Nuffnang Ads

Thursday, June 12, 2014

'Syariat' Politikus Seni

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Definisi 'Seni' itu mengikut kamus dewan ;

Jadi seni itu tidak semata - mata langsung berkaitan dengan penjajaan kisah mahupun penjualan rupa, jadi kesenian apa yang sedang berlangsung dalam industri Malaysia ini?.. Mungkin melalui perbendaharaan kata - kata asal usul seni itu sudah dilupakan oleh sesetengah para penggiat seni tempatan ini, lebih telus mengaut keuntungan itu lebih mudah berbanding menilai sesuatu mahakarya.

Sebagai graduan yang telah menerima segulung sijil di sebuah institusi seni terkenal, sy tidak layak sebenarnya untuk berbicara tentang perihal ini namun dek kerana berasa ketidakadilan yang sedang berlaku, sy tampil bersuara untuk mengembalikan erti seni itu sendiri. Buat apa sesebuah pengertian itu termaktub dalam sesebuah kamus jika ia tidak dibelek untuk difahami. Sejak kecil, sebuah arahan dan fahaman telah diterapkan dalam pemikiran anak - anak, di rumah mahupun di sekolah. Jadi sesebuah pengertian itu memang benarnya adalah sebuah rujukan dan kini ia harus dibelek semula kerana semuanya sudah tidak diendahkan oleh mereka - mereka yang menggelarkan diri mereka penggiat ini.

Apa yang membuatkan sy berasa ianya suatu ketidakadilan adalah pilihan yang dilakukan oleh sang kroni yang lebih mengutamakan keutamaan ringgit. Mungkin masyarakat dipinggiran kampung akan berasa teruja dengan lakonan yang dibuat - buat, cerita yang sekadar melengkapi durasi dan akhirnya semuanya tamat, noktah. Kecantikkan seni apa yang telah disuap ini? For God's sake, it's sick!

Antara ramai yang terlahir mewarnai televisyen, merupakan artis - artis.. Baiklah apa pula definisi artis?


Jadi, adakah pada pandangan anda artis - artis Malaysia ini memenuhi kriterianya sebagai seorang ARTIS? Dek kerana itulah sy kurang selesa apabila mudahnya panggilan artis ini diberikan kepada mereka - mereka yang berkejaran terarah mengejar populariti. Lebih mudah, jika mereka seorang pelakon baru, gelarkan mereka pelakon. Jika mereka seorang penyanyi baru, gelarkan mereka penyanyi dan begitulah pada penggiat - penggiat yang sama sewaktunya dan janganlah sesekali menggelarkan mereka artis kerana mereka belum layak untuk diperakui.

Inilah yang dimaksudkan oleh sy, artis Malaysia ini langsung tidak mencapai sesuatu standard atau sinonim apa yang ditampilkan oleh negara - negara lain. Mereka mencuba, tetapi terlalu bersungguh akhirnya kesannya tidak seberapa sampai untuk dihadam (terlupa, terhadam oleh mereka yang memahami seni). TETAPI, mengikut pemerhatian sy yang naif ini ada sesetengah pelakon - pelakon ini terlahir daripada bakat yang semulajadi. Pelakon sedemikian hanya perlu menggilap tidak sampai separuh pun bakat tetapi jelas ternampak berbanding pelakon - pelakon yang trying so hard ini. Jadi usaha - usaha pelakon yang bagus ini kerap kali tenggelam dek kerana kesombongan pelakon - pelakon baru yang tidak seberapa ini. Berbalik pada kata - kata sy tadi, inilah sebahagian penjajaan dan penjualan menjadi ARTIS Malaysia. Tidak perlu bakat tetapi perlu cantik dan kacak. Kayu yang buruk pun kalau diukir pasti akan menjadi sesuatu hasil seni yang cantik, begitu jua rupa yang tiada tetapi bakat lebih terserlah. 

