lupa komen mahupun memberikan sebarang kritikan. Terima kasih.

Mempersembahkan, 'Pilih Muzik Anda'


Sekadar berhibur. Maafkan ya kalau ada salah silap. Peace!

Wednesday, March 16, 2011

Bila

Assalamualaikum,

Bila manusia tak sedar dengan kelemahan, dia taksub dengan apa yang dia sendiri lakukan walhal orang sudah mula berbicara tentang sikap dan kelemahan dirinya. Inilah telinganya.

Bila manusia mula berbicara dengan nafsu, dia tak sedar yang dia sebenarnya telah membuktikan dirinya adalah hamba kejahatan dan juga hamba kepada Syaitan. Inilah mulutnya.

Bila manusia mula melihat dengan keghairahan, dia tak sedar keghairahan itu telah mengundang kepada nafsu serakah yang sangat dilaknati Allah SWT. Inilah matanya.

Bila manusia mula menyentuh dengan perasaan, dia tak sedar apa yang disentuhnya itu bukan mahram walhal dia tahu dalam agamanya itu hukumnya haram. Inilah tangannya.

"Tak perlu aku merasa panas dunia kerana tempat aku sudah tentu di Neraka dan panasnya lebih daripada panasnya dunia." - Kalau ada manusia begini. MasyaAllah.

Kita sering menasihati dan dinasihati namun segala nasihat itu, jelasnya akan didengari di telinga namun hati jelas melempar jauh kata-kata itu. Kita layakkah digelar manusia? Umpama lebih baik menjadi beruk yang dengar kata, daripada menjadi manusia.

Tuesday, March 15, 2011

Rezeki, Alhamdulillah

Assalamualaikum,


Hello korang, seperti yang anda-anda sudah ketahui di status FB saya, 'vidiyo-vidiyo' AH boleh dilihat setiap minggu. Tak percaya? Percayalah please? 


Baiklah ceritanya macam ini, AH terima email daripada web editor blog selebriti OhBulan! dimana beliau mahu AH teruskan buat vlog. Menariknya AH diberi kebebasan untuk buat apa-apa sahaja kisah atau cerita dalam vlog mingguan itu, yang penting tiada unsur-unsur racist atau bersifat 'membodohkan' diri sendiri dan paling penting tidak melebihi had sensitiviti orang lain. Hehe. Anda-anda kenal AH kan? For sure vidiyo kelakar-kelakar dan bagaimana-bagaimana nak jadi lelaki sweet yang syok sendiri. Haha. Untuk kali ini, AH akan tampilkan sedikit inovasi dalam isi vidiyo itu nanti. InsyaAllah.

So akan jadi minggu yang sibuk buat AH nanti, mana tidaknya dengan kerja sekolah, latihan teater dan sebagainya. Hope kalau ada girlfriend dia boleh faham. Haha. Siapa? Siapa? Tetttt... Entahlah. Ada jodoh ada lah gamaknya. Amin! Anda-anda pun kenalah faham kalau AH tak reply-reply komen di FB, jangan serkap jarang ya, cakap AH dah sombong. Oh tidak, AH tak lupa jasa anda-anda kerana anda-anda inilah nyawa saya. Terima kasih kerana terus menyokong.

Untuk vlog kali ini akan disiarkan exclusively di OhBulan! dan selebihnya adalah di Youtube lah Hehe. Kepada yang ada twitter tu cepat-cepat add twitter OhBulan (http://twitter.com/#!/ohbulancom) dan FB (http://www.facebook.com/ohbulanofficialfan) mereka ya? Senang nak dapat update apa-apa.


Walau apa-apa pun yang bakal terjadi, rezeki itu kurniaan Allah SWT so bila-bila boleh kena tarik, jadi AH bersyukur dek rezeki ini. Popular atau tidak itu tak penting, yang penting berpijak pada bumi yang nyata kerana hidup ini ada naik dan turun. Alhamdulillah semoga dapat meluaskan bakat terpendam ini.

"Say No To Stress"

Sunday, March 13, 2011

Projek Stress Part 1

Assalamualaikum,


Hello, kepada semua kawan-kawan AH disini saya ada ketengahkan satu idea baru. Idea yang diberi nama 'Projek Stress'. Sungguhpun nama projek ini digelarkan 'Projek Stress' tapi message yang ingin disampaikan adalah mudah, "Say no to stress". 


Mengapa?

Timbulnya idea ini disebabkan kita semua adalah manusia biasa, manusia yang setiasa dibebani oleh banyak perkara yang kita lalui dan lakukan saban hari. Oleh itu saya merasakan tekanan ini seharusnya dikurangi oleh kita semua, agar semua kerja yang kita lakukan itu dapat dijalankan dengan lancar. Segala kejadian yang berlaku dilangit dan dibumi Tuhan ini datangnya dengan beribu hikmah yang terselindung. Sehubungan itu kita hindarkan perasaan tertekan itu dan buangkannya rasa tertekan itu jauh-jauh.

Target saya adalah untuk semua golongan, baik pelajar yang sentiasa berasa tertekan apabila tiba saat peperiksaan, pekerja-pekerja yang berkerja tanpa rehat mahupun sesiapa sahaja yang sering diganggu rasa tertekan. Ada pelbagai cara untuk hindarkan rasa tertekan ini, ambil air sembahyang, solat hajat dan berdoa kepada Tuhan. Selebihnya kita spread the loves. InsyaAllah, atas niat yang baik Tuhan akan meringankan beban yang kita alami. Apabila ada kasih sayang, dunia yang dikuasai oleh pemimpin zalim pun mampu tumbang. Jadi katakan tidak pada stress!


"Bila anda berkerja dalam tekanan, syaitan akan membuatnya lebih sukar."


Jadi sebagai tanda anda menyokong 'Projek Stress' ini, letakkan gambar 'Love' ini di fb atau dimana-mana anda rasa ia perlu. Maksud 'Love' ini besar, sayang kepada keluarga, kekasih, rakan-rakan dan umat manusia lain. Jadi ada 'Love' maka tekanan itu tiada. Selamat!

P.S. Kepada si dia, jangan stress-stress ya? Jaga diri ya. :)

Saturday, March 12, 2011

Rumah Kedua Dalam Mengejar Syurga

Assalamualaikum,

Pertama sekali, jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang perihatin akan kesihatan mama saya kini. Walaupun mama tidak lagi segagah dulu namun saya harus tabah dan lebih gagah untuk menerima segala ujian yang diberikan oleh Allah SWT ini dengan tenang. Tiada satu rahsia Tuhan dapat manusia ramalkan apatah lagi datangnya penyakit itu pada manusia.

Dalam keadaan separa tertekan ini, macam-macam hal difikirkan tetapi harus jua saya tempuhi dalam perjalanan ini. "Dua pinggan nasi yang baru dihabiskan masih terasa kebas, masih berfikir untuk pinggan yang ketiga pula". Lihatlah betapa gundah dan gulananya perasaan seorang anak kini. Siang malam asyik berfikir itu dan ini meskipun 'dia' harus tahu bahawasanya setiap kejadian itu berbekalkan hikmah. Saya harus tabah dan tidak sesekali berhenti untuk berdoa. Ya, itulah yang harus.

