Nuffnang Ads

Tuesday, May 17, 2011

Layak Atau Tidak, Anda Tentukan.

Assalamualaikum,

Baiklah, saya cuba 'mencalonkan' diri sendiri untuk DiGi Woww Awards atas pandangan kawan-kawan menerusi video yang pernah menjadi sebutan blogger-blogger lain, iaitu video 'Ini Vidiyo Saya'. Maka dengan itu saya hanya meminta sedikit masa dan undian daripada kalian untuk bantuan kecil ini. Boleh ya?

Ini adalah link tersebut http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=170511193949035

Apa pun, tanpa bantuan 'Cik' ini, mungkin tiada sesiapa mengenali saya. Mungkin sampai sekarang. Harap ada yang sudi mengundi, kalau layaklah. Tepuk dada tanya selera. Apa pun, terima kasih.

Thursday, May 12, 2011

Tamparan Berambut Baru

Assalamualaikum,

Well, semua orang dah tahu rambut baru saya macam mana, terutamanya di FB.


Disini, saya tak mahu menegakkan apa-apa pun kerana saya yang pilih untuk jadi begini. Sebenarnya ini adalah keinginan semenjak daripada bangku sekolah lagi kemudian tertunda lagi hajat ini setelah masuk ke Politeknik. Tetapi selepas tamat belajar di Politeknik, perkara pertama saya buat adalah mewarna rambut. Ya tak cool sebab macam..


Kan dah cakap tak cool.

Apa pun, saya hanyalah manusia dan saya ada keinginan kerana saya percaya bukan saya sahaja yang punyai keinginan tetapi semua orang. Betul bukan? Jadi terima kasih atas kritikan dan sentiasa membina semangat saya serta menyokong walau berat hati anda untuk menerimanya. Ketahuilah sesuatu, saya seorang pelakon teater dan bagi memenuhi sebuah naskah saya harus turutkan bagi menjayakan sesebuah karakter. Tidak semestinya saya akan menerima watak baik selama-lamanya, jadi bersedialah untuk sesuatu diluar jangkaan.

Soalnya disini, kita jangan terlalu cepat menghakimi walaupun kita tak suka. Kerana saya tahu siapa saya sebenarnya, gambaran luar bukan gambaran sebenar seseorang. Yang pentingnya adalah hati. Fyi, saya tak merokok dan saya tak clubbing or drinking. Saya cuma ingin berfesyen dan mengikut keinginan hati, itu saja. Pokok pangkalnya, saya tak menyalahi mana-mana hukum agama dan sebagainya. Kita harus belajar hormati pilihan orang lain, walaupun hati kita berat untuk menerimanya kerana keputusan dan pilihan adalah ditangan saya sendiri.

Terima kasih kerana terus menyokong dan mempercayai saya. :')

Tuesday, May 10, 2011

Ibu Kita, Rumah Kita

Assalamualaikum,

Baiklah, mungkin saya sudah terlewat untuk beberapa hari tetapi saya gantikan ucapan ini dengan video. "Video lagi?" - Ya, video lagi dan itu minat serta apa yang saya mampu lakukan. Okeh, korang layan dulu ya.


Ibu Kita, Rumah Kita

Cerita ini adalah idea asal oleh saya sendiri, dimana saya menggabungkan antara Short Film dan dedikasi. Pada permulaan cerita ini, saya cuba menyampaikan mesej melalui sebuah Short Film dan diikuti dengan dedikasi yang disampaikan secara selang-seli antara Short Film dan dedikasi oleh rakyat Malaysia yang 'sporting'. Best! Ini adalah percubaan pertama saya dalam berkarya dalam menggabungkan antara cerita dan dedikasi. 

Sinopsis : 

Jalan cerita dalam Short Film tersebut mengisahkan seorang lelaki yang melarikan diri daripada rumah dan membesar dilorong-lorong. Dimana dia tidur dilorong, dia tidak bekerja, dia mendapat didikan daripada pengaruh-pengaruh yang tidak baik. Namun pada suatu hari dia tersedar, bahawa suatu ketika dulu dia pernah memiliki sebuah 'kehidupan' dan kini dia mula menyesali segala langkahannya yang terburu-buru mengikut hati. Kini dia merindui ibunya, keluarganya serta rumahnya. Barulah dia tersedar, bahawa apa yang dilakukan olehnya atas kehendak hati dan segala perbuatannya ternyata tidak betul kerana dia mulai percaya didikan sebenarnya datangnya daripada sebuah rumah. "Ibu Kita, Rumah Kita".

Dedikasi khas dituju kepada seluruh ibu-ibu di Malaysia, baik Melayu, India atau Cina. Dedikasi seterusnya, hanyalah sekadar sebuah hiburan buat penonton. Ya sudah klise, bagaimanapun saya terhutang budi padanya dan juga Izham Ismail yang memperkenalkan saya kepadanya melalui video pertama 'Ini Vidiyo Saya'. Orang yang dimaksudkan adalah Hanis Zalikha. Bagaimanapun, ini hanyalah sebuah karya dan tiada maksud tersirat apa-apa. Saya seorang vlogger dan juga seorang pengkarya. Fahaminya ya? 


Friday, May 6, 2011

TREND Sebagai Cendawan

Assalamualaikum,


"TREND"



Okeh, tujuan saya buat video tu sebab nak realisasikan idea Anwar Hadi dalam video dia bertajuk AYAM. 