Namun, apa yang lebih membencikan buat sy adalah penjajaan dan penjualan gosip murahan itu lebih mantap berbanding lakonan dilayar televisyen mahupun panggung. Sehingga kini sy masih tidak memahami pekerjaan wartawan hiburan ini, yang buruk itu lebih diuar - uarkan berbanding bakat dan kemantapan mana - mana seniman yang telah menjayakan pekerjaan mereka sebagai ARTIS. Dipapan buletin di institusi sy dahulu, lebih banyak menggantungkan kejayaan bakat berbanding buletin tolol ini. Jika kita lihat, rancangan gosip luar negara lebih tearah kepada kritikan terhadap sesuatu karya berbanding soal peribadi seseorang seniman mereka. Jadi mereka masih menghormati hasil kerja berbanding sesuatu yang dianggap murahan. 

Mungkin pada sy, pelakon - pelakon wanita di Malaysia ini lebih menjengkelkan berbanding penyanyi - penyanyi wanita di Malaysia. Kerana apa sy berkata demikian? Jika ditanyakan soalan, "Si polan ni berlakon cerita apa? Aku tahu yang dia ni gosip dengan bla bla bla", "Weh, sampah gila berlakon.. Nasib cantik!".. Jadi, kesudahannya bila sudah tidak popular.. mulalah gosip liar melanda. Ini semua permainan dalam politikus seni. Kena ada si cantik dan si kacak serta wartawan hiburan yang siap sedia menulis gosip palsu. Bagaimanapun, ada yang berlakon tidaklah seberapa tetapi tahap populariti melebihi, mulalah merasakan apa yang dilakukan itu suatu ikutan walhal kosong, sebenar - benarnya kosong.

Agak malang melihat bakat - bakat yang 'sedang' dibazirkan dimana - mana institusi seni. Lebih malang, bila bergelar seorang graduan seni tetapi hanya mampu melihat hidangan jelek di televisyen. 

Wassalam. 

"Kamu baca, kamu emosional.. kamulah si jelek aku maksudkan".





Wednesday, June 4, 2014

Saya Bercakap Tentang Kesedaran Menjaga Berat Badan - Ianya Serius!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

(Diari seorang lelaki yang pernah BUNCIT dan seangkatan GEMUK)

Definisi 'Berat', 'Gemuk', 'Gendut', 'Buncit', 'Boroi', 'Lemak'.. Semua perkataan ini berkaitan dengan permasalahan kilogram-kilogram iaitu masalah berat badan yakni dialami oleh seseorang individu, sesetengah orang atau mereka-mereka yang mengalami masalah ini. Sebenarnya ianya bukan masalah tetapi bebanan bagi mereka yang seringkali terasa terbeban akibat 'pandangan' daripada orang-orang persekitaran mereka. Barangkali bukan sekadar terbeban tapi boleh jadi tertekan!

Apa maksud sy dengan tertekan? MASYARAKAT disekeliling anda akan sentiasa memerhati dan menjadi pemerhati yang 'baik' buat anda atau lebih mudahnya menjadi pengkritik yang tak diundang. Namun daripada mereka-mereka inilah yang membuatkan anda sedar bahawasanya anda harus berubah dan lebih baik menutup mulut-mulut mereka dengan usaha anda. Usaha yang bagaimana? Dengan menurunkan berat badan anda.

Jadi sedikit cerita ingin sy kongsikan bersama kalian, sebenarnya ini bukanlah keinginan sy untuk berkongsi namun telah diminta oleh beberapa rakan yang 'caring' untuk menurunkan berat badan mereka seperti sy. Jadi jelaslah mereka ini sedang perhatikan sy. Oleh itu ini entri untuk mereka dan pada mereka merasakan ini adalah sebahagian daripada inspirasi atau pembakar semangat buat mereka kelak. InshaAllah.