Hospital ke rumah, rumah ke hospital. Bak kata mama, hospital kini bukan lagi tempat dia menerima rawatan tetapi rumah keduanya. Apabila kata-kata itu dilafazkan dibibirnya, apa lagi yang mampu diperkatakan oleh sang anak. Sayu dan sedih, inilah yang dirasai kami. Bagaimanapun jika kami menunjukkan kelemahan maka dengan itu mama juga akan berasa lemah. Bagaimanapun mama saya seorang yang cekal dan tabah serta kuat semangatnya. Inilah saatnya dimana anak-anaknya perlu menjadi lebih baik daripadanya kelak, supaya mama tak berasa janggal untuk menjadi lebih kuat.

Sungguhpun begitu, hati ini sayu tetapi dirahsiakan daripada pandangan orang lain. Cuma tak mampu nak dipertunjukkan kerana takut akan kelihatan lemah. Bukan ego. Diberi sakit kerana telah terhapusnya dosa-dosa kecil namun diperjalanan mengejar syurga Tuhan ini bukannya mudah. InsyaAllah dengan berbekalkan amalan dan iringan doa anak-anak, syurgalah tempatnya kelak. Mama bersabarlah dengan ujian Tuhan ini.

"Doaku buatmu, mama. Akan aku jadi anak soleh yang kau pinta."

Thursday, March 10, 2011

Sesuap Demi Suapan

Assalamualaikum,


Tidak mungkin untuk saya pergi jauh disaat begini, disaat mama tidak sihat dan tidak mempunyai upaya. Saya bukan dilahirkan untuk menjadi anak derhaka, bukan! Segala kudratnya digunakan semata-mata untuk membesarkan saya  dan melihat anaknya ini setanding dengan kanak-kanak lain. Dibesarkan dengan sempurna, itulah mahunya walaupun tidak mampu memberikan apa yang diminta oleh saya. Sekalipun mama tidak pernah mengecewakan saya, walaupun ada ketika terpaksa menuruti kerenah saya mahu itu dan ini. Mama tetap tunaikan, andai kata masa itu dapat diulang semula dah tentu 'budak' itu saya pukul!

Kini saya berdoa siang dan malam supaya kesihatan mama sihat kembali walaupun bukan seperti dulu. Sekurang-kurangnya masih bertenaga, berupaya melakukan itu dan ini dan yang paling penting berselera untuk makan. Inilah perkara yang paling saya risaukan, selera makannya kini berkurangan dan apabila tiba waktu makan saya akan berasa gundah serta tidak tergamak untuk makan tatkala mama tidak berselera untuk makan. Adakah anda sampai hati untuk makan, ketika ibubapa anda tidak berselera untuk makan? Tepuk dada tanya selera.


Usia 20-an saya ini semakin lama semakin dikejar waktu, segala jasa dan bakti saya kepada mama masih belum sempat untuk saya tunaikan. Dunia yang penuh falsafah ini terlalu memilih kasih dan takut untuk memberi peluang kepada saya. Nak kata tidak berusaha, sudah berkali-kalinya sabar dan berkejar-kejar bersama usaha namun hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti mama boleh menikmati bakti saya kepadanya. Sungguhpun begitu, tidak sesekali bakti mama kepada saya dapat disamakan dengan bakti yang diusahakan oleh saya. Bakti mama sungguh agung!

Tiada kata yang dapat digambarkan dengan perkataan, kerana perkataan yang ditaip tidak sama dengan kata-kata yang ingin dilafazkan. Namun begitu saya cuma berharap kata-kata ini dapat diabadikan kepada semua orang yang masih mempunyai ibubapa, untuk menghargai setiap jasa-jasa mereka yang membesarkan kita daripada kecil hinggalah dewasa kini. Apa yang saya inginkan kini adalah mama kembali sihat dan berselera untuk sesuap demi suapan daripada anaknya ini. Itu sahaja mohon saya kepada yang Maha Esa.

Biarlah hidup saya merana asalkan lara yang ditanggung oleh mama itu dapat saya tanggung bersama. Tiada satu pun yang sempurna dalam hidup ini jika mengabaikan kedua orang tua kita. Ingatlah selagi mereka masih hidup. Lupakan dunia sebentar dan kembali ke pangkuan realiti.

Buat mama,



Mama yang ambil gambar ni. :')

Wednesday, March 9, 2011

Bernasib Baik Kalau Ada

Assalamualaikum,

Cinta itu hak Tuhan, cinta bukan hak milik tetapi adalah anugerah. Kalau adapun kata-kata ini, "Isteri bukan hak milik tetapi anugerah", benar cinta dan wanita itu anugerah paling indah. Dengan cinta maka lahirlah zuriat yang sah dalam ikatan yang halal disisi agama dan mulia pada pandangan Allah SWT. Namun jangan sesekali, jangan sesekali robohkan masjid. Bukan hanya dibenci oleh Allah tapi Rasul juga. Sebelum kamu mendirikan masjid, ingatlah perkara ini bukan seperti suis lampu yang boleh on dan off sesuka hati.

Disaat cinta itu hadir, manisnya semanis melebihi rasa manis gula. Lumrah apabila bercinta, itulah yang dinikmati oleh setiap pasangan kekasih. Apabila datangnya pahit, datangnya tatkala hubungan itu sudah tiada rasa apa-apa. Seperti rasa kebas yang mahu disingkirkan dengan segera. Percayalah, cinta itu adalah anugerah. Sewaktu ia hadir, belajarlah menghargainya kerana kita manusia yang sudah terbiasa belajar menghargai apabila cinta itu hilang bersama detik waktu. Jangan sesekali menyakiti dan mempermainkan hati manusia lain. Sakit.

Ada ketikanya kita bercinta seolah-olah kita adalah dewa dan dewi cinta tanpa sedikit pun menghiraukan kelibat orang lain. Jangan begitu. Walaupun kita sedang berbahagia dengan cinta, jangan melupakan batas-batasan kita sebagai umat yang beragama dan sedarlah ada manusia lain yang sedang memerhati disetiap perbuatan kita. Ingatlah tentang sensitiviti orang yang memerhati. Tidak mustahil, ada cinta maka ada nafsu disitu. Itulah yang mengundang anak-anak dibuang ditepian sampah, kerana kita asyik bermain dengan asmara. Cinta itu hak semua tapi tidak bermakna cinta itu adalah hak milik.

Ketika hadirnya cinta, belajarlah menghargainya dan jangan sesekali mempermainkan. Walaupun kamu seorang kasanova, jangan melupakan apa yang telah kamu lakukan itu pasti akan berpatah balik. Ada manusia hingga kini tak bernasib baik untuk merasai cinta dan sudah tentu ada golongan yang berkali-kali merasai cinta. Jadi fikirkanlah apabila diri kamu yang bernasib baik itu digantikan dengan golongan yang tidak bernasib baik dalam bercinta itu. Belajarlah menghargai anugerah Tuhan ini. Kalau bernasib baik, ada cinta dan kalau tidak berdoalah pada yang kuasa. Jangan putus asa.

Kita adalah manusia yang bertuah, bertuah kerana memiliki cinta. Cinta kepada Tuhan, kepada ibubapa, kepada keluarga dan sesama manusia lain. Kita umat yang bertuah dan belajarlah menghargai dengan anugerah yang secebis ini.