Maksud AYAM tu sendiri adalah, 'Angkatan Youtubers Anak Malaysia' dan saya rasa terpanggil nak create satu 'Home' buat vlogger-vlogger tempatan yang diberi nama 'AYAM CHANNEL'. Kerana saya juga seorang vlogger, walaupun tak hebat. Hehe. Okeh kalau kita lihat, blog pun sekarang dah ada 'home' melalui Nuffnang. Mungkin orang berblog kerana suka-suka dan mungkin kerana nak dapat perhatian whatsoever. Saya tak kisah bab tu sebab saya nak cakap mengenai vlog, tapi isu yang saya bangkitkan dalam video baru ni adalah berkenaan dengan trend orang berblogging dan bervlogging sekarang macam cendawan lepas hujan.

InsyaAllah kalau semua orang positif sure they all boleh terima cadangan saya ni dan mungkin mereka akan lebih rajin nak buat video in good quality selain penuh pengisian. Apa-apa pun ini adalah idea asal Anwar Hadi dan saya cuma cadangkan cadangan buat vlogger-vlogger baru ni. 

Kalau kita tengok sekarang pun, vlogging pun dah mampu raih populariti setanding blogging. Tapi soalnya kat sini bukan kerana populariti tapi mengenai bakat-bakat baru. Kalau kita lihat dari sudut positif, vlogging ni dah mampu tarik orang berdakwah secara direct dan media-media pun rajin nak cover story pasal vlogger-vlogger ni. Sekurang-kurangnya, Malaysia ada channel khusus buat anak-anak tempatan yang berbakat di AYAM CHANNEL.

Monday, May 2, 2011

Hitam

Assalamualaikum,

Oh, ini entri tentang warna 'kegemaranku' ketika hadir ke majlis keramaian atau majlis perkahwinan mahupun majlis pengkebumian. Sungguh.. Sungguh tak ada kelainan atau keriangan. Maklumlah kata orang warna ini menggambarkan perwatakkan seseorang, bagi saya hitam itu hanyalah sekadar warna. Ya saya maksudkan warna hitam, warna yang menjadi kegemaran dan entah kenapa. Kata Wikipedia, hitam ini membawa warna kegelapan dan kata Internet hitam itu menawan! Tak kisahlah.

Kita mula dengan AJL 25 hari tu.


Ya, it's black.

Kenduri doa kesyukuran Hafiz.


Hitam walaupun berkilat.


Wedding kawan kanak-kanak merangkap jiran. Okeh, baju hitam.


Wedding kawan sekolah rendah. Maaf hitam lagi.

Okeh buat semua, exclusively saya tampilkan gambar kawan merangkap bekas kekasih saya buat tatapan anda. 



Selamat Pengantin Baru. :)

Jelasnya bukan disengajakan. Kebetulan. Biarlah warna ini ada pelbagai definisi buat kalian, ini hanyalah sekadar warna buat saya. Tak kenal saya, jadi jangan judge saya ya? Hee. Kepada warna hitam, terima kasih kerana lebih setia bersama saya. Saya doakan semoga kesemua pengantin bahagia hingga ke syurga. Amin.

Sunday, May 1, 2011

Nervous!

Assalamualaikum,

Hai semua! Entri ini ditulis disebabkan perasaan nervous atau gementar ini kerap kali menghampiri sejak semalam dan berlarutan sampai ke hari ini. Nervous sebab apa? Baiklah sebabnya adalah :


Pertama, dalam masa 4 tahun saya tak pernah langsung main mana-mana tourney atau tournament futsal dah. So semalam (Sabtuday), saya buat pertama kalinya dalam masa 4 tahun saya bermain tournament futsal tersebut atas desakan kawan-kawan. Alhamdulillah, masih ada tuah walaupun tewas di peringkat kedua. So far, rasa nervous itu sudah boleh dikawal dengan baik kerana saya menjaringkan 2 gol sepanjang tournament. Hee.



Keduanya, hari ini saya telah membuat sesuatu keputusan yang 'agak' berani untuk 3 tahun setelah kena dump dengan seorang perempuan. Saya mengajak seseorang untuk keluar bertemu, mungkin kalau ada jawapan daripada si dia, ianya adalah pertemuan yang bermakna buat saya dalam masa 3 tahun bersendirian itu. Saya mengajaknya melalui sebuah video yang di privatekan. Entah, tak pasti apa yang nak dicakapkan lagi, lebih-lebih lagi kalau jawapan daripadanya adalah 'ya'. Mungkin perasaan gementar itu membalut seluruh tubuh ini, InsyaAllah dengan izin Allah SWT mohon baik-baik saja.


Ketiga, hari ini (Ahad) saya dipanggil untuk casting drama bersiri oleh sebuah production house, semoga dapatlah apa-apa watak bagi mengisi waktu lapang saya ketika cuti semester nanti. Amin. Alhamdulillah, sejak beberapa kali ke casting saya sudah tidak gugup dan gementar lagi berhadapan dengan kamera memandangkan kerja saya ini asasnya perlu berdepan dengan lensa kamera. Kata pensyarah saya, kalau adapun rasa gementar itu kita lawan. InsyaAllah, lakonan akan tampil bersahaja dan lebih jujur. Saya mohon segalanya baik sahaja dan berharap dimakbulkan doa kepada Allah SWT untuk membuka pintu rezeki. Itu sahaja.

Inilah entri 'gementar' saya sahaja dan janganlah disamakan dengan rasa 'gementar di padang Mahsyar, ya? Sebab takkan sama, biasalah kita manusia biasa.

Apa-apa pun, I'll try my best.