Beberapa bulan yang 'MALAS' dulu, berat sy adalah seberat 76 - 78kg dengan berketinggian 165cm. Jadi bayangkanlah muncul semula 'The Penguin' musuh Batman. Tinggi tidaklah seberapa tapi berat melebihi BMI, ini tidak normal. Namun ketika bulan HONEYMOON itu sy peduli apa, breakfast makan nasi, tenghari nasi juga, petang makan lagi.. malam makan dan makan.. lebih parah makan lewat malam.. Jadi inilah rutin ketika bulan - bulan malas itu menjelma. Tapi akhirnya rimas dengan mendengar perkataan, 'KAU DAH GEMUK', 'PERGH BUNCIT DOHH'.. Sy nekad nak turunkan berat badan 2 bulan yang lepas, ya 2 BULAN yang lepas.

BULAN YANG PERTAMA yang STRUGGLE! 

Bayangkanlah sudah berbulan berkesedapan menjamah makanan, jadi tiba - tiba kena diet.. what the .... kan? Tapi inilah bulan yang struggle dalam fasa - fasa hidup sy. Bayangkanlah nak menggerakkan badan yang tersedia malas itu dan set fikiran yang sy harus turun beratkan badan. Ternyata ini bukan perkara yang mudah, balik - balik kena bahan dengan kawan - kawan lagi. Memang agak.. down gila. Tapi bagus juga sebenarnya, mereka - mereka inilah tanpa disedari menjadi pembakar untuk turunkan berat badan dengan lebih mudah dan paling seronok dapat tutupkan mulut mereka. Jadi sesi dibulan pertama bermula.

Setiap hari sy makan untuk breakfast, tengahari dan sebelum malam tak melebihi pukul 8 malam dan masanya untuk diet makanan serta GULA. SERIOUSLY elakkan makan makanan gorengan.

1) BREAKFAST - Susu segelas & air masak.
2) TENGHARI - Nasi segenggam (anggaran), lauk ayam atau ikan & sayur. Air masak (diminum selepas 30minit).
3) PETANG - Salad buatan sendiri atau Roti Gardenia 2 keping tanpa kaya + Air masak.
4) MALAM - Biskut (Kalau lapar sangat) + Milo kosong panas atau Nescafe 3 in 1 + Air masak.
5) WEEKENDS - Cheatday (namun dalam berkeadaan berjaga - jaga)

*Sy elakkan makanan manis dan minuman bergula. Namun perbanyakkan air masak/air mineral sekurangnya 2-3 liter, bergantung pada keperluan.

Bagaimana dengan senaman? Semua sedia maklum bahawa sy ini sangat aktif dengan permainan bolasepak dan futsal walaupun sedang mengalami fasa - fasa kegemukkan. Jadi rutin bolasepak ini tetap diteruskan namun dengan penambahan senaman seperti ini..

1) SETIAP HARI - Skipping 1000x (pada yang mampu, permulaan mula dengan 250x), Jogging 3 pusingan atau lebih (800meter atau 7 pusingan padang bola) dan bermain bolasepak (boleh jadi apa saja sukan buat anda).
2) 2 ATAU 3 HARI - Sy akan ke gym bagi membina otot dan pembentukkan badan akibat daripada perpecahan lemak (yang mungkin sedang berlaku).
3) WEEKENDS - Bermain bolasepak (Liga) dan berehat.

*SETIAP Jumaat sy akan timbang berat sy dan kalau boleh cari penimbang yang mengeluarkan resit yang terkandung berat, BMI itu. Jadi resit berat itu akan menjadi perbandingan untuk minggu seterusnya sehinggalah mencapai target berat ideal anda.

BULAN KEDUA YANG KEBAL 

Apa maksud sy dengan perkataan kebal ini? Maksudnya kebal daripada terliur dengan makanan - makanan yang lazat - lazat. Biasalah kita rakyat Malaysia, sudah pasti tahu makanan disini sememangnya enak. Tambahan pula sy dikurniakan kakak - kakak yang pandai masak, sememangnya dugaan nak kurus tapi sesekali tewas juga namun bukan selalu!