Hayati liriknya,


Support this band, Indie Mice. Vocalist dia yang jambu tu kawan AH. :)

Tuesday, March 8, 2011

Perempuan, Wanita Dan Selamat

Assalamualaikum,

Anugerah terindah yang pernah dimiliki dimuka bumi ini ialah seorang anak. Jika dahulu manusia menghargai apa yang telah dikurniakan oleh Allah SWT, namun kini kurniaan itu 'setaraf' ditepian sampah. Dibuang merata-rata, umpama sampah yang patah tumbuh. Kejamnya manusia moden. Jangan salahkan wanita namun salahkan juga lelaki. Jika tidak menuruti nafsu serakah, mustahil akan lahir 'anak sampah'! Allahuakhbar!

Sebagai seorang anak yang dahulunya naif, kini sudah mampu berfikir secara matang untuk setiap perbuatan dan akibat. Apa-apa pun, ucapan terima kasih dunia akhirat buat mama kerana 9 bulan 'membawa' saya bersamanya dan saat paling mengharukan apabila beliau telah melahirkan saya. Maha Suci Allah. Bersyukur diberi peluang merasai hidup dan melihat 'warna-warna' kehidupan yang ada dimuka bumi ini. Perasaan ini tidak tergambar. Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada arwah papa, Al-Fatihah.

Seorang anak lelaki yang telah mencapai usia baligh dan telah pandai berfikir baik buruk tidak seharusnya melepaskan tanggungjawabnya, terutamanya kepada ibubapanya sendiri. Ini adalah detik yang paling sesuai, sebagai anak lelaki membalas jasanya mereka. Namun, kalaulah masih ada lelaki yang mampu berfikir waras tanpa mementingkan dirinya. InsyaAllah, kita doa-doakan golongan-golongan lelaki bertanggungjawab ini masih ada.

Inilah tujuan lelaki dicipta, kerana lelaki adalah Khalifah dimuka bumi sebagai perlindung, pemimpin kepada wanita dan umatnya. Mungkin pada zaman moden ini sudah ada wanita yang mampu menjaga diri namun sebagai seorang lelaki seharusnya bersikap bertanggungjawab dengan memikul tugas dunia ini. Perempuan, wanita akan berasa selamat dengan adanya lelaki yang mampu melindunginya, serba melengkapi hidupnya dan sepenuhnya bertanggungjawab ke atas dirinya. Berkemungkinan ada yang masih tertinggal namun sedikit sebanyak itulah yang dimahukan oleh seorang wanita.

Lahirnya kaum Adam yang bertanggungjawab, lebih selamat kaum Hawa ini. Selamat buat perempuan, wanita. Selamat Hari Wanita!




Selamat Hari Wanita, Terima Kasih duhai Mama :')

Monday, March 7, 2011

Sengaja Cipta Propaganda

Assalamualaikum,

Larian deras boleh dikaitkan dengan larian pemain bolasepak, sebagai contoh larian yang dilakukan oleh seorang penyerang bolasepak. Tidak kira untuk pasukan apa yang diwakilinya, hanya oleh suatu sebab dia akan berhenti berlari. Tahu kenapa? Dia telah dibentes keras oleh pertahanan lawan. Oleh kerana itu dia mengambil peluang dan dengan sengaja ciptakan propa dengan 'menambah' kesakitannya itu dengan lakonan drama swasta di atas padang. Dia melakukan tindakkan itu supaya lakonan itu meyakinkan pengadil perlawanan untuk melayangkan kad merah buat pertahanan tersebut. Adil?

Jika pengadil itu dapat menonton di rumah sebagaimana kita lihat berkali-kali ulang tayang dan apakah yang akan pengadil perlawanan itu lakukan? Anda fikir? Saya akan berkata penyerang itu sengaja cipta propaganda yang berganda supaya pertahanan tadi menanggung akibat. Disini saya mengambil contoh bagi menjelaskan makna propa itu sendiri. Mengikut "The Greenwood Encyclopedia of International Relations" -


Penyebaran idea, gambaran, dan informasi secara sengaja yang mungkin saja tidak benar (atau benar), untuk mendahulukan kepentingan seseorang dan merosak kepentingan orang lain.


Seperti hidup dalam dunia maya, tidak perlu nak yakinkan atau mengheret orang lain bahawasanya anda juga boleh mencipta propaganda terutamanya dalam menulis blog. Berapa kencang stats anda untuk suatu entri tidak layak membuktikan anda adalah penulis blog yang baik walaupun sayup-sayup kedengaran bahawa anda seorang penulis yang telah berjaya menjadi perhatian dalam arena berblogging. Walaupun alasan utama anda pada mulanya adalah secara suka-suka namun akhirnya anda menjadi serius. Kenapa? Jarang kedengaran ada manusia yang menganggap blog adalah diari versi maya. Kalau benar diari, dimana diletakkan status privasinya? Biasalah manusia, tak ada gading yang tak retak (tiada sesuatu yang benar-benar sempurna).

Kencang ditekan papan kekunci, keletak keletuk dan lancang serta petahnya anda 'berbicara' dalam blog bagi membuktikan bahawa anda adalah penulis yang disebut-sebut tadi. Biarpun dihening malam masih bersengkang mata, khusyuk'nya menaip. Kalau kita lihat sejarahwan, mengapa beliau menulis? Adakah beliau menulis demi dirinya sendiri atau sengaja diciptakan propa dengan menulis? Beliau menulis kerana itu senjatanya mencari kebebasan demi rakyat dan beliau berharap 'suara' yang terhasil daripada pena tajam itu dapat disampaikan kepada pembacanya. Justeru menimbulkan kebangkitan perjuangan menentang anasir-anasir penjajahan, baik penjajah minda atau negara. Inilah moral seorang sejarahwan yang layaknya bergelar penulis. Moral seorang insani tersemat dijiwanya.

Saya tidak berhak untuk mengadili mana-mana blogger, namun apa yang dapat saya lihat sekarang sikap blogger kini menulis untuk kepentingan dirinya untuk mendapat hamburan pujian para pembacanya sahaja. Jika dibuka mana-mana blog sekarang, "Nah, itu dia!". Tajuknya bukan main hangat, isinya seperti tahu di dalam lubuk (tahu betul kesulitan sesuatu perkara), walhal isinya tak tahu apa pun cuma penuh plagiat. Saya berharap pada yang terasa dengan penulisan ini, harap dimaafkan. Sebagai sahabat maya, saya tahu saya tidak punyai hak untuk mengadili namun karya berbaur ayat hangat ini seharusnya dihentikan. Tidak perlu nak buktikan anda hebat ketika menulis, jika benar-benar anda hebat satu ayat yang keluar daripada penulisan anda sudah cukup untuk buktikan betapa layaknya anda sebagai penulis.

Wahai blogger yang hebat dengan ayat hangat, kadangkala hamburan pujian itu bukan semuanya boleh ditelan. Kita menulis sesedap rasa sendiri, kerana tiada orang mengadili dan kerana itu kita semakin kurang cerdik. Ibarat tiada guruh pada orang pekak dan tiada kilat pada orang buta (orang bodoh yang tak tahu bahasa kiasan dan sindiran). Dengan itu saya tidak berkeberatan untuk melihat kritikan bernas daripada anda tentang tulisan ini. Saya tidak mahu berbaur hangat dengan tajuk yang kencang tapi madahnya hanya tak ada lalat langau (tiada sesiapa pun) tahu penulisan anda sebenarnya. Jadi sedarlah wahai sahabat blogger yang pandai cipta propa!

Tiada permusuhan, maafkan saya.
Selamat malam!









Sunday, March 6, 2011

Ya, Nama Saya Memang Panjang

Assalamualaikum,

Kepada yang sudah mengetahui nama penuh saya itu, tahniah ya? Tapi tidak mahu tahu kenapa nama yang panjang itu dipendekkan kepada Aziz Hazmi?


Nama sebenarnya mampu menjelaskan siapa kita sebenarnya, kadang-kadang daripada nama seseorang kita sudah boleh agak keturununannya berasal dari negeri mana. Betul tak? So saya yakin nama saya boleh dipelbagaikan gelarannya atau dipendekkan. Contohnya seperti zaman–zaman Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee, nama-nama pelakon ketika itu banyak yang terbalik. Seperti nama bapa mereka didepan dan diikuti nama mereka. Antaranya P. Ramlee sendiri, "Puteh Ramlee" dan sebagaimana kita ketahui nama sebenarnya adalah Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh. Oleh sedemikian, saya yakin nama mereka punyai hubungan kimia (Chemistry) dengan watak dan perwatakkan mereka itu sendiri dalam dunia realiti mahupun dalam lakonan. 


Saya sebagai generasi muda ini mengambil iktibar daripada nama-nama mereka, dengan mencontohi mereka dengan memendekkan nama saya yang panjang itu. “AZIZ HAZMI”, nama yang telah diringkaskan daripada nama panjang saya, Tengku Hazmi Taqiuddin Bin Tengku Ab Aziz. Saya tidak plagiat mana-mana idea orang terdahulu tapi saya mencontohi. Bak kata pepatah, "Tak ada yang lama, masakan ada yang baru". Sebagai generasi muda, tidak seharusnya saya ada sikap sombong untuk tidak mengikuti jejak langkah mereka yang terdahulu. Apa pun mereka semuanya berbakat dan kreatif. Al-Fatihah.


Untuk yang berjaya meneka nama penuh saya, tahniah diucapkan dan seperti dijanjikan nama anda terpapar di blog ini.


  • Nur Hairunnisa
  • Deana Zulkanine
  • Hqfizul Hqkim
  • Anis Leighann
  • Ryiehana Haniess
  • Ainaa Afiqah
  • Hana Mohamed

Saturday, March 5, 2011

Kangen, Pulang Lekas.

Seberapa pantas bisa kamu pulang, sampai kapan pun aku setia nunggu. Pulang lekas, aku kangen banget sama kamu. Tersangat kangen. Jaga diri kamu, aku enggak bisa melihat atau menjaga kamu dari jauh hanya Yang Kuasa bisa menjaga dan memerhati kamu buat aku. Aku tak bisa berbicara sama bulan lagi karena aku takut bulan udah bosan melayani aku. Melayani aku tentang curahan hati aku buat kamu. I miss you baby, come home soon.

Aku tak bisa mengerti, namun tak perlu aku ulanginya lagi. Ya, ya, ya aku bahagia dan ingin kawini sama kamu. Aku berjanji setia pada kamu hingga aku mati. Semua yang aku katakan tiada paksaan karena aku butuh pada kamu, semoga kamu pun butuh pada aku juga. Jadilah teman hidup aku, kawinilah aku.

Aku butuh sama kamu. Aku kangen sama kamu. Mungkin ini saatnya aku nyatakan pada kamu. Dengarlah dan akan sentiasa aku berbisik pada telinga kamu setiap hari, aku mencintai kamu. Aku ingin hidup dan mati dipangkuan kamu.

Pulang lekas, aku kangen. Jaga diri sayangku.

Ikhlas,
Antara Ribuan Laki-Laki Bertuah di Malaysia.

Buat kamu, 




Safee Sali Score Gol Kemenangan Untuk Pelita Jaya!

Assalamualaikum,

Safee Sali telah membuktikan bahawa beliau adalah legend baru dari Malaysia dan telah mencipta sejarahnya tersendiri apabila telah menjaringkan gol tunggal perlawanan, justeru melakarkan kemenangan buat kelab barunya Pelita Jaya FC! Debut gol buat penyerang kebangsaan ini, ternyata hebat! Apa yang boleh diperkatakan lagi kehebatan beliau, diharapkan dengan sokongan yang padu mampu membantu Safee Sali terus berjaya dalam karier bolasepaknya. InsyaAllah. Berikutan adalah gol yang dijaringkan oleh beliau.



Gol kemenangan Pelita Jaya oleh Safee Sali.



Malaysia Boleh! Aummm.. 

Friday, March 4, 2011

Terpanggil

Assalamualaikum,

Saya terpanggil untuk menulis entri ini, "LA MUHAMMAD, LA MAKKAH" - "Tiada Muhammad, Tiada Makkah"


Inilah yang kafir laknatullah mahukan, mahu mengaburi pandangan majazi manusia yang beragama Islam seperti kita. Daripada mana saya dapat perkataan ini? Tanyalah penggemar minuman Coca-cola itu sendiri, itupun kalau dia tahu makna tersirat daripada perkataan itu. Berhentilah minum walaupun ianya tidak memabukkan dan buktikanlah kamu adalah Islam sejati. Bukan sekadar pada nama, tapi pada hati kamu.

McD : Selamat datang ke McDonald's. Makan sini?
Polan : Ya, makan sini. Saya nak set Double Cheese Burger.
McD : Itu saja? Ada nak tambah apa-apa?
Polan : Ada. Saya tak mahu air COKE tapi air Ribena.


*Anda boleh mengubahnya. Orderlah air lain. Cola-cola buatan Malaysia pun boleh tahan sedap. So buat pilihan. Selamat beramal.




Credit to Askrie Hishamuddin for his entry, btw sorry curi picca. http://himynameisasri.blogspot.com/2011/03/coca-cola-logo-hidden-message.html







I & You, Tak Mungkin Bersatu

Bila hadirnya cinta, mula-mula rindu lepas itu reply-reply sms, ym atau email then baru betul-betul jatuh cinta. Tapi tak selalunya cinta itu datang dengan cara berterusan, maksudnya datang dengan senang. Kadang-kadang kita kena tahu bahawasanya cinta itu bukan mudah dan tidak sesekali boleh dipaksa kerana..

Ianya adalah berkaitan dengan perihal hati..

Songkok : I dah mula rindu kat you lah..
Tudung   : Oh yeah? Hee..
Songkok : You kat mane? Rumah ke?
Tudung   : Yup, tapi kejap lagi ada hal keluar nak jumpa kawan.
Songkok : Owh..
Tudung   : Kenapa?
Songkok : Sedap lah air blackcurrant nie..
Tudung   : Ok fine, tukar topik.

Tudung is idle~

Jagalah hati kamu sendiri sebelum kamu benar-benar bersedia menjaga hati orang lain. Andai kamu sendirian, janganlah berasa sunyi. Itu keluarga kamu ada disitu dan ibu kamu masih disitu, menanti tersenyum manis. Ayah disana memerhati kelakuan kamu dan menganggap kamu sudah dewasa untuk berfikir secara matang.

Cinta + Perempuan = Pengorbanan tanpa berbelah bagi. (Pada keluarga, padanya, diri kamu sendiri dan Pencipta)

Cinta hanya mampu diberikan ketika hati kamu telah damai. 

Lantunan Positif

Assalamualaikum,

Hello!