Bulan kedua ini lebih kebal atau cenderung untuk tak makan sangat disebabkan telah terdidik dibulan pertama dulu dan bulan kedua ini adalah penentu kepada usaha - usaha yang pernah dilakukan dulu. Sy masih meneruskan kaedah - kaedah seperti dibulan pertama dulu cuma pada kali ini sy menetapkan untuk makan tidak melebih 1000 kalori setiap hari. Tidak kiralah apa yang sy makan, pastinya sy akan kira kalori dan tidak akan lebih. Barangkali inilah punca - punca yang membantu berat sy lebih cepat turun mendadak.

Kebiasaannya bulan pertama, sy akan mengalami penurunan sebanyak 0.5 - 1.5kg seminggu.. Namun bulan kedua ini antara 2 - 2.5kg. Mungkin ini adalah kerana permakanan juga barangkali. Untuk bulan kedua ini, sy banyak mengamalkan jus oren kurang manis (menggantikan milo kosong) dan buah - buahan (menggantikan salad dan roti).

DISIPLIN & KEAZAMAN

Bagaimanapun untuk mencapai tahap ini, sy mengamalkan 2 prinsip iaitu DISIPLIN & KEAZAMAN nak kurus. Benda - benda ini tidak boleh dicapai hanya dengan berkata, "Esok aku boleh kurus", "Ala kejap je nak diet", "Malaslah, leceh!", jadi tolonglah elakkan berkata sedemikian. Sy juga perna berkata sedemikian dan sekarang sy sedar ianya perlu disiplin dan keazaman.

Sy suka pakai bajut fit atau muat - muat badan tanpa nampak perut terjojol dan teringin untuk pakai skinny jeans.. Jadi ini antara sebab dan seterusnya usaha sy untuk kurus. Sekarang sy dah muat skinny jeans, daripada saiz seluar 36, 35, 34.. sekarang sy muat saiz 30! Baju saiz XS pun dah tak nampak buncit. How happy I am now.

Bila kurus, kepuasan memakai itu dah menjadi keutamaan selain dapat MENUTUP mulut 'pengkritik' disekeliling anda yang dulunya membahan dan sekarangnya diam serta tersenyum kerana malu. Saat paling seronok sy alami bila orang mula mengatakan seperti ini, "Mak ai, kurus dah sekarang", "Weh, kau amik barang ke?", "You looked slim now", "Apa tips weh kurus?".. See, disiplin dan keazaman itu tak pernah menipu. Furthermore, the picture we take never lies.. moreover its really you in the pictures.

SUPPLEMENTS

Akhirnya setelah mencapai berat yang sy inginkan, sy baru mula mengamalkan produk kesihatan seperti ELKEN yang disyorkan oleh kakak sy (Seorang dealer ELKEN) ini atas nasihat kesihatan. Namun disini, sy tidak kurus dengan bantuan makanan tambahan ini tapi dengan usaha yang berpeluh - peluh itu ya. Makanan tambahan ini adalah sebahagian kepada 'live healthy' yang sedang sy amalkan sehingga kini.

LAST BUT NOT LEAST

Anda patut marah pada diri anda yang malas itu dan ada rasa marah pada orang sekeliling yang sibuk busybody tapi bukanlah dengan memukul mereka tapi mendiamkan mereka dengan usaha anda. Live healthy to the fullest. Happy trying and never ever give up! ALL THE BEST 

By
Tengku Hazmi Taqiuddin - I was 77 kg before turns to 64 kg now.


:)


Jeans - Jeans - Skinny Jeans

Tuesday, May 7, 2013

Ku Terluka, Terluka Di Perjalanan Tuhan

Assalamualaikum,

"Ku terluka, tapi aku terluka di perjalanan Tuhan.. Aku teruskan sampai saatnya aku temui bahagia dengan izin-Nya"..

Lama rasanya tidak kedengaran keletak keletuk papan kekunci ini berbunyi deras seperti hujan yang jatuh pada bumbung rumah. Sayu, begitulah rasa hati ini bertambah pilu mengenangkan kejerihan perjalanan yang sudah hampir 25 tahun ini. Sy hanya mampu untuk mengingati tapi tidak mampu untuk mengulangi apa yang sudah pun terjadi. Tajuk ini diambil daripada hasil penulisan sy sewaktu mula - mula berkecimpung dalam dunia blog, ketika itu sy menggunakan wordpress. Sungguhpun tajuknya lebih kurang, tapi pengisian kali ini lebih.. lebih telus tentang apa yang sudah berlaku selama hampir 25 tahun dewasa ini. Semoga ia akan membuatkan sy lebih tenang. Amin.