Sikap cemerkap itu sentiasa ada dalam setiap getaran tubuh badan manusia, sebab itulah nama kita manusia dan kita tidak sempurna. Seperti bunga akan mekar akan mati dan tidak selama lama-lamanya kita akan hidup menikmati segala kesedapan dunia ini. Ternyata apa-apa yang kita lakukan ketika ini layaknya digelar 'kesedapan' dunia sahaja, kerana segala jenis 'kesedapan' hanya boleh kita perolehi cuma didunia fana ini. Bahawasanya tiada kesedapan dialam barzakh itu. Fikirkan.

Tujuan kita hidup bukanlah semata-mata untuk kita fikirkan soal mati, soal akhirat, soal syurga atau neraka kerana perkara-perkara tersebut bukanlah untuk difikirkan tetapi sudah menjadi darah daging dan telah pun sebati buat manusia. Nama pun manusia, bukan 24/7 hari kita akan ingat untuk kesemua perkara itu. Mungkin kini kita akan ingat kerana ada orang yang ingatkan dan mungkin sebentar lagi kita langsung melupakan apa yang diperkatakan oleh si polan itu tadi. Justeru jangan naik hairan.

Jalani hidup ini dengan penuh syukur untuk kesetiap perbuatan dan janganlah sesekali sesalkan untuk perkara sedang atau sudahpun berlaku. Untuk kesetiap perkara pasti ada hikmah yang tersembunyi mengapa dan kenapa. Namun janganlah sesekali persoalkan, 'kenapa?'. Kita hanyalah manusia yang berhak merancang bukan menentukan, itu kerja Tuhan. Jadi jangan soalkan apa yang pencipta lakukan buat makhluknya. 

Teruskan hidup dan terus mengejar lantunan positif itu sampai lantunan itu berhenti dengan sendiri. Ketika itu jangan terkejut sekiranya kita telah menikmati kejayaannya. Kerana kita sentiasa positif untuk segala kejadian yang menimpa, baik atau buruk kita menerimanya sebagai penguat semangat untuk terus hidup ke jalan yang diredhai berserta rezeki yang halal. Teruskanlah mengejar lantunan itu, positif.


 

   

Thursday, March 3, 2011

Terima Kasih!

Hello, selamat malam & Assalamualaikum!

Akhirnya siaplah juga blog saya sepenuhnya, terima kasih kepada yang sudi membantu saya dalam menyiapkan blog yang biasa-biasa ini dan kepada yang follow tu nanti i'll follow you back. Don't worry! Hehe.

Disini AH nak cakap terima kasih kepada yang sudi jenguk, sudi komen dan sudi follow. Yang paling penting thanks for all your supports! 


Mengapa saya memilih Blogspot?

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim.

Maafin, kerana entri ini sepatutnya diawal-awalkan pada permulaan blog namun saya memilih untuk dikemudiankan. Kerana saya mahukannya. Seperti semua sedia maklum, saya adalah owner http://burgerdua.wordpress.com/  yang asli/original. Disebabkan rata-rata pembaca saya adalah daripada golongan Blogspot, maka dengan itu saya merasakan ini adalah langkah wajar untuk saya bertukar angin. Ada juga meminta untuk saya follow mereka, namun sekiranya anda tahu golongan Wordpress tidak bergaul dengan baik dengan golongan Blogspot. So dalam hal ini, saya tidak boleh untuk follow anda.


Kini dengan kuasa yang ada pada Blogspot, InsyaAllah dengan mudah saya boleh follow kalian dengan rasa senang hati. Jadi mari kita berjabat tangan. Hello orang-orang Blogspot, Aziz Hazmi disini, di http://azizhazmipage.blogspot.com/
Cool!

Anyone wanna say Hello to me? 

Bukan Chinta Saya - Episod 6

Selepas seminggu berat juga untuk menerima hakikat bahawa si dia sudah dimiliki oleh kawan baik sendiri, perasaan ini sedikit sebanyak begitu hambar dan kecewa. Maklumlah ini pertama kalinya jatuh cinta, siapa menduga bila cinta datang dan pergi, kan? Saya cuba kuatkan semangat dan mencari rutin baru setelah bosan dengan melakukan rutin yang sama sebelum ini, menjadi seorang stalker (dulu maknanya pun tak tahu)namun janganlah salah faham. Bukan menjadi seorangstalker yang serius pun, cukuplah sekadar mengambil tahu tentang si dia jadilah. Rutin baru saya adalah dengan menyertai kelab komputer di sekolah, untung juga dah diberi pendedahan awal dalam basickomputer dan kini sedikit sebanyak membantu saya lebih mahir.

Keluarga saya bukanlah daripada golongan kaya, saya hanya merasa untuk bermain komputer hanya di sekolah disebabkan tiada komputer dirumah namun kelab komputer ini bukanlah kelas percuma. Yurannya RM30 sebulan, mahal juga kalau nak diikutkan tapi mahu atau tidak mama menuruti kehendak saya. Bagaimanapun kelas ini sangat bermanfat dan kalau tidak ada teman yang mengajak, sudah tentu saya tidak tahu tentang komputer. Kawan baik saya itu yang mengajak, dia kawan saya dan apa pula kata dia kalau saya menolak. Sejak daripada tadika selalu bersama, duduk pun sebelah menyebelah cuma bezanya dia ternyata lebih pandai berbanding saya. Syukur juga dia bukan kawan yang memilih. Apa pun berat jugalah hati ini terpaksa berhadapan setiap kali kelas komputer tapi sudah tertulis jodoh kawan saya ini dengan si dia, redha sahajalah.

Kawan baik saya ini tidak tahu bahawa saya menyukai teman wanitanya dan sering sahaja berkongsi cerita dengan saya, apa yang teman saya ini lakukan bersama si dia dan bersyukur jugalah perempuan yang saya paling sayang disekolah ini selamat pada genggaman lelaki yang baik. Baru berumur 11 tahun fikiran tidaklah sematang mana, namun bolehlah juga berfikir yang mana baik dan buruk cukuplah. Persekolahan ini sudah bertukar lebih seronok dan saya tidak pernah ponteng sekolah tanpa sebarang sebab kecuali sakit dan lain-lain perkara yang tidak dapat dielakkan. Perkara pertama sudah tentulah tentang si dia dan keduanya kelab uniform, Pengakap sekolah rendah. Di sekolah saya, unit uniform ini paling terkenal dan mempunya ahli yang paling ramai. Si dia dan kawan baik saya itu juga adalah kawan seunit. Memang meriah dan susah mahu digambarkan melalui kata-kata selain gambaran jelas melalui gambaran imej. Saya tidak kaya, dan tidak mampu untuk bawa kamera keluarga sesuka hati oleh itu saya tidak mempunyai sebarang gambar untuk dikongsi.

Saya tidak bersikap rendah diri tapi arwa papa selalu cakap, “biarlah susah macam mana pun, janji kita boleh makan cukup dan kalau mahu lebih, belajar rajin-rajin”. Masih jelas kata-katanya hingga kini, kerana setiap hayatnya papa akan mengulangi kata-kata itu. Sejak daripada darjah 3 saya sudah pandai menyimpan duit, ketika itu belanja sekolah cuma RM2. RM1 untuk makan rehat dan RM1 lagi simpan, tiap-tiap hari saya simpan dan gunakan duit itu kadang-kadang beli mainan ataupun apa yang saya rasakan perlu. Mungkin kerana didikan ini, sampai sekarang saya masih lagi menyimpan koleksi mainan saya sampai sekarang dan bersikap lebih menghargai. Saya tak mengharap si dia tahu akan kesusahan saya tapi saya cuma mengharapkan si dia tahu yang saya suka padanya. Saya ada minta pada papa untuk belikan sebuah basikal dan papa tunaikan itu pun tambah duit yang saya kumpul selalu. Itulah basikal kedua saya, basikal impian kanak-kanak lelaki sebuah basikal BMX warna ungu.