Sayapku patah.

Sebelum mampu untuk menulis, ketabahan sudahpun sedia untuk diuji. Bergenang airmata ini, untuk mencuba mempertahankan keegoan.. lebih lagi, sy seorang lelaki namun hakikat sudah tersedia tewas. Bukan bererti sy lemah, cuma kekuatan diri itu senantiasa diuji. Sayapku patah. Sayapku patah bukan bererti diri sy sudah tempang, sebaliknya sayap yang patah itu sudah tidak mungkin kembali kerana dia sudah kembali kepada pencipta-Nya. Sayap itu adalah mama dan mama itu adalah sayapku yang patah. Betapa pilu, sejak kehilangannya.. Tidak hanya diam, sudah hampir 2 tahun pemergiannya dan betapa pantasnya masa merentasi lautan. Seperti semalam baru sahaja berlabuh di pantai dan hari sudah separuh perjalanannya ke lautan jauh. Papa sudah 7 tahun meninggalkan sy untuk belajar berdikari sendiri serta menjadi anak lelaki. Bagaimanalah lelaki yang naif ini mampu untuk menelusuri pantai sedangkan rakit pun tidak pandai untuk dibina apatah lagi sebuah perahu? Malangnya harus membesar dengan kematangan yang datang tahun demi tahun itu dan bukan kematangan yang datang daripada hasil tunjuk ajar. Benar, kini sy sudah meningkat suku usia daripada separuh abad dan sudah mampu untuk membezakan apa yang baik dan buruk. Sungguhpun adakalanya pergaulan itu membatasi kematangan namun itu bukan alasan untuk lari daripada realiti sebenar. Alhamdulillah kini tanpa papa dan mama, sy tampak berdikari walaupun adakalanya bergenang melihat ibubapa yang hadir memberikan sokongan buat kawan - kawan sy yang lain. Ingin juga merasa tapi apalah daya.. Tidak mengapa.

Terhina

Soal cinta itu lumrah bagi setiap manusia, baik lelaki mahupun wanita dan soal cinta ini sudah sebati dalam naluri manusia - manusia yang ingin merasa disayangi.. begitu jua sy. Sungguhpun begitu, apa yang kita harapkan berlaku dalam kehidupan kita ini bukan seperti meniup lilin.. apabila ditiup lalu padam. Bererti ia tidaklah semudah yang kita harapkan ianya berlaku seperti yang kita kehendakinya untuk berlaku. Jangan sesekali meletakkan harapan begitu tinggi pada sesuatu kepastian yang kelak ia akan memberikan seribu satu kekesalan yang tidak mampu kita terima secara redhanya. Sy percaya naluri seorang lelaki ini kadang - kadang membatasi apa yang mampu dilakukannya dan sy percaya bahawasanya sy adalah lelaki yang boleh membatasi apa sahaja yang terlintas difikiran. Sy seorang lelaki yang kuat berimaginasi dan berangan, bolehlah disamakan dengan angan Si Jenin justeru sy bercita - cita untuk memiliki cinta seorang yang wanita yang berpendidikan tinggi.. yang mana pendidikannya tidaklah sy setaraf walaupun sy bakal memiliki dua diploma yang berbeza. Itu tidak menjamin apa - apa. Sy akui sy tertarik dengan keperibadiannya, sifatnya dan ketulusannya namun pada raut wajah itu hanyalah sebuah bonus pada insan yang memiliki kelebihan yang Allah kurniakan padanya. Tidak sesekali berpeluang untuk bertentang mata, hanya perhubungan jarak jauh melalui layangan email sahaja mampu untuk diluahkan dan sesekali kemunculan video di youtube sebagai hadiah pada dirinya. Sy tidak mohon apa pun, penghargaan, ucapan terima kasih, atau simpati.. langsung tidak terfikir begitu! Sy berbuat demikian hanyalah kerana keikhlasan diri sy pada seseorang yang sy cinta, itu saja. Sungguhpun begitu, sy terasa terhina bila diperlakukan seperti lelaki yang tidak pernah wujud walaupun sejenak dalam ruangan fikirannya. Ya, sy sedar bahawasanya sy hanyalah lelaki yang masih tercari - cari kejayaan dan terkapai - kapai untuk stabil. Tidak mengapalah, kelak masa akan memberitahu sy tentang kejayaan yang sy perolehi dan tentang kestabilan yang sy kecapi. InshaAllah. Dia adalah wanita pertama yang sy 'kenalkan' pada mama walaupun hanya melalui sekeping foto.. sy kecewa perjalanan tidak berakhir dengan cara yang sepatutnya.

Pemimpin

Pesan Nabi Muhammad SAW, "Jika keluar bertiga dalam bermusafir, pilihlah salah seorang daripada kamu untuk menjadi ketua dan tidak halal bagi mereka yang keluar bertiga tanpa melantik seorang ketua".. Maka disini sudah diperjelaskan kepentingan memilih ketua dan kepentingan menjadi seorang pemimpin. Maka disini, jika ada dikalangan mereka yang merasakan seseorang pemimpin itu tidak adil dan saksama. Jadi mereka berhak untuk memilih pemimpin yang lebih baik. Bagaimanapun, sekiranya keadaan untuk memilih itu tidak disambut dengan baik.. Janganlah sesekali bersedih. Hal ini kerana Allah itu Maha Adil dan ada hikmah mengapa permintaan kita itu tidak tertunai. Ingatlah bahawa seorang pemimpin itu menangggung dua kali ganda dosa, dosa bagi dirinya kerana tidak adil dan dosa bagi tidak bertindak adil kepada orang yang memilihna sebagai ketua. Kelak di Akhirat, pemimpin itu akan disoal apa yang dilakukannya di atas muka bumi Allah ini. Jadi sebagai golongan yang memilih ini, hiduplah sebagai hamba Allah dan rakyat yang baik. Pemimpin yang sy pilih adalah bapa sy sendiri. Tanpa dia sy tidak disini, tanpa dia sy bukan lelaki seperti sekarang dan tanpa dia sy bukanlah lelaki yang baik. Dialah contoh pemimpin, ketua keluarga dan ketua yang sy pilih walaupun kini sy harus menggalas tugasnya. Berat, namun inilah tugas yang harus sy pikul. Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat adalah contoh seorang pemimpin yang mempunyai perkerti yang sangat - sangat mulia, dialah contoh sebaik - baik manusia di zaman sekarang yang masih hidup. Ingin sekali sy memeluknya sebelum tidak berkesempatan kelak, sy mohon pada Allah semoga diizinkan-Nya. Amin.

Di perjalanan ini, sy bermohon agar sy mendapat jawapan dan kematangan kelak. Biarlah masa yang menentukan kejayaan dan kestabilan yang sy perolehi kelak itu akan sy fahami tatkala sedang menelusuri roda - roda yang senantiasa berputar ini. Akan sy imbas semuanya. Semoga roda yang memikul diri sy ini usai tinggal dibawah lagi. Kata - kata yang menjatuhkan tidak lagi dicerna tapi dicendah tanpa usul periksa lagi. Pada sy hidup ini banyak lagi perhentiannya, sy tidak harus kencang berlari kerana mana sy akan tetap berhenti dimana - mana perhentian dan bagaimana sy berpijar itu saja harus sy peduli disebalik kelukaan ini. Bismillahirrahmanirrahim.

Di tanam sy dalam, Di tolak sy jauh, Di gantung sy tinggi.















Saturday, April 13, 2013

Menyelami Seribu Satu

Assalamualaikum,

"No matter who you are, where would you go in your life, in some point you gonna need somebody to stand by you.. Stand by me.." 