Si dia ada memuji basikal saya cantik dan katanya warna ungu adalah warna kegemarannya. Selalu sahaja saya menumpangkan kawan baik saya untuk ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat bersama-sama dan sesudah selesai bersolat saya menghantarnya pulang ke rumah. Pernah sekali, ketika itu hari Jumaat, kawan saya minta saya pulang ke rumah untuk mengambil basikal saya sebelum kami sama-sama ke masjid untuk bersolat Jumaat. Sementara menunggu saya pulang ke rumah, kawan saya itu berjumpa dengan si dia di pondok sekolah sambil menunggu kedatangan saya. Hancur juga hati ini tapi mahu atau tidak, niat hati ini mahu jugalah menunjuk-nunjuk basikal baru pada si dia dan disebabkan itulah si dia memuji basikal saya ini. Saya rasa seperti dipergunakan tapi atas dasar kawan, saya turutkan.
Bersambung..

Bukan Chinta Saya - Episod 5

Berpaling tiada guna lagi lalu akhirnya saya meninggalkan ‘pemandangan’ tadi disebabkan rasa cemburu yang membuak-buak dan tidak tertahan airmata ini namun cuba dikawal. Kali pertama saya akui, degupan jantung ini berdegup kencang dan seolah-olah jantung ini meronta-ronta untuk keluar daripada jasad ini. Memang benar sayajealous dengan apa yang saya lihat sebentar tadi, si dia dan lelaki itu dengan hilai tawa. Apa yang boleh dilakukan, teruskanlah cita-cita ini mudah-mudahan perasaan si dia masih kukuh.

Semakin hari semakin akrab pula persahabatan yang mula terjalin diantara si dia dan lelaki tersebut, hinggakan sebuah senyuman saya tidak lagi mampu memberi perhatian kepada si dia dan saya redha. Bak kata orang sekarang chemistry (perhubungan kimia) itu penting dalam permulaan membina sebuah relationship, selain persamaan dan mungkin itu tidak ada diantara kami berdua, mungkin. Maksud saya disini adalah, persamaan seperti kami berdua adalah ahli pengakap sekolah dan lain-lain itu tidak ada. Seperti lelaki itu, dia juga ahli pengakap dan juga wakil sekolah dalam sukan hoki. Si dia juga adalah wakil pasukan hoki sekolah. Jadi jelaskan? Si dia pengakap dan ahli sukan manakala lelaki itu juga pengakap dan ahli sukan.

Saya tidak bersukan bukanlah kerana saya tidak berbakat namun ketika itu saya cuma seorang lelaki bersaiz besar (gemuk) dan tiada kuota untuk seorang atlet bersaiz besar macam saya. Disebabkan itu, sedikit demi sedikit perasaan si dia tersisih terhadap saya. Kadang-kadang yang membuatkan saya sakit hati adalah, lelaki itu menunjuk-nunjuk apa yang diterimanya daripada si dia, contohnya biodata. Saya pun pernah memiliki biodata si dia namun terasa kecil hati kerana apa yang saya pernah miliki sudahpun lelaki itu dapat. Jadi tiada apa yang istimewa lagi.  Kami masih berkawan lagi dan kadang-kadang si dia menghampiri dan kami bertanyakan kabar masing-masing. Tapimoment itu tidak lama setelah munculnya kehadiran lelaki tersebut didepan matanya.

Saya akui, ketika itu saya sangat sedih tetapi tidak sesekali memahami apa yang saya mahukan daripada si dia dan seringkali memarahi diri sendiri kerana kurang menawan. Pernah saya utuskan surat dan dikirmkan kepada kawan baiknya untuk diserahkan kepada si dia namun saya menerima maklum balas yang sangat lambat. Dalam surat itu rasanya tidak ada yang penting selain saya mengatakan dia sudah sombong dan tidak mahu melayani saya lagi. Tiap kali terlihat wajahnya ketika dia menuruni tangga pastinya dia kelihatan serba salah untuk memandang saya (ketika itu saya duduk ditepi tingkap) dan tiada satu senyuman pun dilemparkan. Saya mula gelabah dan merasakan degupan jantung itu bermula lagi.

Akhirnya saya menerima suratnya melalui kawan baiknya, dalam surat itu si dia memperjelaskan keadaan sebenar dan mengatakan dia tidak sombong cuma sibuk untuk menikmati hari-hari yang pernah kami lalui dulu didarjah 4. Dalam suratnya juga telah menyentap sedikit sebanyak perasaan saya ini, dimana si dia telah berterus-terang bahawasanya si dia sudah dimiliki oleh lelaki tersebut dan perlu meluangkan masa untuk dibahagikan antara pelajaran, sukan serta lelaki itu. Si dia harapkan saya memahami situasinya. Saya amat memahami situasinya namun si dia tidak sedikit pun tahu situasi apa yang saya alami ketika itu. Kekecewaan.

Siapa yang tidak mahu orang yang kita sayang bahagia kan? Saya hanya mampu berdoa setiap kali melihat mereka berdua-duaan, baik dikantin mahupun dipadang. Lelaki itu sebenarnya kawan tadika saya dan kami sudahpun berkawan sejak kami berumur 6 tahun lagi hingga waktu itu kami berumur 11 tahun. Kiranya lelaki itu adalah kawan baik saya dan disebabkan itu dia berani menunjuk-nunjuk apa yang diterimanya daripada setiap pemberian si dia. Tapi tidak boleh disalahkan kawan baik saya itu kerana dia pun tidak tahu perasaan saya terhadap si dia yang ketika itu sudah bergelar girlfriend kawan baik saya itu.

Bersambung..

Bukan Chinta Saya - Episod 4

Saya masih ingat pada tahun 1999 itu kita semua umat islam telah menyambut kedatangan Ramadhan pada bulan 1 dan ketika itu sesi persekolah telah dibuka. Ketika itu saya telah pun berumur 11 tahun, darjah 5 namun kali ini agak ‘sepi’ disebabkan telah berpisah dengan si dia. Bukan berpisah perhubungan namun berpisah kelas, bezanya cuma 1 kelas sahaja iaitu saya dikelas nombor 3 dan dia dikelas nombor 2. Masih ada kawan-kawan lain yang masih kekal dikelas yang sama namun ‘rasa’ itu tidak sama seperti yang saya rasakan seperti tahun lepas. Keseorangan.

Bagaimanapun rasa keseorangan itu telah diwarnai oleh si dia, saya masih ingat ketika pertama kali saya menerima kad raya daripada si dia. Cerita ini sangat melucukan, sehingga sekarang saya masih mengingatinya dan pasti tersenyum. Pada 15 Januari 1999, rasanya kalau tak silap hari itu hari jumaat. Ketika itu cikgu belum masuk dan budak-budak kelas bising seperti monyet namun saya hanya diam termenung mengadap pintu depan, tiba-tiba muncul seorang perempuan iaitu teman baik si dia. Melambai-lambai ke arah saya namun saya berasakan seperti perempuan itu tersilap orang dan akhirnya memang benarlah perempuan itu memanggil. Justeru saya terus ke arahnya dan bertanyakan mengapa, lalu ditunjukkan saya ke arah tangga dimana si dia sedia menunggu sambil melemparkan senyum manis. Oh Tuhan. Manisnya.

Saya pun ke arahnya, tiba-tiba si dia mengeluarkan sampul surat putih dan saya tertanya-tanya namun dia telah menyuarakan pada saya supaya baca dirumah dan jangan dibocorkan rahsia. Lalu saya terus menyimpannya ke dalam baju sekolah dan berasa tidak sabar untuk membacanya apabila pulang ke rumah. Loceng berdering, lantas dikemaskan buku-buku serta alatan tulis ke dalam beg dan terasa begitu teruja untuk pulang ke rumah. Bayangkanlah saya berlari-lari untuk cepat sampai ke rumah, sampai dirumah mama menyangka saya dikejar anjing. Haha.

Sudah tidak ingat apa kandungan kad raya itu namun apa yang pasti pantun 2 kerat ini,
“Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas”


Sudah menjadi kebiasaan pantun budak-budak sekolah dulu. Sangat kelakar apabila terkenang kembali. Namun hajat saya tidak kesampaian kerana minggu itu adalah minggu terakhir persekolah kerana bakal menyambut cuti hari raya. Siapa yang kenal saya pasti mengetahui betapa cekalnya saya dalam mengejarkan sesuatu sampai dapat. Saya ada menulis kad raya buatnya namun menunggu sekolah buka selepas cuti raya untuk membalas kad raya si dia. Cuti agak lama dan menimbulkan kerinduan, pada suatu pagi saya menerima panggilan telefon (ketika itu telefon rumah sahaja), pantang sebut nama pasti dia muncul namun kali ini muncul di ganggang telefon. Seronoknya, Tuhan sahaja tahu perasaan saya ketika itu. Perbualan singkat tetapi meninggalkan kesan yang begitu dalam.
Sekolah dibuka semula dan saya terus mencari si dia untuk menyerahkan kad raya yang telah saya simpan untuk diberikan kepadanya. Bagaimanapun nasib tidak selalunya baik, selepas saya menyerahkan kad raya itu kepadanya, harapan saya dia akan membukanya serta terus membacanya namun akhirnya ketika saya menoleh seorang lelaki menegurnya. Saya cuma melihat dari jauh, dia tersenyum dan ketawa gembira bersama lelaki itu lalu saya terus berlalu tanpa menoleh kebelakang lagi..

Bersambung..

P.S sorry kad raya yang pertama itu telah hilang dan tidak dapat ditunjukkan.

Bukan Chinta Saya - Episod 3

Selepas kejadian semalam, kami mula bertegur semula namun saya masih terpinga-pinga (sangat lembab!) dengan maksud si dia berkenaan biodata yang diterima oleh saya semalam. Oh, rupanya saya belum lagi membalasnya. Haha, sampaikan dia sendiri bertanya mana saya punya biodata, what you give  you’ll get back bak kata orang ‘omputih’. Walhal ayat ini dulu tak pernah digunakan pun sengaja diterbitkan perumpamaan. Memang dulu saya seorang lelaki nerd yang memakai cermin mata dan sangat lembab. Rambut pun sikat tepi. (Maaflah, gambar-gambar lama tak tahu mana saya letak)

Mulai selepas itu, kami mula mengada-mengada bercakap ditelefon dimana menggunakan telefon rumah. Kadang-kadang bercakap pun tentang kerja sekolah yang sedia maklum sudah pun diketahui tengahari tadi di sekolah. Biasalah mula nak menggatal, pencapaian hormon sudah meningkat setahap. Hubungan boleh dikatakan semakin berjaya namun perkataan ‘suka’ masih belum terbit daripada mulut masing-masing. Kalau dulunya ‘suka’ bukan ‘cinta’, betul tak? Sekalipun belum pernah saya dengar daripada si dia dan sekalipun belum terbit dimulut saya sendiri. What you give you’ll get back terpaksa saya keluarkan perumpamaan ini sekali lagi.

Peristiwa pemadam terjadi lagi, namun kali ini tidak timbul rasa malu-malu antara kami seperti dulu dan ianya terjadi seperti peluang kepada kami ‘menyentuh’ antara satu sama lain. Saya kadang-kadang berasa hairan juga, dia ada pemadam dan saya pun ada pemadam namun pemadam 20 sen saya juga pilihannya. Faham-faham sahajalah. Peperiksaan bermula dan berakhir, ketika peperiksaan itu saya sukar mendampingi kerana kedudukan meja mengikut nama. Oleh kerana nama saya bermula dengan ‘T’, terpaksalah duduk dihujung dah terima sahajalah. Tibalah pada bulan Oktober, kali pertama saya ucapkan selamat harijadi dan buat harijadi pertamanya saya membeli sepit rambut Garfield disebabkan dia amat meminati kartun kucing pemalas itu. Saya masih ingat lagi, setiap kali saya mahu serahkan ‘something special’ kepadanya, mesti saya sorokkan dalam baju sekolah dan barulah diserahkan kepadanya apabila ‘line clear’.

Di awal 90-an dulu banyak cerita-cerita remaja seperti Awas, Cinta Metropolitan yang dilakonkan oleh kumpulan KRU, namun cerita Gemerlapan yang menampilkan pelakon seperti Lan A to Z, Bob KU2 (Kuman), Sham Visa banyak memberi memori manis buat saya, terutamanya lagu “Dulu dan Selamanya” daripada soundtrack Gemerlapan itu banyak meninggalkan kesan buat saya hingga ke hari ini. Sungguh! Ingin saya akui, kenangan saya dengan si dia banyak berkaitan dengan lagu, walaupun baru berumur 10 tahun namun memori manis ini masih kekal hingga ke hari ini bersama saya. Pernah saya bertanyakan pada si dia berkenaan cerita Gemerlapan itu dansoundtrack filem berkenaan dan katanya dia belum pernah menontonnya namun saya menggesanya untuk menontonnya.

Agak lama untuk memperdengarkan feedback daripadanya dan akhirnya si dia menonton serta menyukainya lagu dalam filem itu juga. Manisnya! Kami turut menyukai lagu ‘Viva La Vida’ nyanyian Ricky Martin semperna lagu tema World Cup 98 dimana France menjuarai piala dunia. Bagaimanapun saat-saat manis tidak berterusan dimana waktu persekolahan pada tahun 1998 itu berada dipenghujung dan ketika itu pelajar perempuan mulai diwajibkan memakai tudung. Sedihnya kerana tidak nampak lagi sepit rambut Garfield dikepalanya namun dia kelihatan manis bertudung dan tidak nampak jendul didahinya lagi.  Akhirnya kami terpaksa ‘berpisah’ kelas kerana dia naik satu kelas ke kelas nombor 2 manakala saya masih kekal dikelas nombor 3. Air muka masing-masing memang tawar disebabkan itu, maklumlah sudah hampir setahun duduk bersama-sama. Itulah yang perlu dihadapi oleh setiap orang apabila tiba waktu tumbesaran. Hakikatnya tahun depan saya sudah darjah 5 dan berumur 11 tahun.

Bersambung..

Saya kongsi bersama lagu pertama kami.