Seorang penyanyi menyanyi kerana dia tak tahu untuk berkata - kata. Seorang penari menari kerana dia tak tahu untuk bercakap kerana dia tak pandai untuk menyanyi. Seorang pelakon berlakon kerana dia tak tahu untuk menari. Kesinambungan daripada itu, seorang penyanyi sedang menyanyi, seorang penari sedang menari, seorang pelakon sedang berlakon. Apakah kesinambungan yang sudah berlaku pada ketiga - tiga mereka?..

Mereka sedang menyelami emosi.

"Sy sebut tree, awk dengar sy sebut knee. Awk sebut knee, sy dengar awk sebut bee.  Awk sebut bee, sy dengar awk sebut hee.. Hee, I love you.."

Sepasang kekasih sedang bersenda, sang lelaki sebut dan sang wanita menyahut, sang wanita sebut dan sang lelaki menyahut. Tapi apa yang disebut dan disahut itu berbeza - beza. Sang lelaki sebut itu dan sang wanita dengar ini. Sang wanita sebut ini dan sang lelaki dengar itu. Apa kesinambungan yang sudah berlaku pada sepasang kekasih ini?..

Mereka sedang menyelami perbezaan.

"Milo o ais satu, nasi goreng USA satu.. Itu saja. Hmm, nak pedas ya.. Terima kasih."

Seorang lelaki sedang membuat pesanan, pesanan untuk seorang. Tatkala makanan sampai, dia memerhati hanya ada segelas air Milo o ais dan sepinggan nasi goreng USA. Merenung pada mejanya dan melihat sekeliling, ada sepasang kekasih sedang menikmati makan malam bersama - sama. Apa kesinambungan yang sudah berlaku pada lelaki ini?..

Dia sedang menyelami kesunyian.

Perbezaan boleh datang dari mana - mana, kebahagiaan boleh datang dari mana - mana dan kelemahan boleh datang dari mana - mana. Kerana itu kita makhluk Tuhan paling istimewa, ada otak, hati dan perasaan. Namun hakikatnya kita selalu lupa bila, bila kita diatas kita sentiasa diatas dan bila kita dibawah kita akan nampak yang diatas itu tak pernah untuk pandang ke bawah. Itulah kita.

Jangan angkuh, Tuhan itu Maha Mengetahui.




Wednesday, April 10, 2013

Kalau Benar Ini Jodoh

Assalamualaikum,

Menulis. Menulis adalah kesukaan sy diwaktu mulut ini terkunci dek kerana persekitaran yang kadang kala membebani pelbagai rasa.

Pandai. Pandai berkata - kata itulah sy namun dalam nukilan pena maya ini sahaja dan bukan pada pertuturan suara.

Lama. Lama sudah tidak cuba untuk bermadah, bermadah tentang apa yang tersimpan disegenap sisi hati ini. Sy ingin pulang, kembali pada yang asal sebelum pulang ke tanah yang sememangnya asal sy.

Baiklah, sy ingin membicarakan tentang jodoh.

Bak kata ulama dan para ustaz, jodoh ini adalah ketentuan Tuhan buat hamba-Nya. Benar, sy akui tentangnya. Namun jodoh ini sebenar - benarnya adalah rahsia yang telah Tuhan tetapkan sejak kita menjadi benih di dalam perut ibu lagi, sebelum kita lahir sebagai seorang bayi lelaki mahupun seorang perempuan. Sungguhpun begitu, saat kita dilahirkan jodoh kita telah pun ditetapkan dan perjanjian antara kita dan Sang Pencipta sudah dilakukan. Kerana itu jodoh itu tidak tercipta bila kita yang menciptakannya, kerana sudah ditetapkan jodoh sejak azali lagi. 

Jadi berhentilah menyalahkan jika kita tiada jodoh dengan pasangan yang kita dambakan.

Sementara itu,

"Aku mencari pemilik rusukku,
Aku melawan ketetapanku,
Aku berusaha demi kebahagiaanku,
Aku ikhtiar semua kejalanku,
dan aku gagal.."