Bukan Chinta Saya - Episod 2

Sesi kelas telah bertukar, dahulunya kelas petang dan sekarang kelas pagi. Bab paling malas comform bangun pagi! Mahu atau tidak, saya bangun pagi itu pun 7.05 pagi sebab rumah dengan sekolah dekat sahaja. Lebih kurang 7.25 pagi sampai sekolah dan tidak seperti dia awal 10 minit daripada saya. Kata lelaki perangai pun memang lelaki lah kan? Biasa. Minggu pertama sangat-sangat menyeronokkan, hari isnin sekolah buka, hari selasa mula belajar dan hari rabu tukar kelas pandai, akhirnya jumpa buah hati yang selama ini tak pernah tegur. Aduhai memang lembab lelaki species macam saya ni.

Duduk sebelah menyebelah, masing-masing tak bertegur lagi hinggalah keluar perkataan pertama dari si dia, “kau nama apa?”.Kasar sungguh bahasa budak-budak dulu dan saya pun jawablah,“nama saya Tengku Hazmi Taqiuddin bin Tengku Ab Aziz”. Ambik! Nama penuh saya bagi dengan se-skemanya! Haha. Memang skemalah nampak cinta hati depan mata dan bermula daripada hari itu exitedbangun pagi. Faham-faham sahaja mengapa.

Mungkin saya memiliki bakat seni sejak di sekolah rendah lagi namun tidak mahu saya akuinya, hinggalah ke saat ini saya sudah akuinya saya boleh melukis dengan baik. Buat pertama kalinya saya tersentuh tangannya apabila kami sama-sama tersentuh antara satu sama lain ketika hendak mengambil pemadam, manisnya kenangan! Ketika itu kami disuruh untuk melukis dalam kelas, walhal ketika itu adalah mata pelajaran Bahasa Melayu 2 iaitu karangan. Mana tak disuruh melukis, sebab ketika itu satu kelas sedang membuat karangan “Aku sebuah kereta”, so kena lukis kereta. Pelik-pelik tapi yang seronok dia suruh saya lukis kerana lukisannya sangat teruk dan berkali-kali memadam. Kesian saya lihat dia dengan muka yang kusut tapi bertambah manis itu namun wajah itu yang masih segar diingatan.

Saban minggu pelbagai perkara berlaku, rehat dan makan bersama-sama. Bayangkanlah, kalau dulu ada kumpulan Elite tapi di sekolah ada juga kumpulan seperti itu tapi ada lelaki iaitu saya dan selebihnya adalah kawan-kawan si dia daripada satu kelas serta kelas lain. Maklumlah budak nerd, dengar cakaplah apa yang dia cakap dan dalam kelas pun duduk sebelah menyebelah. Sangat menyeronokkan adalah dia ada ramai secret admire di sekolah dan paling seronok ke semua surat cinta yang diterimanya dikongsi bersama saya. Haha, untung. Namun diam-diam, budak nerd ini juga adalah peminat anda! Kalaulah dia tahu, “aku suka kau lah dahi jendul!”

Setiap kali atau setiap hari, pasti ada kami tersentuh tangan masing-masing dan puncanya adalah kerana pemadam pensel, terima kasih pensel dan pemadam. Maklumlah sekolah rendah tidak menggunakan pen lagi. Namun kadang-kadang kami selalu dimarahi cikgu disebabkan kami suka bercakap dan bercerita, aduhai kena marah pun sama-sama. Mungkin dek kerana detik-detik kami itu saya menerima sepucuk surat bawah meja dan hari itu rupa si dia sangat berbeza serta menjadi pendiam setelah saya ketahui surat itu datangnya daripada si dia. Bukan surat sebenarnya tetapi biodatanya, tapi masih tidak faham untuk apa. Saya terkedu dan terdiam hingga waktu balik sekolah, satu hari itu kami langsung tidak bercakap. Saya pun hairan mengapa saya juga turut berbuat demikian.
Dalam biodata biasalah, ada nama, umur, alamat rumah, nombor telefon dan sebagainya, namun maaflah tak dapat dihebahkan semua ya? Atas dasar privasi. Percaya atau tidak, sudah 12 tahun saya simpan biodata ini dan sudah kuning-kuning kertasnya serta sudahpun koyak-koyak. Tidak kisah masih simpan dan banyak lagi untuk dikongsi bersama anda.

Bersambung..

Bukan Chinta Saya - Episod 1

Okeh, jujurnya entri ini adalah berkenaan kisah cinta mamat sweet yang kecundang dulu dan sekarang. Siapa? Saya lah..

Di sekolah rendah saya seorang yang skema (nerd), tapi agak nakal dan kuat bermain pada waktu rehat, biasalah budak lelaki kan? Darjah 1 baru nak tunjuk perangai, duduk kelas nombor 12 dari 15 kelas. Pergh! Banyak gila kelas tapi itu dulu dan siap pernah terberak dalam kelas (haha, malu!). Darjah 2 pandai sikit walaupun nakal-nakal kira bagus lah naik kelas nombor 10 dan maintain duduk kelas nombor 10. Baiklah disinilah saya baru sedar tentang kewujudan makhluk bergelar perempuan. LOL!
Sebenarnya sejak daripada dulu lagi, setiap dua kelas akan berada dalam kelas pendidikan jasmani (PJ) yang sama tetapi kenapa daripada darjah 1 hingga darjah 2 saya tak pernah perasan kewujudan perempuan? Mungkin ketika darjah 3 itu hormon saya sedang berkembang ditahap awal, rasanya. Melihat si dia umpama melihat syurga bidadari, walaupun dia berdahi jendul sikit (dulu mana ada wajib pakai tudung bagi perempuan) tapi rambut dia sedikit perang dan sangat comel melihatnya!

Disebabkan itu, saya seringkali teruja dengan matapelajaran yang tidak ada exam iaitu PJ dan hampir setiap saban minggu menunggu. Maklumlah kelas seminggu sekali tapi yang menjadi persoalannya, mengapa waktu rehat tak pernah nampak si dia? Musykil sungguh dan saya pun bermain bersungguhlah disetiap waktu rehat, sampai mama bising baju selalu kotor pabila balik rumah.  Nampaknya tidak bolehlah salahkan perempuan kalau dia memang jadi nadi dan pemangkin kepada sang pria seperti saya, walaupun tidak ganteng! (kacak) serta tidak pandai. Sudah macam beauty and the beast, dia pandai, cantik, entah kenapa budak lelaki kelas nombor 10 dan tidak pandai ini suka pada budak perempuan kelas nombor 4 itu.

Setahun berlalu, tidak pernah berlaku apa-apa pun diantara kami berdua sama ada teguran, senyuman mahupun pandangan, cuma ada harapan untuk mengenalinya dan akhirnya masuk ke tahun yang baru. Seperti yang saya katakan tadi,  sudah lumrah perempuan ini nadi dan pemangkin kepada seorang lelaki dan saya menjadi lebih pandai dan melangkah ke kelas nombor 4 dari kelas nombor 10  (Tahniah!). Tercari-cari jugalah budak perempuan berdahi jendul itu di kelas mana dan inilah takdir Tuhan dalam permainannya, saya dinaikkan ke kelas nombor 3. Lebih memeranjatkan saya ditempatkan sebelah kerusi kosong tetapi disebelah perempuan. Hah!? Duduk sahajalah walaupun mengeluh malu, Allahuakhbar! Itu dia! Budak perempuan dahi jendul!!! Saya terkedu malu, namun tetap tersenyum…

Bersambung