Sy terlalu mengikut emosi dan nafsu.. Jodoh itu tidak boleh dipaksa - paksa. Benar. Dalam hati kecil sy bertanya, "Sampai bila harus aku kuat?".. Benar. Sampai bila? Biarpun berputus asa itu bukan sikap sy tapi sy cuma manusia yang merelakan segala - galanya berlaku sungguhpun hati ini terluka perih. Sekali lagi, sampai bila? 

Sekali lagi,

"Jodohku dipenghujung jalan,
Rasaku dihiris kelukaan,
Masaku terbuang tanpa kerelaan,
Cintaku terbenak disuatu perhentian,
dan aku gagal.."

Mungkin. Mungkin sy ini dilahirkan dengan pelbagai rasa cipta, yang hanya mampu terluah dikeletak - keletuk papan kekunci laman maya ini sahaja tanpa mampu meluahkan dengan sebuah ekspresi yang menggambarkan segala - galanya. Mungkin.

Sekali lagi, jujurnya..

Jodoh aku terhenti sekali lagi.. Aku redhai,
Jodoh lama muncul sekali lagi.. Aku khuatiri,
dan aku hampir.. berputus asa tapi tidak, aku belum pun gagal mengenai rasa jodohku bakal berakhir.."

Bila pendakap gigi tidak terlihat raut wajahmu dicarik,
Aku bukan cuba bercinta dengan raut wajahmu,
Segala - galanya tentangmu oh sungguh aku sudah tertarik,
Jadi pencarian jodohku kali ini adalah usaha terakhirku,
dan redhaiku Tuhan..

Sy kembali mengasah pena, berlindunglah dibelakang dan sokonglah. 
Terima kasih.

Thursday, December 27, 2012

Please Help Them

Assalamualaikum,

Tak banyak yang sy boleh bantu saudara-saudara kita yang sedang berperang. Selain menderma, sy berkemampuan buat sebuah video dan didedikasikan kepada mereka. Itu pun taklah seberapa. Kepada anda AHmazingFriends, anda juga boleh membantu melalui tontonan anda dan sebarkan kepada orang lain. Tak susah just 'copy link' and 'paste'. Thank you so much, please help them. :')


Wednesday, December 19, 2012

Recently

Assalamualaikum,

Recently,
Saya teringat kembali pada awak, terngiang - ngiang kerja gila yang bermain dalam kepala ini. Lelaki yang sering berfikir luar kotak fikiran macam saya dan mana - mana lelaki yang sama sifatnya, percayalah kami tidak akan berhenti untuk membuat sesuatu. Walaupun dalam keadaan berdiam diri mahupun termenung. 

Recently,
Saya terasa nak beri sesuatu pada awak sebelum penghujung tahun ini, sesuatu yang buat awak reminiscing perkara - perkara yang pernah kita alami sebelum.. ia terjadi. Namun ia tak bermakna apa - apa pun, kalau ada itu mungkin perasaan saya terhadap awak yang tak pernah luput. Andai dapat dibebani bersama, pastinya ia adalah perasaan yang.. hmmm tak terkata.

Recently,
Saya percaya setiap kesabaran itu ada hikmahnya walaupun apa yang kita hajati itu takkan pernah kesampaian tapi inilah yang mematangkan manusia. Pada saya sekurang - kurangnya saya ada sesuatu untuk dikenangkan pada usia tua kelak. InsyaAllah kalau panjang umur. Tiada perkara yang indah selain mengenang seseorang macam awak. It was the best thing happened in my life.

Recently,
Saya dapat rasakan sekurang - kurangnya ada juga secebis senyuman kecil terpancar. Saya tak minta untuk dihargai atas segala usaha yang telah saya lakukan, cukuplah senyuman kecil tadi. Jodoh itu rahsia Tuhan, jadi apa yang terjadi kelak itu antara perancangan saya dan ketentuanNya. Itu saja.

Recently, saya baca email - email yang kita sering berbalas dulu. Indah, seronok.. hmm rindu sangat.